Tuesday, November 10, 2015

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: KEPENTINGAN ASID FOLIK DIAWAL KEHAMILAN


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..

Malam ini zana nak berkongsi mengenai kepentingan asid folik kepada ibu hamil. Ramai di kalangan kita tak menyedari kepentingan Asid Folik kepada ibu yang ingin mendapatkan zuriat @ ibu-ibu yang belum dikurniakan cahaya mata tapi ingin hamil. Asid Folik adalah sangat digalakkan diambil untuk dijadikan sebahagian daripada amalan pemakanan harian antara 3 hingga 6 bulan sebelum hamil.






Apa itu Asid Folik?




Asid Folik atau kadang kala disebut sebagai folat ataupun Vitamin B9 sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia amat penting dalam pembentukan DNA baru dan pada masa yang saa memperbaiki DNA yang rosak di dalam sel. Sekiranya wanita itu kekurangan asid folik, ketahuilah bahawa tahap kesihatan bayi yang bakal di kandung akan terjejas. Hal ini dibuktikan menerusi  kajian yang telah dijalankan pada tahun 1960 di mana para pakar perubatan mengaitkan kekurangan asid folik yang rendah pada bayi mereka.

Asid Folik sangat bermanfaat untuk bayi dalam kandungan kerana ia boleh mengurangkan risiko anda daripada menimang cahaya mata yang cacat terutamanya kecacatan saraf tunjang (neural tube defect atau NTD), gangguan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tidak terbentuk(anecephaly / encephalocele) dan masalah pembentukan saraf tunjang (spina bifida). Hal ini kerana, pakar perubatan sangat percaya bahawa asid folik membantu dalam pembentukan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang bayi.

Dalam pada itu, terdapat juga bukti yang menunjukkan bahawa pengambilan supplemen asid folik dapat membantu mengurangkan risiko bayi dilahirkan dengan mengalami masalah sumbing lelangit, kecacatan pada jantung, pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction) dan kecacatan pada sistem pembuangan air kencing.

Dalam pada itu, kajian telah menunjukkan bahawa kecacatan-kecacatan ini boleh dikurangkan di antara 50 hingga 70 peratus. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik sebelum hamil dan sepanjang kehamilan juga. 

Untuk makluman anda, anenchephaly adalah nama diberikan kepada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan lazimnya, dia akan mati sejurus selepas dilahirkan. Spina Bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan bayi lumpuh,mengalami masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.

Oleh sebab itu, supplemen asid folik harus diberikan kepada wanita sebaik sahaja disahkan hamil. Bagi kehamilan yang tidak dirancang dengan teratur, wanita berkenaan dinasihatkan untuk mengambil supplemen asid folik setiap hari dan diteruskan sekurang-kurangnya sehingga kandungan berumur 12 minggu. Dalam 12 minggu pertama, perkembangan otak dan sistem saraf sedang berkembang pesat.

Jadi,ketahuilah bahawa suplemen asid folik sangat penting kepada semua wanita sebagai persediaan awal untuk mengandung. Hal ini kerana ia adalah agen pertumbuhan dan pembinaan sel-sel dalam tubuh. Oleh sebab itulah, ia sangat penting untuk membentuk saraf tunjang bayi pada peringkat awal kandungan. 

Bagi anda yang sedang berusaha untuk hamil, beringatlah bahawa pengambilan pil asid folik tiga hingga enam bulan sebelum merancang kehamilan sangat penting! Dengan yang demikian, ia membolehkan tubuh anda bersedia untuk sebarang pertumbuhan atau pembentukan sel-sel baru.

Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua (melebihi usia 13 minggu), pengambilan asid folik boleh dihentikan. Walaubagaimanapun, anda tetap digalakkan untuk mengambil supplemen ini sehingga bayi dilahirkan.

Apa kaitan Asid Folik dengan Kesuburan?

Apabila sperma yang mengalami kecacatan kromosom disenyawakan dengan telur ovum, ia akan menghasilkan janin yang tidak berupaya untuk hidup lama. Oleh sebab itulah, ada segelintir wanita yang mengalami keguguran di awal kehamilan disebabkan masalah ini.

Dipercayai, Asid Folik dapat membantu masalah kesuburan di kalangan lelaki dengan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma. Untuk mengurangkan risiko ini, golongan lelaki disarankan untuk mengambil asid folik di antara 700 hingga 1000mcg sehari.

Sementara itu, perlu anda maklumi bahawa asid folik merupakan bahan penting dalam membantu proses spermatogenesis. Kandungan asid folik yang mencukupi akan menolong wanita mematangkan telur ovum, membantu pembentukan plasenta dan proses pelekatan janin di dalam rahim.

Oleh kerana itu, bagi sesetengah pasangan yang sukar mendapatkan zuriat, mereka digalakkan untuk mengambil supplemen asid folik sebagai salah satu usaha untuk merawat masalah kesuburan yang dialami. Namun, perlu diingatkan bahawa supplemen asid folik bukanlah ubat kesuburan.

Dos Asid Folik Berlebihan?

Supplement asid folik perlu diambil sebiji setiap hari. Lazimnya dos yang dibekalkan adalah 5mg. Biarpun setiap wanita digalakkan untuk mengambil pil asid folik 400mcg, jangan bimbang tentang isu dos berlebihan. Ketahulah, bahawa asid folik larut dalam air. Jika pengambilan dos asid folik berlebihan, ia tidak sesekali disimpan di dalam pusat penyimpanan nutrient iaitu hati. Ia akan dikeluarkan melalui air kencing.

Asid Folik Semulajadi?

Asid folik semulajadi biasanya dapat ditemui di dalam sayur sayuran hijau seperti brokoli dan bayam, sayur-sayuran berubi, buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna kuning antaranya oren, pisang,jagung dan labu, bijirin, oat, gandum, barli, beras perang, kekacang, keju, susu, telur, hati ayam, daging lembu, kambing dan ayam, salmon serta tuna.

Kenapa pengambilan Asid Folik sangat penting semasa awal kehamilan?







Apakah pula kesan kekurangan Asid Folik kepada Ibu hamil?

Kekurangan Asid Folik boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi.Kecacatan ini dipanggil "spina bifida" yang mana boleh menyebabkan bayi lumpuh ataupun anencephaly iaitu otak dan tempurung tidak terbentuk sempurna.

Jadi, ibu-ibu janganlah mengambil mudah mengenai kepentingan mendapatkan cukup Asid Folik semasa hamil.

Selain dari mengamalkan pengambilan asid folik dari bahan semulajadi, kita juga boleh mendapatkan sumber asid folik daripada makanan tambahan seperti pengambilan supplement yang mengandungi asid Folik. Di dalam kandungan B Complex Shaklee mengandungi Asid Folik yang diperlukan.








Klik sini untuk info tentang Manfaat B Complex

Zana adalah Pengedar Sah Shaklee. Jika nak beli apa-apa produk Shaklee, boleh hubungi zana segera. Ready Stock. 


Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, GIANT BANDAR KINRARA, TAMAN KINRARA, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!!

Post a Comment
Copyright to Zana vitamin shop
Designed by UMIESUEstudio 2015