Sunday, April 19, 2015

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: KEBAIKAN BERKHATAN DARI SEGI KESIHATAN


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..


Khatan berasal daripada perkataan khitan yang bermaksud potong. Kebiasaannya juga disebut sunat. Posedur khatan adalah membuang kulit lebih yang menutup kepala zakar, iaitu kulup. Berkhatan adalah sebahagian daripada syiar Islam dan wajib keatas lelaki dan perempuan mengikut mazhab Syafie.

Sebaik-baiknya khatan dilakukan pada hari ke-7 atau hari ke-40 bayi dilahirkan. Biasanya masyarakat kita mengkhatankan anak-anak bila usia anak menjelang tujuh tahun dimana mereka sudah dinasihatkan untuk menunaikan solat. Khatan menjadi wajib apabila usia menjelang akil baligh.





Berkhatan untuk perempuan hanyalah memotong sebahagian kulit pada bahagian atas faraj yang menutupi klitorisnya. Berbeza dengan lelaki kerana tidak perlu membuang kulit yang berkenaan keseluruhannya. Tetapi cukup sekadar sebahagian kecil kawasan tersebut. Amalan khatan bayi perempuan mengikut cara Islam tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.

Disebabkan anatomi faraj anak-anak perempuan yang baru dilahirkan ada perbezaan, adakalanya bayi dilahirkan tanpa kulit yang meliputi klitoris, maka disunatkan oleh ulama Syafi`iyyah untuk melalukan sahaja alat berkhatan pada tempat yang sepatutnya dikhatankan sebagai tanda mentaati perintah Allah.


Kebaikan berkhatan dari sudut kesihatan:

  • Mengurangkan risiko jangkitan saluran kencing.
  • Mengurangkan risiko jangkitan penyakit kelamin dikalangan lelaki.
  • Perlindungan terhadap kanser zakar.
  • Mengurangkan risiko kanser pangkal rahim pada pasangan wanita.
  • Mencegah penyakit 'balanitis' iaitu keradangan pada kepala zakar.
  • Mencegah penyakit 'balanoposthitis' iaitu keradangan pada kepala zakar dan kulit kulup.
  • Mencegah 'phimosis' iaitu kulit kulup yang ketat (buta) dimana ia tidak boleh ditarik ke belakang untuk mengeluarkan kepala zakar.
  • Mencegah 'paraphimosis' iaitu kulit kulup yang ketat dan tidak dapat dikembalikan kepada kedudukan asal. Ianya menjerut di bahagian pangkal kepala zakar dan ianya sangat sakit.

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 


Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, BANDAR KINRARA, PUTRA PERDANA boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)
Post a Comment
Copyright to Zana vitamin shop
Designed by UMIESUEstudio 2015