Monday, October 26, 2015

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: TIPS MENGATASI SEMBELIT DIKALANGAN BAYI ATAU KANAK-KANAK


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..

Sembelit? Aduh! Hati ibu mana yang tak kesian melihat anak sendiri dalam kesakitan dan menangiskan? Jadi, itu membuatkan saya disini nak berkongsikan kepada ibu-ibu diluar sana tentang tips mengatasi sembelit dikalangan bayi dan kanak-kanak.

Sebelum saya kongsikan tentang tips mengatasi sembelit dikalangan bayi dan kanak-kanak ni, saya nak maklumkan bahawa sembelit ini bukanlah suatu penyakit. Malah kalau anak-anak kita tak membuang air besar selama 3 hari sekali pun ia masih normal jika tiada tanda-tanda bayi atau kanak-kanak itu mengalami sembelit. Ini makluman dari doktor kanak-kanak.. :)





APAKAH TANDA-TANDA SEMBELIT?

Antara tanda-tandanya ialah bayi atau kanak-kanak itu sudah tentu akan menangis dan menunjukkan rasa resah atau tidak selesa ketika membuang air besar. Bagi kanak-kanak yang lebih besar akan mengadu rasa sakit atau mereka kelihatan meneran ketiak sedang membuang air besar.

Selain itu, najis mereka kelihatan kering, keras, berbiji-biji seperti biji kacang. Mungkin juga kentut dan najis juga akan agak berbau busuk sedikit.

Bayi atau kanak-kanak itu tidak mempunyai selera untuk makan dan perut menjadi kembung. Ini kerana kekerapan membuang air besar berkurangan, kurang membuang air besar 3 kali dalam seminggu.
 

PUNCA-PUNCA SEMBELIT

Antara punca utamanya adalah susu formula. Ini kerana susu formula sukar dihadamkan dan diserap masuk ke dalam usus bayi atau kanak-kanak. Untuk makluman, bayi yang diberikan susu formula mudah mendapat sembelit berbanding bayi yang diberi susu ibu.

Punca kedua, jika bayi yang sudah mula diberikan makanan separuh pejal juga mudah sembelit. Ini disebabkan usus yang tidak matang belum dapat berfungsi sepenuhnya dengan baik. Jadi ibu-ibu sila pastikan makanan separuh pejal yang hendak diberi mestilah makanan yang lembut dan mudah untuk dihadam.

Punca ketiga, mereka yang tidak selera untuk minum susu disebabkan demam, selsema, jangkitan pada tekak dan mereka mula hendak tumbuh gigi mudah mengalami sembelit kerana sebab kekurangan air dalam badan atau disebut dehidrasi.

Punca keempat kerana bayi atau kanak-kanak kekurangan air dalam badan. Biasanya tubuh akan menyerap lebih banyak air dari najis bagi menampung kekurangan air dalam badan. Itu sebabnya najis menjadi lebih keras dan kering. Lalu menyebabkan najis disimpan terlalu lama di dalam usus dan menyebabkan sembelit.


*Tips Atasi Sembelit (Bagi Ibu-ibu Yang Mahu Elak Bagi Ubat)

Anda baringkan bayi dengan kaki ke atas dan cuba lakukan pergerakan seolah-olah sedang mengayuh basikal di udara. ini akan merangsakangkan pergerakan najis dalam usus.
Jika bayi yang berusia lebih enam bulan ke atas dan menyusu susu formula, boleh berikan makanan separuh pejal seperti lobak yang dikisar dan disediakan secara segar. Berikan pada kadar yang berpatutuan serta dapat nasihat doktor juga.

Bagi kanak-kanak yang berumur 1 tahun ke atas boleh diberikan air buah-buahan seperti tembikai atau air mineral suam dalam kadar yang berpatutan. Memberikan jus betik yang dikisarkan juga sangat baik untuk mereka, kerana selain mempunyai banyak serat, betik juga terdapat bahan semulajadi yang boleh merangsang pergerakan usus.

Jika telah mencuba tetapi masih tidak berjaya, ibu-ibu bolehlah rujuk kepada doktor untuk dapatkan ubat.
 
Apa-apa pun ibu-ibu sila dapatkan nasihat doktor juga ya. Selamat mencuba.. :)
 

Suplemen Shaklee Bantuan Alternatif Bagi Anak Anda.

Bagi anak anda yang telah berusia lebih dari 1 tahun keatas, anda boleh mencuba dengan berikan anak anda minum Meal Shakes bagi membantu atasi masalah sembelit. Meal Shakes merupakan suplemen berminuman multivitamin yang dirumus dengan pelbagai jenis vitamin dan mineral. Ia sangat bagus untuk membantu masalah sembelit dan juga untuk masalah anak tiada selera makan.

Meal Shakes adalah berbentuk serbuk minuman dan rasanya berlemak. Ia boleh dibancuh begitu saja atau boleh juga dibancuh bersama apa-apa air perasa, suam atau sejuk. 

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
 
Hubungi zana sekarang juga dan dapatkan vitamin Shaklee anda

Nama: Zanariah Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin

Jika nak order atau sebarang pertanyaan boleh Call / SMS / Whatsapp (011-2129 2428) zana. Jika ingin COD, saya adalah pengedar Shaklee area Saujana Puchong, Putra Perdana, Bandar Kinrara, Giant Bandar Kinrara, Taman Kinrara, Puncak Jalil, Puchong, Bandar Puteri, Taman Equine, Giant Seri Kembangan dan sekitarnya.

No comments:

Copyright to Zana vitamin shop
Designed by UMIESUEstudio 2015