Tuesday, November 24, 2015

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: DI SEBALIK SAKIT KEPALA


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..





Zana tertarik dengan blog dari Dr. Azwan mengenai Sakit Kepala. Zana sendiri pernah alaminya dari alam persekolahan. Bila ia menyerang hanya Tuhan je tahu macam mana rasanya macam nak melahirkan anak pun ada.

Jom kita baca selanjutnya..

Di dalam bidang perubatan satu aspek yang sangat penting ialah sejarah tentang pesakit. Sejarah pesakit ialah cerita atau komplen pesakit tentang masalahnya yang akhirnya membawa pesakit tersebut berjumpa doktor. Contohnya pesakit mengalami sakit kepala, di sebelah kiri, selama 3 hari terutama apabila di bawah cahaya matahari.

Doktor akan bertanyakan soalan-soalan yang menjurus kepada masalah tersebut sehingga mencapai ke diagnosis tertentu. Lebih daripada 60% kes dapat didiagnos dan hanya melalui sejarah pesakit sahaja. Bakinya adalah melalui pemeriksaan fizikal dan pemeriksaan melalui makmal.

Oleh itu sejarah pesakit sangat penting kerana ia adalah sumber utama di dalam menghasilkan diagnosis.

Seringkali doktor bertanya di luar daripada masalah kesakitan itu contohnya perihal peribadi pesakit, perihal keluarga pesakit, kerja di mana sehingga kepada hubungan sosial dan ekonomi pesakit. Sebenarnya ini juga boleh berkait rapat dengan penyakit yang timbul.

Bagaimana ini berkaitan?

Baru-baru ini datang seorang wanita berusia awal 30-an yang mengalami pening kepala yang teruk dan menyebabkan dia tidak boleh bekerja selama beberapa hari. Pening ini bermula selepas 2 bulan, datang dan pergi. Bila ditanya mengenai simptom ini lebih lanjut nampak seolah-olah seperti migraine dan simptomnya juga hampir sama.

Tetapi soalan-soalan lebih lanjut menceritakan kisah sedih beliau. Pada asalnya beliau berkeberatan untuk menceritakannya tetapi akhirnya beliau sedia untuk dibantu.

Dua bulan lepas beliau sepatutnya berkahwin dengan pemuda pilihan ayahnya. Walaubagaimanapun, pemuda tersebut tidak jadi menikahinya kerana memberi alasan tidak cukup wang. Sehingga kini pemuda tersebut mengelak dengan memberi pelbagai alasan. Ini menyebabkan beliau sangat malu, tidak bertegur sapa dengan ayahnya dan merasa sangat marah. Ini ditambah pula dengan cerita ibu dan ayahnya terpisah sejak kecil dan beliau dibesarkan oleh neneknya.

Beliau sering menangis dan menghadapi kesukaran untuk tidur. Ini yang sebenarnya menyebabkan sakit kepala ini sentiasa berulang dan mengganggu hidupnya.

Saya menulis untuknya surat rujukan agar bertemu kaunselor di sebuah hospital kerajaan dengan harapan beliau dapat dibantu. Kadangkala nasihat yang baik lebih kuat kesannya daripada ubat yang paling mahal dan kuat.

Itu adalah satu kes daripada sekian banyak kes di mana sejarah pesakit dan masalah mereka membantu proses perawatan. Kadangkala berkongsi masalah hidup mereka menjadikan kita lebih belajar erti hidup lebih daripada mendengar kuliah oleh pensyarah di universiti.

Melihat daripada sudut yang lain, kita kadang2 melihat seorang ayah menaiki motosikal dengan 3 orang anaknya di atas satu motosikal. Dua duduk di belakang dan satu di hadapan. Semuanya berhelmet. Ayahnya membawa motosikal tersebut perlahan-lahan takut sesuatu yang terjadi kepada anaknya.

Memang secara hakikatnya apabila kita menaiki kereta dan melihat kejadian ini, di dalam hati kita terdetik, "apalah punya ayah, ada ke patut bawak anak kecik2 naik motor sampai 4 orang, tak guna punya ayah, nanti anak jatuh macamana?". Kita seperti mahu menelefon polis untuk menyamannya kerana membahayakan nyawa anaknya.

Kita semua pernah melihatnya dan mungkin ada di antara kita terdetik perasaan yang sama. Cuma, jikalau kita ada hati dan perasaan, kemudian bertanya perihal masalah hidupnya, mungkin kita akan menangis menyesal sebagaimana ada yang menangis melihat iklan petronas kisah Si Thiam Hock.

Mungkin apabila kita melihatnya sebegini - dia hanya seorang ayah yang bekerja mencari sesuap nasi dengan gaji yang cukup-cukup makan untuk sebulan. Dia hanya mampu untuk memiliki sebuah motosikal. Dia tak mampu menghantar anaknya ke sekolah dengan bas dengan gajinya yang kecil. Rumahnya yang jauh dengan tempat kerja menyebabkan dia terpaksa bertolak awal bersama-sama anaknya. Dia mahukan anak-anaknya berjaya dengan pendidikan, supaya anaknya tidak menjadi sepertinya. Ini sahaja yang jalan terbaik yang boleh difikirkannya di dalam kepung kemampuannya.

Manusia ini kehidupannya kompleks. Apa yang kita persepsikan dengan mata kita cuma satu faset daripada faset-faset kehidupan yang realiti. Di sebalik persepsi tersebut, kita tidak tahu melainkan kita sama-sama mencari maknanya. Kita berkongsi dengan manusia lain untuk sama-sama menelusi ruang lingkup kehidupan yang mencabar. Membantu mereka apa yang terdaya dengan kelemahan-kelemahan kita yang diciptakan. Sekadar memenuhi masa untuk kembali ke alam yang kekal.

Wallahu A'lam.

Boleh juga mengambil Supplement Shaklee untuk meredakan Sakit Kepala. Baca disini Manfaat B Complex

Sebarang pertanyaan atau pembelian mengenai SHAKLEE boleh PM inbox zana

Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4,5,6, TAMAN KINRARA, DAMAI UTAMA PUCHONG, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)


Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!!

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: RESEPI CHEESEKUT YANG SIMPLE


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..

Nak share resepi sikit..
Pada yang dah biasa buat sila pejam mata ye

Kasi terliur sikit bagi penggemar cheese
Yup aku salah sorang hantu cheese
Memang lama dah mengidam cheesekut ni
Memikirkan tekak en asben tak boleh nak masuk
Batalkan niat murni nak merasa kesedapan cheesekut ni





Antara bahan yang di perlukan

1. Biskut Craker
2. 1 block Cream Cheese (250g)
3. 1/2 Tin Susu Pekat
4. Fresh Milk
5. Nestum


1. Pukul cream cheese da susu pekat sampai kembang, pastikan cream cheese dalam suhu bilik ye
Ni kes malas namanya guna hand wisk je, tapi kalau nak senang gune mixer la, takde lah lenguh tangan


Part ni best dah macam buat kuih or kek lapis2 ataupon lasagna

2. Celup biskut ke dalam susu coklat or coffe ke strawberi ke, ikot korang mane korang suke
Janji dicelup, tapi jangan korang p celup sampai kembang

Cukup 2 saat depan belakang ok

3. Susun biskut dalam loyang.

4. Sapu cream cheese yang dipukul bersama susu tadi,tak payah letak semua
Buat selapis pon dah cukup, tapi kalau suka pon boleh letak banyak-banyak cume tak banyak lapis jela penyudahnya

5. Taburkan nestum atas cream cheese tu, korang boleh letak biskut oreo hancur ke cipsmore ke, terpulang pada tekak masing-masing la

6. Ulang step seterusnya -  biskut,cream chees dan nestum sampai abis

7. Siap tutup guna cling wrap dan letak dalam peti, biarkan sejuk


Boleh la makan!

Senang je nampaknya. Nanti kita buat ye :)


Sebarang pertanyaan atau pembelian mengenai SHAKLEE boleh PM inbox zana

Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4,5,6, TAMAN KINRARA, DAMAI UTAMA PUCHONG, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)


Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!!

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: SAWAN TARIK BOLEH TERJADI APABILA ANAK DEMAM PANAS


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..






Apabila anak anda mengidap demam melebihi 39 darjah celcius anda tentu risau sekiranya mereka boleh terkena sawan demam atau febrile fits. Apatah lagi sekiranya anak mengalami kekejangan di hadapan mata, ramai yang tidak tahu berbuat apa-apa, menjadi panik ataupun hanya menangis. Lebih teruk lagi sekiranya ada pulak yang pengsan. Mungkin artikel ini sedikit sebanyak boleh membantu anda untuk menghadapi situasi ini.

Rujukan saya adalah daripada Malaysia Clinical Practice Guidelines yang disusun oleh Pakar Paediatrik Malaysia diketuai oleh Dr. Hussein Imam - Ketua Institut Paediatrik HKL.

Apa itu Sawan Demam atau Febrile Fits?

Secara definisinya ialah sawan yang belaku akibat demam. Ia boleh terjadi kepada kanak-kanak di dalam lingkungan usia 3 bulan sehingga 6 tahun. Diagnosis sawan demam diberi sekiranya tiada bukti bahawa terdapat masalah di dalam otak ataupun masalah metabolik di dalam darah yang boleh menyebabkan masalah sawan berlaku.

Secara mudah, ini bermakna, sawan demam didiagnos apabila masalah-masalah di dalam otak seperti jangkitan atau masalah di darah seperti kekurangan garam tertentu telah diambil kira.

Sekiranya sawan berlaku sebelum umur 3 bulan atau berlanjutan selepas 6 tahun, maka ia bukan dikira sawan demam. (Semasa saya medical student dulu, kami di ajar sawan demam berlaku di antara 6 bulan - 6 tahun - lebih mudah hendak dihafal)

Apabila demam menjadi terlalu tinggi, ini akan mengganggu aktiviti otak dan menyebabkan sawan berlaku. Sawan bermaksud keadaan di mana kanak-kanak itu akan tidak sedarkan diri, mengalami kekejangan badan dan kaki, mata hitam akan memandang ke atas (uprolling of eyeballs) , air liur meleleh (drooling of saliva), dan pada tahap tertentu boleh termuntah, terkencing atau terbuang air besar.





Jenis Sawan Demam

Terdapat dua jenis sawan demam. Saya terjemahkan sebagai Sawan Demam Biasa (Simple Febrile Fits) dan Sawan Demam Kompleks (Complex Febrile Fits).

Sawan demam biasa adalah singkat, hanya satu episod sawan sahaja setiap kali demam dan terjadi kurang daripada 15 minit. Manakala Sawan Demam kompleks adalah berpanjangan, lebih daripada 15 minit dan terjadi berulang-ulang di dalam satu episod demam.


Adakah Sawan Demam Boleh Berulang-Ulang ?

Ya, sawan demam boleh terjadi berulang-ulang. Untuk anak anda yang baru pertama kali terkena sawan demam atau sering terkena sawan tetapi tidak pernah diperiksa adalah lebih baik sekiranya anak anda di bawa ke Hospital kerana beberapa pemeriksaan dan pemerhatian perlu dilakukan.

Risiko sawan yang berulang-ulang boleh berlaku sekiranya :-

1. Sawan pada umur di bawah 15 bulan

2. Saudara terdekat spt adik beradik, ibu atau ayah yang mempunyai penyakit epilepsi

3. Saudara terdekat spt adik beradik, ibu atau ayah yang pernah kena sawan demam dahulu

4. Terkena sawan demam dengan suhu di bawah 40 darjah celcius

5. Jarak masa demam dan terkena sawan demam adalah singkat

Ini semua adalah faktor risiko dan mereka yang mempunyai satu atau dua faktor risiko di atas akan kemungkinan mengalami 10% (1 di dalam 10) kes sawan yang berulang. Tetapi, satu kajian menunjukkan sekiranya semua risiko di atas ada, maka risiko sawan berulang adalah 100%.


Adakah Sawan Demam boleh Menyebabkan Epilepsi?

Epilepsi adalah sawan yang tidak mempunyai sebab yang jelas. Ia adalah impuls elektrik yang tidak menentu dikeluarkan oleh sel otak yang mengalami masalah mungkin sejak lahir atau di sebabkan kecacatan contohnya selepas kemalangan jalan raya atau trauma.






Tidak ada persetujuan umum oleh pakar tentang samada boleh atau tidak sawan demam akhirnya menjadi epilepsi. Apa yang boleh dikatakan ialah terdapat kajian yang menunjukkan bahawa 2% - 7% pesakit yang mengalami sawan demam akhirnya mendapat sawan akibat epilepsi. Dan 10% - 15% pesakit yang menghidap epilepsi pernah terkena sawan demam semasa hidup mereka.

Tetapi kajian lebih menujukkan mereka yang mempunyai sawan demam berkecenderungan mengalami epilepsi adalah mereka yang sering terkena sawan demam kompleks, sawan yang lebih daripada 3 kali di samping sejarah keluarga terdekat yang menghidap epilepsi.


Apakah Masalah Yang Akan Berlaku Kepada Anak Yang Demam Sawan?

Mengikut 2 kajian, mereka yang terkena demam sawan tidak akan mengalami masalah apa-apa dan akan membesar seperti kanak-kanak normal. Di dalam satu kajian di antara sawan demam biasa dan sawan demam kompleks, mereka yang mengalami sawan demam biasa dan sawan demam kompleks juga tidak menunjukkan apa-apa perbezaan di dalam pembelajaran.

Malah, ada satu kajian yang menyatakan mereka yang mengalami kes demam sawan mempunyai akademik yang lebih cemerlang daripada kanak-kanak yang normal !!

Huuhh!.. Ayat kontroversi nih... nanti ramai pulak mak ayah kat Malaysia yang nak anak mereka sawan demam...


Adakah Anak Anda Perlu Masuk ke Wad?

Mengapa anak anda harus ke Hospital? Ini adalah kerana supaya doktor dapat memeriksa dan memastikan bahawa anak anda tidak menghidap MENINGITIS atau jangkitan selaput otak.

Ini adalah kerana 17% kes demam sawan adalah positif untuk MENINGITIS dan perlu diingatkan MENINGITIS boleh membawa maut dan menyebabkan kecacatan kekal otak, tubuh dan lumpuh.

Pada kebiasaannya, kanak-kanak yang terkena sawan demam akan bangun dari sawan dan bermain seperti biasa, berlari dan tidak menunjukkan tanda-tanda seperti lesu atau lemah. Mereka tidak perlu bermalam ke dalam wad. Cukup sekadar pemerhatian di wad pemerhatian selama 6 jam sahaja.

Sedangkan MENINGITIS, anak anda akan demam berpanjangan, lemah, muntah, menangis tak henti-henti dan di dalam kesakitan. Di dalam kes ini pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan dan anak anda akan ditahan di wad.


Apa Yang Perlu Anda Lakukan Ketika Anak Anda Mengalami Sawan Demam?

Sebelum Sawan





1. Ibu bapa boleh mengawal sawan demam dengan mengawal demam mereka. Ini adalah berkesan dengan cara mengelap anak yang demam dengan tuala yang basah daripada air paip atau air yang suam sedikit (jangan gunakan ais kerana ia boleh menyebab hypothermia).

2. Beri anak minum ubat seperti sirap paracetamol atau sirap neurofen (brufen)

3. Boleh beri satu suppository voren 12.5mg (anak kecil) atau 25 mg (3 tahun ke atas) ke dalam punggung untuk mengurangkan demam (ambil salah satu samada melalui mulut atau punggung).

4. Jangan pakaikan anak dengan pakaian yang tebal. Pakaian tebal boleh menaikkan lagi suhu. Buka pakaian anak dan letak di bawah kipas. Lap dengan air paip ke seluruh badan.

Ketika Sawan

1. Jangan Panik. Cuba lihat jam pukul berapa ia berlaku dan pukul berapa ia tamat. Ini adalah kerana doktor perlu tahu berapa lama sawan itu berlaku.

2. Longgarkan segala pakaian.

3. Jangan ambil sudu atau bahan-bahan keras dan meletakkannya di dalam mulut. Ini boleh menyebabkan luka yang teruk di dalam mulut. Ia juga boleh menyebabkan tercekik objek asing sekiranya patah.

4. Jangan beri minum air atau ubat ketika anak sawan.

5. Lap apa-apa yang lendiran atau air liur yang keluar dari mulut.

6. Duduk bersama anak anda sehingga sawan tamat.


Setelah Sawan

1. Baringkan anak anda mengiring ke kiri. Ini akan mengelakkan daripada muntah atau lendiran masuk ke dalam paru-paru.
2. Jangan beri anak anda minum ubat atau air, atau makan sekiranya anda tidak pasti anak anda telah sedar sepenuhnya.

3. Bawa ke klinik atau hospital. Biasanya doktor akan masukkan rectal diazepam 5 -10 mg untuk mengelakkan terjadinya sawan demam daripada berulang atau sawan yang berpanjangan.

4. Masuk ke wad sekiranya perlu.
Wallahu A'lam.


Sebarang pertanyaan atau pembelian mengenai SHAKLEE boleh PM inbox zana

Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4,5,6, TAMAN KINRARA, DAMAI UTAMA PUCHONG, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)


Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!!

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: SET HANTARAN KAHWIN SHAKLEE


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..




Cuti sekolah dah kembali..masa ni lah ramai yang nak melangsungkan perkahwinan dan buat macam-macam majlis keraian kesyukuran dan majlis sambut menantu..

Ini contohlah bagi hantaran suplemen shaklee. Banyak pilihan set yang anda boleh pilih untuk dihadiahkan buat pasangan.









Hantaran kahwin ni bukan nak membebankan. Kita bagi ikut kemampuan, alang2 nak bagi, bagilah something yang bermanfaat sikit ;)..

Sebarang pertanyaan atau pembelian mengenai SHAKLEE boleh PM inbox zana

Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4,5,6, TAMAN KINRARA, DAMAI UTAMA PUCHONG, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!!

Monday, November 23, 2015

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: SET ASMA SHAKLEE UNTUK KANAK-KANAK


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..



Tidak mudah bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang mengidap asma..banyak perhatian perlu diberikan kepada anak yang mengidap asma kerana selalunya anak-anak ini sangat mudah jatuh sakit, apatah lagi apabila mendapat serangan asma dan sukar bernafas, situasi yang sangat ditakuti ibu bapa.

Memandangkan penyakit ini dikatakan tiada ubatnya, jika dapat mencegahnya, itu pastinya lebih baik daripada merawat..

Walaubagaimanapun penting untuk ibu bapa mengetahui beberapa simptom anak-anak yang punya asma. Antaranya ialah:


  • Batuk berpanjangan dari malam ke pagi
  • Berkahak
  • Mudah berhingus dan hidung berair
  • Pernafasan berbunyi(seperti bersiul)
  • Mudah semput ketika bermain atau melakukan aktiviti
  • Cepat penat apabila melakukan aktiviti fizikal



APA ITU PENYAKIT ASMA?

Asma merupakan sejenis penyakit paru-paru yang terjadi akibat radang dan penguncupan saluran pernafasan. Orang yang mengalami penyakit asma akan menunjukkan beberapa tanda atau gejala tertentu. Tanda-tanda yang dapat diperhatikan, pernafasan yang berbunyi seperti orang bersiul, terutama sekali apabila pesakit itu menghembuskan nafasnya. Ini dinamakan "wiz" yang terdengar secara berulang-ulang. Namun ada juga yang tidak mengalami wiz, akan tetapi mengalami batuk, terutama di waktu malam atau selepas melakukan latihan fisik.

Adakalanya batuk tersebut dialami secara terus menerus lebih dari seminggu. Selain itu, pesakit akan merasakan sesak nafas dan dada yang terasa ketat. Dalam kasus tertentu, ada asma yang tidak dapat ditahan karena banyak terdapat lendir yang sulit dikeluarkan.

Pesakit asma diperkirakan 80 persen dialami oleh anak-anak dan 50 persen orang dewasa.

Serangan asma yang dialami tidak sama pada setiap individu. Ada yang hanya mengalami sedikit rasa sesak nafas sedangkan yang lain mungkin mengalami sesak nafas yang berat setiap hari. Beberapa Pesakit Asma mengalaminya dalam masa yang singkat, namun ada pula yang mengalami secara berterusan untuk beberapa hari lamanya. Selain itu ada pesakit yang mengalami keadaan yang mencemaskan namun yang lain hanya mengalami sedikit gangguan nafas sesekali.

Keadaan ini menunjukkan bahwa asma merupakan sejenis penyakit yang tidak menentu dan ini secara tidak langsung menerangkan mengapa penyakit asma sukar difahami. Namun demikian, program pendidikan yang disediakan oleh pemerintah dan yang terdapat dalam situs web kesehatan di internet sepertinya cukup dapat membantu mendidik penghidap asma hidup secara aktif supaya dapat melakukan aktivitas harian di tempat kerja, sekolah, di rumah atau di mana saja tanpa banyak gangguan .


BAGAIMANA ASMA TERJADI?

Sebenarnya orang yang akan menghidap penyakit asma ini tidak dapat dipastikan. Namun begitu, yang jelas ialah, serangan asma terjadi apabila terdapat perubahan di dalam saluran pernafasan. Perubahan yang dimaksudkan adalah inflamasi atau bengkak yang selanjutnya mengakibatkan saluran pernafasan menguncup dan peka terhadap rangsangan luar.


PERUBAHAN YANG TERJADI PADA PENYAKIT ASMA

Inflamasi Tiub dalam saluran pernafasan mudah mengalami iritasi, menjadi bengkak dan kelihatan merah. Selanjutnya lendir yang pekat akan dihasilkan dan menyumbatkan saluran pernafasan. Penghidap asma akan mulai batuk apabila dia coba untuk mengosongkan saluran pernafasan yang tersumbat ini. Sekiranya inflamasi sering terjadi dan keadaannya berat, saluran pernafasan akan menebal secara permanen. Ini akan menyebabkan pesakit sukar bernafas.

Kuncup: Otot yang mengelilingi saluran pernafasan mungkin menguncup dan menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit. Keadaan ini dinamakan bronkospasme atau bronkokonstriksi. Pesakit akan berasa dadanya sesak.
Peka: Saluran pernafasan amat peka terhadap benda-benda luar seperti debu, asap rokok, atau udara dingin.

Apa yang ada dalam SET ASMA SHAKLEE UNTUK KANAK-KANAK?



OMEGA GUARD (Asid lemak Omega-3)

Kajian klinikal Universiti of Maryland Medical Center menunjukkan 29 kanak-kanak asthma yang diberi makan minyak ikan yang kaya EPA dan DHA selama 10 bulan didapati mampu mengurangkan simptom asthma berbanding kanak-kanak yang mengambil placebo.

Kajian penyelidik Jepun keatas 32 pesakit COPD (chronic obstructive pulmonary disease) yang diberi supplemen omega-3 mendapati, selepas setiap 3 bulan tahap kesihatan mereka semakin baik berbanding mereka yang tidak diberi omega-3.

Penyelidik mencadangkan sokongan nutrisi yang mengandungi asid lemak omega-3 adalah selamat dan praktikal untuk merawat masalah berkaitan peparu dan pernafasan.


MEAL SHAKES 

Mengandungi multivitamin, mineral serat dan protein. Kanak-kanak yang sering jatuh sakit selalunya mempunyai antibodi yang lemah. Sel yang tidak sihat juga menyebabkan zat dari makanan yang dimakan tidak dapat diserap dengan optimum. Jadi meal shakes membnatu menghasilkan sel yang lebih sihat supaya dapat membantu menyerap nutrien, menyumbang kepada keperluan vitamin dan menampung kekurangan nutrien dari makanan harian.

CHEWABLE VITA

Mengukuhkan dan menguatkan sistem imunisasi pertahanan badan kanak-kanak yang sering terdedah kepada kuman, membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan turut penting untuk gusi dan gigi

Pandangan Ibu Bapa yang telah mencuba untuk anak mereka








Alhamdulillah, ramai  ibu bapa yang telah mencubanya untuk anak-anak mereka dan alhamdulillah, dengan izin Allah ianya berhasil dan sangat membantu mengatasi masalah ini. Anda ingin mencuba set ini? InsyaaAllah, mudah-mudahan ia dapat membantu.

Produk yang dicadangkan adalah dihasilkan daripada bahan semulajadi sahaja.


Sebarang pertanyaan atau pembelian mengenai SHAKLEE boleh PM inbox zana

Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4,5,6, TAMAN KINRARA, DAMAI UTAMA PUCHONG, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!!

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: CARA HILANGKAN BLACKHEAD DAN WHITEHEAD


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..




Perasan tak di sekitar hidung kita dan tepi tepinya ada seperti bintik hitam dan putih yang melekat ? Rasa kasar dan berduri. Terpaksa kita tekan dan picit picit untuk keluarkan bintik bintik tersebut. Memang bukan mudah. Sakit pula tu.  Masalah bintik hitam dan putih ini di muka yang juga dikenali sebagai blackhead dan whitehead. Tetapi bagaimana ia terjadi dan macam mana cara nak menghilangkannya ?

Blackhead dan whitehead terjadi apabila permukaan liang rambut di muka tersumbat. Setiap folikel atau liang ini mengandungi kelenjar sebaceous yang menghasilkan minyak, iaitu sebum yang membantu melembapkan dan melembutkan kulit kita. Namun apabila sel kulit mati bersama minyak terkumpul dalam folikel, benjolan kecil akan terbentuk di panggil comedone. Jika comedone masih dibawah kulit ia adalah whitehead atau bintik putih. Tapi jika benjolan menjadi semakin besar dan lapisan kulit diatasnya terbuka, ia mula menjadi hitam akibat terdedah kepada udara dan ini dipanggil blackhead atau bintik hitam.

Bintik hitam adalah proses pertama sebelum terjadinya jerawat. Jika dibiarkan kuman dan bakteria akan berkembang biak disitu. Lama kelamaan ia akan merebak dan bernanah. Ditambah pula kulit kita yang sentiasa mengeluarkan minyak, keadaan akan semakin teruk jika tidak dirawat. Oleh itu sebelum terjadi jerawat yang mengjengkelkan, jom kita cari cara menghilangkan bintik hitam dan putih di  muka.


CARA HILANGKAN BLACKHEAD DAN WHITEHEAD

Disebabkan kedua-duanya adalah jerawat, jadi tiada jalan pintas untuk hilangkan blackhead dan whitehead dengan segera. Kita boleh buat facial, tapi kalau macam saya buat sekali, lepas itu tidak buat dah. Sedangkan ia hanya sementara dan kemungkinan ia akan berulang lagi memang tinggi.

Jadi merawat dan mencegah jerawat dari dalam adalah cara sebenar menghilangkan blackhead dan whitehead untuk jangka masa panjang. Ini kerana ia memberi tumpuan kepada membantu tubuh untuk mengatur rembesan kelenjar minyak dan mengurangkan penghasilan sebum.

Untuk hasil yang lebih hebat, harus disertai dengan amalan penjagaan luaran yang baik untuk membatasi keradangan disebabkan oleh percampuran sebum, sel-sel kulit mati dan bakteria di samping membantu meningkatkan kesihatan folikel.


1) Penjagaan kulit dari dalam

Di samping menjaga pemakanan yang seimbang dalam diet harian, pengambilan suplemen juga penting untuk menampung keperluan vitamin. Ada beberapa vitamin disarankan untuk mencegah masalah kulit berminyak, whitehead dan blackhead. Selain itu set kecantikan kulit juga terbukti berkesan membantu menghilangkan blackhead dan whitehead.

Antara supplement shaklee yang anda boleh ambil adalah:

  • ESP
  • Vita E Complex
  • Collagen Powder



2) Cuci muka

Cuci muka setiap kali anda rasa kulit berminyak. Gunakan pencuci muka bebas bahan terlarang seperti parabens dan lain-lain. Saya mengesyorkan anda mencuba Nutriwhite Foaming Cleanser Shaklee

3) Elakkan penggunaan mekap yang terlalu tebal

Mekap boleh menyebabkan pori tersumbat. Pilih produk yang bersesuaian yang tidak akan menyebabkan pori tersumbat, juga elakkan penggunaan mekap terlalu tebal.

Selain mengelakkan mekap yang tebal, anda juga boleh mencuci muka dengan Makeup Removal yang boleh membantu membersihkan kulit anda.

4) Gunakan tuala berasingan

Gunakan tuala berasingan untuk mengelap muka selepas mencucinya, bukan gunakan tuala mandi ya.

5) Kurangkan pengambilan makanan berminyak

Ini kerana, whitehead banyak disebabkan oleh faktor pemakanan seseorang. Jadi makanlah makanan seimbang dan kurangkan makanan berminyak.

6) Tempat tidur bersih

Sentiasa pastikan tempat tidur bersih terutamanya sarung bantal.

7) Wapkan wajah anda

Guna kaedah wap panas dengan meletakkan muka anda di atas mangkuk yang berisi air panas. Ada juga mesin steamer dijual pada harga semurah RM55. Wap-wap panas akan naik dan membantu membuka liang pori dan memudahkan pengeluaran blackhead dan whitehead.


Selepas itu anda boleh gunakan alat khas untuk mengeluarkan blackhead dan whitehead ini. Pastikan anda mencuci muka selepas itu dan bilas dengan air sejuk untuk menutup kembali liang pori.

Sebarang pertanyaan atau pembelian mengenai SHAKLEE boleh PM inbox zana

Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4,5,6, TAMAN KINRARA, DAMAI UTAMA PUCHONG, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!!


Copyright to Zana vitamin shop
Designed by UMIESUEstudio 2015