Friday, June 12, 2015

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: RAWAT SENGATAN CHARLIE DENGAN HERBAL BLEND SHAKLEE


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..


Zana first time tengok haiwan ni. Bila mula tersebar di laman social, baru tau betapa bahayanya haiwan yang bernama Charlie.




Charlie” atau Penyakit Kulit Kumbang Rove (Paederous Dermatitis) kumbang Rove adalah serangga yang biasa terdapat di Malaysia. Badan serangga ini mengandungi toksin ‘paederin’ (gelaran ’ Paederous dermatitis’ diberi ) yang menyebabkan kepanasan pada kulit setiap kali kumbang ini di lenyekkan. Reaksi ini dipanggil Penyakit Kulit Rove (Paederous Dermatitis) beberapa penuntut UniMAP telah dikesan mempunyai tanda-tanda penyakit kulit yang mirip kepada Panyakit Kulit Rove yang datang mendapatkan rawatan di Pusat Kesihatan UniMAP semenjak bermulanya semester 2 awal Januari 2010.

Artikel ini dikeluarkan untuk mendidik penuntut UniMAP mengenai penyakit ini.

KUMBANG ROVE

Kumbang Rove atau lebih dikenali juga dengan nama tempatan Semut Semai, Semut Kayap atau Charlie, mempunyai saiz kurang daripada 1 cm panjang. Badannya berwarna kuning gelap manakala bahagian atas, bawah abdomen dan kepala berwarna gelap. Bahagian tengah abdomen yang berwarna hijau tua mempunyai sepasang sayap keras. Selalunya, kumbang ini kelihatan merangkak dengan pantas di kawasan sekeliling dengan menyembunyikan sayapnya dan sekali pandang ia lebih menyerupai semut. Apabila diganggu kumbang ini akan menaikkan bahagian abdomen supaya kelihatan seperti kala jengking untuk menakutkan musuh. Ia boleh terbang dan berlari pantas diatas air. 
Seperti yang boleh kita lihat di dalam gambar disebelah, kumbang rove bersaiz kecil dan boleh terlepas pandang.

Kebiasaannya kumbang ini terbang masuk ke dalam rumah melalui tingkap kerana ia tertarik dengan cahaya lampu diwaktu malam. Ia mudah terdapat dikawasan bukit atau hutan. Kerapkali keseluruhan pangsapuri atau kawasan perumahan yang berhampiran dengan bukit dipenuhi dengan serangga ini pada waktu malam.

Melalui data kes yang di laporkan, didapati dari bulan Julai hingga Oktober adalah bulan-bulan yang paling aktif dan September menunjukkan kejadian yang paling tinggi setiap tahun.

MAKLUMAT KUMBANG ROVE

Nama Am: Kumbang Rove
Nama Saintifik : Class : Insecta
Order : Coleoptera
Family : Staphylinidae
Species : Paederus fuscipes Curtis
Nama Tempatan: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie etc.

Yang Menyebabkan Reaksi Kulit

Kumbang ini tidak menyegat atau gigit. Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan  (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai 'paederin' (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/staphylinidae) dermatitis’. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang.

Ciri-Ciri Ruam

Kerana ianya terlalu kecil, kerapkali bintik-bintik kemerahan ini boleh terlepas pandang dan hanya timbul dengan jelas pada keesokan harinya. Pada hari kedua, timbul luka pada bahagian tengah bintik bintik merah tersebut ia itu bahagian yang paling banyak terkena toksin ‘paederin’. Pada mulanya bintik bintik tersebut terasa panas yang kemudiannya menjadi gatal. Biasanya masalah kulit yang ringan tidak meninggalkan parut, namun luka yang dalam yang melibatkan lapisan kulit dalam (dermis) boleh menjadi parut. Kumbang rove / ‘Paederous dermatitis’ sering dikelirukan dengan kayap (shingles / herpes zoster) kerana rupanya yang agak sama. Namun taburan ruamnya tidak mengikut aliran hujung saraf seperti kayap dan kes-kes ‘Paederous dermatitis’ ini datang dalam kumpulan dan bukan berasingan. Kumbang ini boleh ditemui di kawasan sawah padi, padang sekolah - antara rumput dll. Ia merupakan serangga karnivor dan memakan lain-lain serangga yang lebih kecil. Ia merupakan serangga yang memainkan peranan penting dalam kawalan biologi untuk mengawal serangga perosak padi. Semasa hujan lebat atau banjir, kumbang ini akan berhijrah ke kawasan yang lebih kering.


Bagaimana menghindar terjadinya ruam / sentuhan dengan kumbang rove??

  • Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup   atau kurangkan penggunaan lampu
  • Tutup semua pintu / tingkap semasa epidemik kumbang tersebut.
  • Ketika memandu motosikal, adalah penting kita memakai topi keledar yang menutup muka (visor) bagi mengelak mata terkena kumbang tersebut.
  • Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap
  • berpelekat dan sebagainya.
  • Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya.


Jika ruam terjadi selepas anda tersentuh kumbang ini: 

  • Jika anda tersentuh dengan kumbang ini, segera cuci bahagian yang terlibat dengan sabun dan air.
  • Mereka yang mengalami reaksi kulit yang teruk hendaklah mendapat rawatan
  • perubatan.
  • Bagi mengelakkan ruam bertambah banyak, pastikan tiada lagi serangga ini dikawasan tempat tidur dan tutup semua tingkap mulai petang.
  • Bahan antiseptik seperti larutan potassium permanganate (KMnO4) boleh digunakan untuk mencuci.
  • Sebarang bahan antiseptik dicampur dengan krim steroid dengan kekuatan rendah memadai dalam kebanyakkan kes.
  • Kes kes yang teruk yang melibatkan mata atau selaput mukosa, atau ditambah dengan jangkitan kuman, anda harus mendapat rawatan perubatan.
  • Akhir sekali, adalah lebih baik ruam tersebut tidak terdedah terus kepada cahaya
  • matahari kerana boleh menyebabkan parut hitam.


Bagaimana Herbal Blend dapat membantu??



Kena cuba la dulu, baru tau berkesan atau tidak. Herbal Blend bukan saja untuk bayi, kanak-kanak malah orang dewasa atau warga emas pon boleh menggunakannya. Wajib dibawa kemana saja..

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, GIANT BANDAR KINRARA, TAMAN KINRARA, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!!
Post a Comment
Copyright to Zana vitamin shop
Designed by UMIESUEstudio 2015