Assalammualaikum Dan
Salam Kasih Sayang..
Kaum wanita mesti ambil perhatian ni . Anda perlu
untuk membersihkan berus alatan solek anda sekali seminggu dan buang
produk kecantikan anda sebaik sahaja luput tarikh, tetapi itu tidak bermakna
anda terlindung daripada mempunyai bakteria dalam produk kecantikan anda.
Bakteria sangat licik, dan apabila ia menjangkiti alatan solek anda, ia
menyebabkan terjadinya masalah-masalah pada kulit anda seperti jerawat,
kemerahan dan jangkitan.
Untuk membantu alatan kosmetik anda bebas daripada
bakteria dan kuman, saya ingin kongsikan tujuh cara bagaimana bakteria boleh tersebar
pada alatan solek anda, dan cara untuk mengelakkannya.
Gunakan tiub, bukan balang
Jika anda menggunakan losyen yang dalam bentuk
balang atau tab berbanding dengan tiub, anda mendedahkan bakteria untuk melekat
pada produk setiap kali anda menggunakan jari anda untuk menggunakan losyen
tersebut. Sama juga sepertimasker rambut, ‘exfoliators’ dan apa-apa yang
dipakej dalam balang, kerana bakteria yang telah terjangkit pada losyen dan
dipindahkan ke muka anda lantas menyebabkan kerengsaan, jerawat dan kemerahan.
Oleh itu, beralihlah pada versi tiub untuk losyen atau masker kegemaran anda,
dan daripada menggunakan jari, lebih baik anda gunakan kapas untuk bebas kuman.
Bersin
semasa menyolek muka
Perkara ini mungkin tidak dapat dielakkan kerana ia
adalah semulajadi, tetapi jika anda bersin pada barang komestik anda semasa
sedang menggunakannya, sekaligus anda menyebarkan bakteria ke dalam apa-apa
bekas solekan yang terbuka. Jika anda rasa anda akan bersin (terutamanya semasa
penggunaan maskara), halakan muka anda ke arah lain untuk mengelakkan anda
bersin pada produk kosmetik.
Penggunaan gincu selepas makan
Tidak kisah mana-mana produk untuk bibir, jika anda
memakai gincu anda selepas makan makanan, sekaligus anda menekankan sisa
makanan ke dalam bibir anda, dan pada produk itu sendiri. Bakteria boleh hidup
di permukaan gincu, atau di dalam tiub ‘lip gloss’, yang akhirnya akan merebak
ke bibir anda untuk penggunaan seterusnya. Pastikan anda betul-betul mengelap
apa-apa makanan pada bibir anda dan jika boleh, berus gigi terlebih dahulu
sebelum menggunakan gincu.
Perkongsian
alatan kosmetik anda
Perkara ini sangat benar terutamanya untuk solekan
mata kerana mata anda merupakan anggota badan yang paling mudah terdedah kepada
bakteria. Jika anda berkongsi mana-mana produk kecantikan dengan rakan-rakan
anda, dengan serta-merta anda turut meletakkan apa-apa kuman mereka ke dalam
produk anda dan sebaliknya. Malahan jika anda berada di luar bersama
rakan-rakan dan mereka terlupa untuk membawa ‘lip gloss’, jangan berkongsi. Ia
tidak akan pernah berakhir dengan baik.
Tidak
membersihkan beg solek anda
Walaupun anda membersihkan setiap produk, berus dan
span di dalam beg solek anda, itu tidak bermakna anda bebas daripada bakteria.
Beg solek anda juga perlu dibersihkan, dan anda dinasihatkan untuk melakukan
pembersihan ini sekurang-kurangnya sebulan sekali. Sama ada membasuhnya
menggunakan mesin basuh dengan tuala atau dalam mesin basuh pinggan mangkuk
(lebih baik jika beg itu dibuat daripada kanvas) untuk menyahkan bakteria
daripada bahagian bawah beg.
Menggunakan
satu berus solekan untuk pelbagai fungsi
Ya, terdapat berus yang spesifik yang anda perlu
gunakan untuk setiap jenis alatan solek, tetapi pada hakikatnya, ramai daripada
kita yang menggunakan satu berus untuk pelbagai produk. Jika anda menggunakan
satu berus untuk menggunakan bedak serbuk, kemudian gunakan pula berus tersebut
untuk pemerah pipi anda, anda telah memindahkan mana-mana minyak dari muka anda
ke dalam bekas pemerah pipi anda, dan kemudian menyebarkan semula bakteria
minyak ke pipi anda apabila anda menggunakannya. Gelikan..cuba menggunakan
jari atau berus yang berasingan bagi setiap produk, dan ingat untuk
membersihkan berus anda kira-kira sekali seminggu.
Jika anda ingin
mendapatkan Produk Shaklee boleh PM inbox zana
Hubungi/whatsapp: 011-2129 2428
Facebook: Zanariah Hussin
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!!
No comments:
Post a Comment