Monday, November 23, 2015

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: CARA HILANGKAN BLACKHEAD DAN WHITEHEAD


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..




Perasan tak di sekitar hidung kita dan tepi tepinya ada seperti bintik hitam dan putih yang melekat ? Rasa kasar dan berduri. Terpaksa kita tekan dan picit picit untuk keluarkan bintik bintik tersebut. Memang bukan mudah. Sakit pula tu.  Masalah bintik hitam dan putih ini di muka yang juga dikenali sebagai blackhead dan whitehead. Tetapi bagaimana ia terjadi dan macam mana cara nak menghilangkannya ?

Blackhead dan whitehead terjadi apabila permukaan liang rambut di muka tersumbat. Setiap folikel atau liang ini mengandungi kelenjar sebaceous yang menghasilkan minyak, iaitu sebum yang membantu melembapkan dan melembutkan kulit kita. Namun apabila sel kulit mati bersama minyak terkumpul dalam folikel, benjolan kecil akan terbentuk di panggil comedone. Jika comedone masih dibawah kulit ia adalah whitehead atau bintik putih. Tapi jika benjolan menjadi semakin besar dan lapisan kulit diatasnya terbuka, ia mula menjadi hitam akibat terdedah kepada udara dan ini dipanggil blackhead atau bintik hitam.

Bintik hitam adalah proses pertama sebelum terjadinya jerawat. Jika dibiarkan kuman dan bakteria akan berkembang biak disitu. Lama kelamaan ia akan merebak dan bernanah. Ditambah pula kulit kita yang sentiasa mengeluarkan minyak, keadaan akan semakin teruk jika tidak dirawat. Oleh itu sebelum terjadi jerawat yang mengjengkelkan, jom kita cari cara menghilangkan bintik hitam dan putih di  muka.


CARA HILANGKAN BLACKHEAD DAN WHITEHEAD

Disebabkan kedua-duanya adalah jerawat, jadi tiada jalan pintas untuk hilangkan blackhead dan whitehead dengan segera. Kita boleh buat facial, tapi kalau macam saya buat sekali, lepas itu tidak buat dah. Sedangkan ia hanya sementara dan kemungkinan ia akan berulang lagi memang tinggi.

Jadi merawat dan mencegah jerawat dari dalam adalah cara sebenar menghilangkan blackhead dan whitehead untuk jangka masa panjang. Ini kerana ia memberi tumpuan kepada membantu tubuh untuk mengatur rembesan kelenjar minyak dan mengurangkan penghasilan sebum.

Untuk hasil yang lebih hebat, harus disertai dengan amalan penjagaan luaran yang baik untuk membatasi keradangan disebabkan oleh percampuran sebum, sel-sel kulit mati dan bakteria di samping membantu meningkatkan kesihatan folikel.


1) Penjagaan kulit dari dalam

Di samping menjaga pemakanan yang seimbang dalam diet harian, pengambilan suplemen juga penting untuk menampung keperluan vitamin. Ada beberapa vitamin disarankan untuk mencegah masalah kulit berminyak, whitehead dan blackhead. Selain itu set kecantikan kulit juga terbukti berkesan membantu menghilangkan blackhead dan whitehead.

Antara supplement shaklee yang anda boleh ambil adalah:

  • ESP
  • Vita E Complex
  • Collagen Powder



2) Cuci muka

Cuci muka setiap kali anda rasa kulit berminyak. Gunakan pencuci muka bebas bahan terlarang seperti parabens dan lain-lain. Saya mengesyorkan anda mencuba Nutriwhite Foaming Cleanser Shaklee

3) Elakkan penggunaan mekap yang terlalu tebal

Mekap boleh menyebabkan pori tersumbat. Pilih produk yang bersesuaian yang tidak akan menyebabkan pori tersumbat, juga elakkan penggunaan mekap terlalu tebal.

Selain mengelakkan mekap yang tebal, anda juga boleh mencuci muka dengan Makeup Removal yang boleh membantu membersihkan kulit anda.

4) Gunakan tuala berasingan

Gunakan tuala berasingan untuk mengelap muka selepas mencucinya, bukan gunakan tuala mandi ya.

5) Kurangkan pengambilan makanan berminyak

Ini kerana, whitehead banyak disebabkan oleh faktor pemakanan seseorang. Jadi makanlah makanan seimbang dan kurangkan makanan berminyak.

6) Tempat tidur bersih

Sentiasa pastikan tempat tidur bersih terutamanya sarung bantal.

7) Wapkan wajah anda

Guna kaedah wap panas dengan meletakkan muka anda di atas mangkuk yang berisi air panas. Ada juga mesin steamer dijual pada harga semurah RM55. Wap-wap panas akan naik dan membantu membuka liang pori dan memudahkan pengeluaran blackhead dan whitehead.


Selepas itu anda boleh gunakan alat khas untuk mengeluarkan blackhead dan whitehead ini. Pastikan anda mencuci muka selepas itu dan bilas dengan air sejuk untuk menutup kembali liang pori.

Sebarang pertanyaan atau pembelian mengenai SHAKLEE boleh PM inbox zana

Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4,5,6, TAMAN KINRARA, DAMAI UTAMA PUCHONG, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!!


No comments:

Copyright to Zana vitamin shop
Designed by UMIESUEstudio 2015