Sunday, April 19, 2015

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MEMINUM KOPI


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang

Entry kali ini kita cerita lain sikit. Asyik supplement je kan, kita tukar sikit..hee..Semua orang suka minum kopi kan. Jom kita tengok Kebaikan Dan Keburukan Meminum Kopi.

Pelbagai pendapat bila ditanya samada meminum kopi baik untuk kesihatan atau sebaliknya. Jawapannya bergantung pada jenis kopi dan jumlah pengambilan. Katakan anda tidak menghidap kencing manis, anda tidak perlu risau meminum kopi sebab kajian mendapati kopi boleh menurunkan risiko menghidap kencing manis (Diabetes Mellitus Type 2). Bukan kerana kafein, tapi bahan lain dalam kopi yang memberi kesan tersebut tidak kira samada ia minuman kopi berkafein ataupun tidak (decaffeinated coffee).





Malangnya bagi pesakit diabetis atau kencing manis, mengambil minuman berkafein seperti kopi boleh memburukkan lagi penyakit diabetis yang dihidapi. Ini kerana kafein yang terkandung dalam minuman tersebut mengganggu sistem dalaman menyebabkan badan semakin sukar untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Namun pesakit diabetis boleh mengambil minuman kopi yang telah dinyah-kafein (decaffeinated coffee) sebagai alternatif.

Kajian lain menunjukkan amalan meminum kopi dapat mengurangkan risiko penyakit strok (angin ahmar), membantu mencegah kanser kulit serta memberi kesan perlindungan terhadap penyakit Alzheimer. Namun fakta tersebut masih memerlukan kajian lanjut untuk mengesahkannya. Dalam satu review yang dikeluarkan pada tahun 2007 dalam Neurological Research tabiat meminum kopi secara berterusan membantu mencegah penyakit Parkinson. Kesan ini tidak terjadi kepada wanita yang telah menopos yang mengambil terapi hormon estrogen, sepertimana dilaporkan dalam American Journal of Epidemiology dalam tahun 2004.

Minuman kopi didapati tidak meningkatkan risiko menghidap kanser pundi kencing, perut, buah pinggang, atau payudara malah ia membantu sedikit sebanyak mencegah kanser hati. Kajian menunjukkan tabiat meminum kopi dikaitkan dengan kandungan enzim dalam darah yang menunjukkan kerosakan hati adalah rendah. Keputusan ini adalah konsisten tidak kira orang itu pernah atau tidak menghidap penyakit hati. Masih tidak pasti samada kesan ini disebabkan kafein atau bahan lain dalam kopi.

Ringkasnya, bagi kebanyakan orang yang menikmati minuman kopi sekadar secawan dua sehari memang tidak perlu risau. Hakikatnya, meminum dua ke empat cawan kopi sehari (200 ke 300mg kafein) berkemungkinan besar selamat. Tapi pengambilan kopi yang berlebihan, seperti empat ke tujuh cawan sehari (500 ke 600mg kafein) akan mengundang pelbagai masalah seperti sukar tidur, cepat gemuruh, cepat marah, loya, degupan jantung yang laju, sakit kepala, kemurungan, tangan menggeletar dan sebagainya.


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 


Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, BANDAR KINRARA, PUTRA PERDANA boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

No comments:

Copyright to Zana vitamin shop
Designed by UMIESUEstudio 2015