Thursday, December 24, 2015

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: SENARAI BARANG YANG PERLU DIBAWA SEBELUM BERSALIN


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..




Apabila kandungan sudah mencapai 32 minggu, seelokknya ibu yang hamil membuat satu checklist barang sebelum bersalin, iaitu satu senarai persiapan barang-barang yang perlu dibawa ke hospital.

Ini bertujuan supaya ibu dapat menyambut kelahiran bayi dalam keadaan yang benar-benar bersedia.

Sekiranya buat minggu-minggu akhir kehamilan, bimbang nanti kalau-kalau bayi tak sabar nak keluar, awal dari tarikh jangkaan, mungkin ada barang-barang yang tertinggal kerana panik! 

Mula-mula, ibu perlu asingkan checklist barang sebelum bersalin ini kepada 2 kategori, iaitu barang keperluan ibu dan barang keperluan bayi.


BARANG KEPERLUAN IBU

1. Tuala mandi  dan kain batik – Sehelai sudah cukup melainkan ibu tahu akan berada di hospital dalam tempoh lebih daripada 1 hingga 2 malam atau ibu akan masuk hospital lebih awal dari tarikh dijangka bersalin atas faktor kesihatan ibu dan kandungan.

2. Keperluan mandi – berus gigi, ubat gigi, sabun, syampu, pencuci muka dan sebagainya.

3. Penjagaan diri – bedak, sikat, getah ikat rambut, deodorant dan sebagainya.

4. 1 helai pakaian untuk pulang dari hospital – Semasa dalam ward, pakai baju yang disediakan oleh pihak hospital.

5. 1 pasang  Stokin tebal – Boleh pakai semasa dalam labour room kerana suhu dalam labour room sangat sejuk. Selain itu, boleh juga dipakai selepas bersalin nanti.

6. 1 plastik berwarna hitam (kecil) – untuk letak uri.

7. 1 plastik besar – untuk letak kain kotor.

8. Minyak selusuh – saya guna minyak kelapa dara dari jenama Tropika. Wangi dan selesa, ada perisa asli atau blackcurrant.

9. Air zam-zam dan buah kurma Ajwa – Untuk diminum / dimakan oleh ibu dan untuk tujuan mentahnik (belah mulut) bayi. Biasanya suami akan tahnik bayi semasa dalam labour room lagi, sebaik bayi keluar dan sebelum menyusu kali pertama.

10. Bengkung moden – Supaya perut ibu sentiasa terjaga. Ingat yer, sebelum makan, pastikan berbengkung dahulu. Guna yang jenis moden lebih mudah semasa dalam wad. Bila dah balik rumah, barulah guna bengkung yang berlilit-lilit tu.

11. Tungku elektrik – Bagus untuk digunakan sekiranya ibu berada lama di hospital selepas bersalin.

12. 1 pack tuala wanita maternity (khas untuk wanita selepas bersalin) – Saya lebih selesa guna tuala wanita jenis pakai basuh berbanding pakai buang.

13. Pakaian dalam wanita – Bra menyusu dan panties (seluar dalam) biasa yang bukan untuk ibu mengandung. Untuk lebih mudah boleh juga guna disposable panties (seluar dalam pakai buang).

14. Buku laporan mengandung – pihak hospital perlukan untuk rujukan. Jangan lupa tau, kang tak pasal-pasal kena marah.

15. Set Berpantang Shaklee – Set ini boleh diambil segera, sebaik sahaja selepas bersalin.

Untuk tambahan, ibu digalakkan mengambil Nutriferon sebagai ganti ubat tahan sakit seperti ponstant atau paracetamol yang dibekalkan oleh pihak hospital.

Ia bertujuan mengelakkan kesan ‘panas’ kepada bayi yang menyusu susu ibu, yang boleh mengakibatkan cirit birit dan tahi hijau, yang terhasil daripada kesan ubat penahan sakit selepas bersalin yang diambil oleh ibu.




BARANG KEPERLUAN BAYI

1. 2 helai tuala mandi bayi.

2. 2 helai kain bedung / selimut bayi.

3. 2 pasang sarung tangan dan sarung kaki bayi.

4. 2 pasang baju lengan panjang dengan seluar panjang bayi.

5. 4 hingga 5 keping lampin pakai buang/pakai basuh. Standby satu pek lampin pakai buang (atau lebih banyak lampin pakai basuh) dalam kereta, kalau-kalau diperlukan nanti.


KEPERLUAN BAYI DI LABOUR ROOM


1. 1 helai baju lengan panjang sahaja (tanpa seluar).

2. 1 helai tuala bayi.

3. 1 helai kain bedung / selimut bayi.

4. 1 pasang sarung tangan dan sarung kaki bayi.

5. 1 lampin pakai buang/pakai basuh.

Semoga perkongsian di atas dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada ibu-ibu yang ingin membuat checklist barang sebelum bersalin.


Zana adalah Pengedar Sah Shaklee. Jika nak beli apa-apa produk Shaklee, boleh hubungi zana segera. Ready Stock. 


Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, DAMAI UTAMA PUCHONG, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4&5, TAMAN KINRARA, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda! 

Post a Comment
Copyright to Zana vitamin shop
Designed by UMIESUEstudio 2015