Sunday, November 22, 2015

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: KENALI JENIS PUTING PAYUDARA


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..





Terdapat beberapa keadaan pada puting dan payudara ibu yang mungkin boleh menyebabkan masalah pada penyusuan susu ibu.

Namun begitu, ibu masih boleh berjaya menyusukan bayinya sekiranya diagnosa dan pengendalian keadaan-keadaan tersebut dapat dilakukan dengan baik.

Sering kita dengar keluhan si ibu tidak menyusui bayinya kerana masalah yang berkaitan dengan bentuk atau saiz puting dan payudaranya.

Ibu rela memberikan si manjanya susu formula, malah beranggapan susu formula yang mahal adalah susu yang terbaik untuk bayinya.

Terdapat juga si ibu yang terpaksa menjarakkan kehamilan kerana tidak mampu lagi menambah bebanan membeli susu formula untuk bayi yang bakal lahir kerana anak yang sedia ada masih lagi menyusu.

Oleh yang sedemikian, saya nak kongsi sedikit berkenaan masalah bentuk atau saiz puting payudara ini untuk entri kali ini.

Ya, sememangnya manusia yang bergelar ibu dianugerahkan pelbagai bentuk puting dan payudara.

Walaupun terdapat pelbagai bentuk dan saiz, bayi tetap boleh menyusu mengikut fitrah yang telah ditetapkan kepada naluri bayi itu sendiri.




Terdapat 3 jenis puting payudara yang biasanya dianggap menjadi masalah untuk menjayakan penyusuan iaitu:
  • Puting leper & tidak regang
  • Puting panjang atau besar
  • Puting tenggelam
Jangan tunggu lepas bersalin baru nak tengok jenis puting. Sewaktu mengandung lagi adalah masa terbaik bagi ibu memulakan rawatan, demi memastikan anak dapat menyusu dengan berjaya.


JENIS PUTING PAYUDARA LEPER & TIDAK TEGANG

Pengendaliannya ialah:-
  • Puting boleh bertukar bentuk semasa mengandung dan menjadi keregangan atau strectchy.
  • Tidak perlu membuat diagnosa atau rawatan semasa mengandung
  • Tidak disyorkan menggunakan breast shells atau senaman tertentu semasa mengandung
  • Bina keyakinan diri seawal dari kelahiran
  • Keregangan puting lebih penting dari bentuk puting
  • Keregangan bertambah baik semasa mengandung dan seminggu selepas kelahiran
  • Walaupun puting ibu kelihatan leper di awal mengandung, bayi masih boleh menyusu tanpa masalah
  • Elakkan penggunaan puting tiruan dan piring puting. Pelekapan yang betul dapat membantu dalam penyusuan


JENIS PUTING PAYUDARA PANJANG ATAU BESAR

Pengendaliannya ialah:
  • Puting yang panjang atau besar akan menyebabkan kesukaran kerana bayi tidak dapat melekap dengan sempurna
  • Dapatkan bantuan dalam posisi dan pelekapan yang betul supaya bayi dapat melekap pada payudara, BUKAN pada puting
  • Bayi mungkin hanya menghisap pada puting sahaja (tidak dapat melekap pada saluran susu). Adalah penting untuk ibu mendapatkan bantuan bagi membetulkan teknik penyusuannya.
  • Sekiranya bayi masih gagal menghisap dengan cera yang berkesan, ibu perlu memerah susu dan berikan menggunakan cawan, sehingga bayi besar sedikit dan dapat menghisap puting ibu.

JENIS PUTING PAYUDARA TENGGELAM

Pengendaliannya ialah:
  • Kebiasaannya puting tenggelam tiada memberi masalah dalam penyusuan.
  • Bayi melekap di payudara dan bukan di puting.
  • Sekiranya ibu dapati puting ibu tenggelam, yakinkan diri yang anda juga mampu menyusukan bayi.
  • Dapatkan bantuan praktikal semasa dalam bilik bersalin lagi seperti sentuhan kulit ke kulit, menggalakkan bayi mencari sendiri payudara dan bantu bayi melekap dengan posisi yang betul adalah lebih baik.
  • Selepas kelahiran, rawatan masih perlu diteruskan. 

Sebarang pertanyaan atau pembelian mengenai SHAKLEE boleh PM inbox zana

Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4,5,6, TAMAN KINRARA, DAMAI UTAMA PUCHONG, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!!

No comments:

Copyright to Zana vitamin shop
Designed by UMIESUEstudio 2015