Wednesday, June 3, 2015

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: SET GASTRIK SHAKLEE


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..


Entry kali ini nak cite berkenaan dengan penyakit yang sangat biasa di alami terutama di kalangan orang dewasa. Sekiranya anda mengalami sakit perut apabila tidak makan atau makan lambat, perkataan yg sering didengar adalah gastrik. Istilah gastrik seringkali disalahgunakan apabila seseorang itu mengalami sakit perut. Mari kita pelajari serba sedikit mengenai penyakit ini agar anda boleh tentukan samada sakit perut anda adalah gastrik ataupun bukan.




GASTRITIS


Definasi gastritis:


Gastritis adalah keradangan pada lapisan perut...ia boleh berlaku secara tiba2 dan dlm jgka masa yg pendek (acute) ataupun secara berperingkat dan dlm jgka masa yg panjang (chronic)..

Ulser Peptik pula adalah luka kecil yg berlaku pd permukaan lapisan perut, duodenum (bahagian pertama dalam usus kecil) atau bhg bawah esofagus. sekiranya seseorang itu mempunyai keradangan pd lapisan perut (gastritis), tentu sahaja lebih mudah untuk terjadi luka di kawasan tersebut..

Permukaan lapisan perut mempuyai sel yang berfungsi untnk mengeluarkan asid dan enzim yang penting utk pencernaan makanan. ia juga mengeluarkan mukus yg berperanan sebagai pelindung kepada permukaan perut tersebut. Jadi, apabila keradangan pada lapisan perut berlaku, hanya sedikit asid, enzim dan mukus yg akan dirembeskan...permukaan lapisan perut akan lebih mudah terhakis kerana kekurangan mukus yg menjadi pelindung dan ini menyebabkan luka kecil berlaku...apabila luka telah berlaku, pada tahap inilah ia dipanggil ulser peptik..




sakit pada bahagian atas perut samada di bahagian tengah atau kiri 


GEJALA gastritis:

  • Sakit perut di bhg atas perut (antara pusat dan tulang bawah dada) samada di bahagian tengah atau kiri dan boleh merebak ke belakang. 
  • Rasa loya
  • Muntah ( isi kandungan muntah mungkin jernih, kuning atau kehijauan, mengandungi jalur darah ataupun darah sepenuhnya bergantung pd tahap penyakit ini)
  • sendawa (jika berlaku, ianya tidak mengurangkan rasa sakit)
  • kembung perut
  • rasa kenyang dgn hanya makan dlm kuantiti yg kecil
  • hilang selera makan
  • turun berat badan



UJIAN yang di jalankan untnk mengenalpasti penyakit ini adalah:-

  • Untuk diagnosis penyakit ini, endoskopi dan barium study akan dilakukan sekiranya pesakit tidak pulih selepas beberapa minggu rawatan. Prosedur endoskopi ialah memasukkan kamera ke dalam badan utk melihat sistem pencernaan manakala barium study pula adalah prosedur di mana pesakit akan di berikan barium untuk diminum. Barium adalah sejenis bahan yang mampu memperlihatkan saluran pemakanan dgn lbh jelas lagi pada x-ray
  • ujian darah - ujian darah akan dilakukan unutk melihat samada pesakit mengalami kekurangan darah atau tidak...kekurangan darah boleh berlaku akibat pendarahan dalaman yg merupakan komplikasi penyakit ini.
  • ujian pada najis - ini akan dilakukan pd pesakit yg mempunyai gejala dimana najis mereka berwarna hitam seperti warna hitam tar..ujian ini adalah utk menentukan samada terdapat darah pd najis mereka atau tidak
  • ujian utk mengenal pasti jangkitan bakteria Helicobacter pylori- ujian ke atas nafas, darah dan juga najis pesakit perlu utk mengenal pasti jangkitan bakteria ini.. jangkitan kuman ini juga boleh dipastikan melalui biopsi yg diambil pada perut pesakit semasa proses endoskopi.


RAWATAN bg kedua2 penyakit ini adalah:-
  • Antasid- ia merupakan satu ubat yang mampu meneutralkan asid di dalam perut sekaligus mengurangkan kesakitan dengan cepat.
  • Pesakit di bawah rawatan anti-keradangan bukan steroid (non-steroidal anti-inflammatory drugs) selalunya akan diberikan prostaglandin analog (misoprostol) untuk mencegah daripada berlakunya ulser
  • Antibiotik juga akan diberikan utk menghilangkan jangkitan Helicobacter pylori
  • Selain dari ubat2an..pesakit juga akan dinasihatkan supaya:
  • Kerap makan. Ambil makanan ringan antara makan utama. Ini untuk mengelakkan perut daripada kosong.
  • Minum susu.
  • Jauhkan daripada perkara-perkara yang boleh memburukkan lagi ulser seperti stress dan merokok, pengambilan makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, kobis, brocolli dpt membantu melindungi lapisan perut. 
  • Amalkan pengambilan probiotik (bakteria baik) dalam makanan.  


Ini boleh dilakukan dengan RAWATAN secara perlahan tetapi berkesan iaitu dengan SHAKLEE SET GASTRIK




APA FUNGSI SET GASTRIK SHAKLEE?


ESP

Komponen paling penting dalam gastrik iaitu seumber protein yang tinggi untuk pembentukan sel-sel kulit dan dinding usus yang baru untuk meulihkan semula dinding usus yang telah terhakis akibat gastrik. Elakkan pendarahan usus dari berlaku. memelihara ketebalan sel-sel kulit dalaman. Ia juga mempunyai sifat ALKALI yang tinggi yang boleh membantu meneutralkan asid hidrokolik dalam badan. Selain memmperbaiki sel dalaman untuk elak gastrik, ia juga membantu memulihkan sel kulit luaran supaya tampil lebih cantik dan berseri.


OSTEMATRIX

Ostematrix mengandungi Magnesium dan Vitamin D yang sangat tinggi dan mudah diserap. Ia berkepentingan dalam meneutralkan asid yang telah menembusi esphagus dalam perut yang menyebabkan pedih ulu hati. ia juga merupakan kalsium yang mudah diserap oleh badan. Kurangnya kalsium menjadi penyebab utama serangan gastrik. Tak caya? cuba tanya mereka yang sering terkena gastrik ni suka minum susu tak? Berapa kerap minum susu atau ambil makanan yang bersumberkan kalsium. Pasti kurang kan..


PEPPERMINT-GINGER PLUS


Peppermint-ginger plus ni adalah pudina segar yang juga mengandungi halia yang hanya ditanam secara organik di negara beriklim sejuk. ia berfungsi untuk mengeluarkan angin dalam perut dan mengurangkan asid berlebihan daripada memenuhi ruang dinding perut. Angin inilah yang membuatkan kita sering muntah kalau terkena agstrik yang teruk. Angin terdapat dalam setiap badan individu, cuma kuantitinya samaada banyak atau sedikit berbeza dari seorang ke seorang yang lain. Angin juga kekal di dalam perut kerana tingginya asid di dalam perut kita. Bahaya angin adalah kerana ia boleh menyebabkan gas yang boleh menekan urat saraf. Saraf ini begitu dekat dengan jantung dan paru-paru. Jika tidak dirawati, komplikasi lain yang melibatkan jantung dan paru-paru boleh berlaku dan berlakulah simptom seperti sesak nafas dsb.

Semoga info ini bermanfaat untuk anda. Kosnya pun amat berbaloi sebab setiap botol boleh tahan sehingga 2 bulan.

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, GIANT BANDAR KINRARA, TAMAN KINRARA, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!!

No comments:

Copyright to Zana vitamin shop
Designed by UMIESUEstudio 2015