Thursday, October 15, 2015

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: KEKURANGAN AIR KETUBAN MENJEJASKAN FUNGSI PARU-PARU BAYI


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..

Ha...dengar pun dah seramkan. Ok entry kali ni ingin saya kongsikan kepada ibu-ibu hamil tentang kepentingan air ketuban kepada bayi yang dikandung.

Mungkin ibu-ibu hamil diluar sana masih kurang jelas apa kepentingan air ketuban atau apa akibatnya jika kekurangan air ketuban kepada ibu hamil dan bayi.

APA ITU AIR KETUBAN?

Untuk permulaan maksud air ketuban ialah air yang mengelilingi kandungan sewaktu berada dalam rahim ibu.





PUNCA AIR KETUBAN

Punca air ketuban kebiasaannya berasal dari air kencing bayi dan air kencing ini bermula dari 12 hingga 14 minggu mengandung dan ia akan berterusan sehingga saat-saat terakhir bila bayi nak di lahirkan.

Punca lain daripada penghasilan air ketuban adalah dari uri ibu. Jika fungsi uri ibu hamil kurang memuaskan atau bayi kurang mengeluarkan air kencing, air ketuban kadang kala di dapati akan kurang.

Tetapi jika sebaliknya bayi dalam kandungan menghasilkan lebih banyak air kencing atau uri ibu ‘over acting’ sekiranya sebab-sebab tertentu air ketuban di dapati akan lebih.


FUNGSI AIR KETUBAN

Fungsi yang utama air ketuban ialah sebagai ‘sort absober’ atau dipanggil ‘bumper’. Mungkin ibu-ibu hamil ingat kereta sahaja ada ‘bumper’ kan, tetapi bayi dalam kandungan juga perlukan ‘bumper’. Air ketuban berfungsi sebagai ‘bumper’ untuk bayi bagi mengelakkan tekanan ke atas bayi.

Bagi ibu hamil jika sekiranya ada terhentak pada perut dengan rahim dan waktu pengerasan atau waktu proses nak bersalin, ia akan mengurangkan proses ‘pressure’ ke atas bayi. Jadi bayi akan rasa selamat dari kesan pengerasan dari dalam rahim atau hentakkan dari luar perut ibu hamil.


KESAN JIKA AIR KETUBAN BERKURANGAN

Sekiranya air ketuban didapati kurang ia akan memberi kesan kepada proses kematangan paru-paru bayi. Paru-paru bayi tidak dapat berkembang secara normal dan akan di dapati kekurangan air ketuban pada permulaan mengandung boleh menjejaskan fungsi paru-paru bayi.

Selain daripada itu, kita sebagai manusia memang perlukan exercise atau senaman ringan bagi ibu hamil untuk memastikan proses pergerakan tangan semua elok.

Sekiranya air ketuban kurang, bayi kurang gerak. Jika bayi kurang gerak, proses pergerakan bayi tidak dapat dilakukan dan bayi di dapati dalam situasi yang tulang-tulang dia dan ototnya tidak memuaskan dari segi pertumbuhannya.
Dalam erti kata lain pertumbuhan bayi dalam kandungan akan terencat, terbantut atau sebagainya.


TIPS JIKA AIR KETUBAN PECAH

Sekiranya air ketuban pecah, ibu hamil di nasihatkan datang segera berjumpa doktor secepat mungkin. Salah satu masalah bila air ketuban pecah dan kedudukan bayi yang tidak stabil maknanya bukan kepada di bawah adakalanya tali pusat boleh terkeluar dan ini adalah risiko yang paling tinggi buat ibu hamil.

Dalam masa yang sama doktor akan nasihatkan untuk melahirkan bayi dengan secepat mungkin untuk selamatkan bayi.




TIPS MENDAPAT KESIHATAN TERBAIK IBU HAMIL

Ibu hamil sangat digalakkan mengambil suplemen tambahan untuk ibu dan bayi. Ramai kebanyakkan ibu-ibu di luar sana masih mengabaikan dalam hal menjaga kesihatan. Saya kongsikan tips-tipsnya ialah:

  • Pastikan pengambilan asid folik, jangan sesekali abaikan. 
  • Ibu hamil mesti ambil obimin. Jangan risau bayi jadi terlalu besar dalam perut. Hanya dapatkan multivitamin yang dibuat secara semulajadi. 
  • Kalsium penting untuk ibu terutama sekali bayi. Kerana bayi akan menarik semua kalsium yang ada pada ibu. Jadi ibu-ibu perlu memilih kalsium yang memberi kesan terbaik

Ibu-ibu hamil, buatlah pilihan yang tepat dan terbaik untuk anda dan bayi kesayangan anda. Tindakan ibu-ibu membuat pilihan hari ini adalah untuk kesihatan anak-anak dan keluarga anda.. :)




Pendaftaran ahli baru (yuran keahlian RM80) dan disertai dengan pembelian apa-apa jenis produk Shaklee, melayakkan anda dapat sebotol Vitalea ini (harga runcit RM88) secara PERCUMA..
Tawaran sah sehingga 31 Oktober 2015


Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
  
Hubungi zana sekarang juga dan dapatkan vitamin Shaklee anda

Nama: Zanariah Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika nak order atau sebarang pertanyaan boleh Call / SMS / Whatsapp (011-2129 2428) zana. Jika ingin COD, saya adalah pengedar Shaklee area Saujana Puchong, Putra Perdana, Bandar Kinrara, Giant Bandar Kinrara, Taman Kinrara, Puncak Jalil, Puchong, Bandar Puteri, Taman Equine, Giant Seri Kembangan dan sekitarnya.

No comments:

Copyright to Zana vitamin shop
Designed by UMIESUEstudio 2015