Thursday, December 24, 2015

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: CARA MENYIMPAN ATAU MEMBUAT STOCK (EBM) SUSU PERAHAN


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..



Tiada alasan untuk Ibu yang bekerja untuk tidak menyusukan anaknya secara eklusif. Tidak mustahil ibu yang bekerja mampu menyusukan anaknya sehingga 2 tahun atau lebih.

Dalam konsep penyusuan, ibu kena la belajar teknik penyusuan yang betul termasuk buku-buku, melalui intenet, kelas-kelas penyusuan dan sebagainya.

Dalam entri ini, saya akan kongsikan bagaimana cara menyimpan atau membuat stok EBM (Express Breast Milk).


APAKAH PERLU ANDA LAKUKAN?





1. Pam Susu

Pemilihan pam yang berkualiti sangat penting. Terdapat pelbagai jenis pam di pasaran sekarang. Jika ibu mempunyai pam elektrik atau bateri, ibu boleh mengempam susu sambil menyusu bayi pada payudara sebelah. Aktiviti ini akan lebih merangsang penghasilan susu dan menjimatkan masa. Anda akan teruja melihat hasil melalui teknik ini. 

2. Buat Stok

Ibu perlu memerah dan membuat simpanan stok susu seawal satu atau dua minggu selepas kelahiran. Saya biasanya membuat stok selepas sahaja susu awal (kolostrum) berakhir, biasanya seminggu selepas kelahiran. Pada waktu ini susu sangat banyak terhasil. Tempoh ini juga sangat sesuai untuk kita merangsang penghasilan susu.

3. Gunakan Masa Yang Ada

Ibu perlu memerah susu pada bila-bila masa yang termampu.Walaupun bayi telah cukup menyusu tetapi payudara masih terasa ada baki atau susu lebihan, teruskan pemerahan susu.

Biasanya dalam tempoh berpantang, susu ibu sangat banyak. Jangan bazirkan peluang yang ada.


4. Labelkan Setiap Sesi

Labelkan bekas penyimpanan susu dengan maklumat tarikh dan waktu perahan. Ibu boleh mengunakan storage bottles atau storage bags. Cuci bekas simpan (storage bottles) dengan air sabun  dan bilas dengan air panas.


Saya syorkan ibu menggunakan pencuci serbaguna Basic H2 Shaklee RM 46.00 (16 oz) untuk mencuci alatan mengempam dan bekas simpanan susu perahan. Basic H2 Shaklee bersifat semulajadi, non-toksik, biodegradable serta jimat. Guna setitik sahaja! 

Terdapat juga ibu-ibu yang menggunakan bekas dadih atau plastik ais krim sebagai alat untuk menyimpan susu perahan. Tetapi ingat, bekas dadih itu hanya disarankan 2 kali penggunaan sahaja. Bekas jenis plastik samada plastik ais krim atau storage bags (khas untuk simpan EBM) hendaklah digunakan sekali sahaja. Dengan kata lain ia adalah jenis pakai buang.

 

5. Pam Waktu Malam

Ibu digalakkan memerah atau megempam susu pada waktu malam kerana penghasilan susu lebih aktif pada waktu itu. Ibu boleh mengambil kesempatan waktu malam ini, lebih-lebih lagi jika bayi tidur lama.


6. Latih Bayi Minum EBM

Susu perahan yang dibekukan ini nanti akan mula diberikan kepada bayi menggunakan cawan atau sudu semasa ibu sudah hampir masuk bekerja. 

JANGAN beri susu perahan sewaktu anda masih lama untuk bersama bayi, walaupun dengan niat hendak melatih bayi, dibimbangi bayi mengalami kekeliruan. 

Hanya dalam tempoh sebulan atau 2 minggu sebelum ibu masuk kerja, barulah bayi boleh diperkenalkan dengan susu perahan ini.


* TEMPOH PENYIMPANAN SUSU PERAHAN

  • Susu yang baru diperah hanya boleh ditinggalkan pada suhu bilik (25-37°c) tidak lebih dari 4 jam, atau 8 jam bagi bilik berhawa dingin bersuhu kurang 25°c, bagi bayi sihat sahaja. Bagi bayi pramasa/sakit susu perahan TIDAK BOLEH ditinggalkan langsung.
  • Jika susu perahan tidak dibekukan sebaliknya hanya diletakkan dalam peti sejuk bersuhu 2-4°c, susu perahan tersebut hanya boleh disimpan selama kurang dari 8 hari bagi bayi sihat, atau 48 jam bagi bayi pramasa/sakit.
  • Tempoh penyimpanan susu perahan dalam tempat pembeku (freezer) bagi peti sejuk satu pintu ialah 2 minggu sahaja.
  • Tempoh penyimpanan susu perahan dalam tempat pembeku (freezer) bagi peti sejuk dua pintu pula adalah jauh lebih lama iaitu 3 bulan.
  • Tempoh penyimpanan susu perahan dalam peti sejuk beku (deep freezer) adalah yang terbaik, iaitu 6 bulan. Bagaimanapun, sebaik sahaja melalui proses nyahbeku (defrost), tempoh penyimpanan hanya 24 jam bagi bayi sihat, atau 12 jam bagi bayi pramasa/sakit. Sebaik dinyahbeku, susu perahan TIDAK BOLEH dibekukan semula.



Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat PERCUMA berkenaan cara menyimpan atau membuat stok EBM ini.

Zana adalah Pengedar Sah Shaklee. Jika nak beli apa-apa produk Shaklee, boleh hubungi zana segera. Ready Stock. 


Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, DAMAI UTAMA PUCHONG, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4&5, TAMAN KINRARA, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda! 

Post a Comment
Copyright to Zana vitamin shop
Designed by UMIESUEstudio 2015