Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang..
Strok berlaku apabila sel otak tiba-tiba mati akibat
kurang bekalan oksigen dan berpunca dari saluran darah kepada tisu otak
tersumbat atau pendarahan di dalam otak.
Stroke atau dalam bahasa melayu adalah angin ahmar
adalah penyakit yang mana biila ia terjadi, pesakit stroke ini akan menjadi
lumpuh sebelah badan (mild stroke), tidak boleh bertutur, koma, hilang ingatan
dan boleh membawa maut.
HAEMORRHAGIC STROKE DAN ISCHAEMIC STROKE.
Ada dua jenis stroke iaitu "ischaemis
stroke" dan "haemorrhagic stroke". Ischaemic berlaku bila
saluran arteri yang membekalkan darah beroksigen ke tisu otak tersumbat oleh
darah beku (trombus) atau serpihan lemak (embolus). Stroke jenis ini lebih
kerap terjadi berbanding jenis haemorrhagic.
Stroke jenis haemorrhagic atau pendarahan terjadi
bila salur darah pecah di dalam otak. Kedua-dua jenis situasi ini menyebabkan
kurang oksigen kepada tisu otak yang menyebabkan stroke.
TANDA-TANDA
TERKENA STROKE
- Pening, susah atau tak stabil bila berjalan
- Masalah bila bertutur
- Kebas, lemah atau lumpuh sebelah badan
- Penglihatan kabur, gelap atau objek kelihatan dua
Transient Ischaemic Attack (TIA) adalah mini stroke.
Ia dimana tisu otak tidak mendapat oksigen seketika. Tanda serangannya adalah
sama seperti stroke di atas tetapi ia hanya sekejap dan tidak meninggalkan
kesan neurologi seperti lumpuh, lemah dsb secara kekal. Namun, TIA adalah tanda
amaran untuk stroke dan mesti dipandang serius.
Sekiranya seseorang itu mengenalpasti TIA dan segera
mendapatkan rawatan daripada doktor, kemungkinan untuk mendapat stroke dapat
dikurangkan.
Cara rawatan stroke berbeza untuk kedua jenis stroke
itu. Ubat pencair darah seperti aspirin dan heparin diguna untuk merawat
ischameic stroke. Manakala pembedahan untuk menghentikan pendarahan atau
mengeluarkan darah beku dalam otak bagi pesakit haemorrhagic stroke. Apa pun,
tujuannya adalah untuk mengembalikan bekalan darah kepada tisu otak dengan
segera.
CARA
MENCEGAH STROKE
- kawal tekanan darah tinggi dengan optimum
- kawal penyakit kencing manis
- ambil ubat kurangkan kolesterol boleh mencegah stroke berulang
- rawat stress atau tekanan perasaan
- bersenam aerobik boleh mencegah stroke
- tidak merokok
- periksa jantung untuk pastikan tiada "atrial fibrillation" yang menjadi punca stroke
- pesakit kencing manis boleh mengambil aspirin untuk mengelakkan darah beku trombus
Penyakit datangnya daripada Allah untuk menguji
keimanan hambanya diatas muka bumi ini. Kita mesti sabar dalam menempuh dugaan
ini sekiranya terjadi pada kita atau orang kesayangan kita. Proses pemulihan
memakan masa berbulan-bulan untuk sembuh dengan rawatan ubat, physiotherapy, speech
therapy dan sebagainya.
Ia juga ujian daripada Allah terhadap orang
sekelilingnya yang mana mereka perlu berkorban masa dan tenaga untuk menjaga
pesakit stroke yang tidak berdaya. Jangan berputus asa mencari rawatan
alternatif untuk cepatkan proses pemulihan.
Buat anda yang masih belum mengenali
Vivix Shaklee, Vivix Shaklee juga sering dikenali sebagai Tonik Ajaib. Dimana,
ia adalah satu-satunya supplement yang boleh menembusi DNA manusia, sekaligus
membaiki DNA yang rosak dalam badan manusia.
Selain itu Vivix Shaklee juga merangsang
pembentukan sel baru, selain memberi perlindungan antioksidan dalam badan. Baik
juga untuk pesakit kanser, darah tinggi, kencing manis, jantung, SLE, dan
banyak lagi.
Jom kita tengok testimoni sebenar
Vivix Shaklee daripada pengguna;
Jika
anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%,
anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk
pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain
selepas mendaftar sebagai ahli nanti.
Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG,
SERI KEMBANGAN, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, BANDAR KINRARA, PUTRA PERDANA boleh
hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan
ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda
ke seluruh Malaysia =)
No comments:
Post a Comment