Friday, June 3, 2016

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: PROMOSI SHAKLEE JUN 2016


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..

Ada ke yang tungu-tunggu Promosi untuk bulan ini? Bulan ini Promosi Meal Shakes, Lecithin dan Vitalea for Children. Minggu depan kita dah menyambut Bulan Ramadhan. Jadi Set untuk Puasa Shaklee masih dilanjutkan sampai hujung bulan ini. Siapa yang belum dapatkannya, boleh la grab cepat.


Jom kita tengok Kelebihan setiap produk promosi ini.

LECITHIN



  • Nature’s Emulsifier (Pengemulsi Semulajadi) yang membantu badan menyerap nutrien larut lemak seperti Vitamin A,D,E, K, Beta Caretone.
  • Boleh didapati dari tisu binatang dan tumbuhan (plant)
  • Untuk komersil didapati dari telor, jagung & kacang soya
  • Fat Emulsifier - Metabolisma lemak


KANDUNGAN

  • Asid linoleik (essential fatty acid) amat diperlu oleh badan. Tapi badan tidak boleh menghasilkannya sendiri dan ia perlu diambil melalui diet harian
  • Kolin - satu komponen neurotransmitter
  • Asetikolina - bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf
  • Inositol - sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan

KHASIAT DAN KEGUNAAN LECITHIN


1. PALING UTAMA

- untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
- Lecithin memecah serta mencairkan lemak terutama koleterol.
- Ia membantu menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
- Membantu mengawal paras triglycerides
- Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
- Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol


2. PENTING UNTUK FUNGSI OTAK

- Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb
- Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat.
- Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari LECITHIN
Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine ? kerana 30% otak adalah lecthin, dan 70% lemak di hati (liver) adalah lecithin


3. UNTUK KAUM TUA

- Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua
- Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb


4. UNTUK PENGHADAMAN

Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman


5. UNTUK SEL

- Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel
- Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita


6. UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)

Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
Ia amat mujarap jika di ambil bersama-sama EPA dan Fiber

* MENGAPA SHAKLEE

  • Kacang soya - sumber semulajadi yang terpilih.
  • Kapsulnya mempunyai ciri-ciri lecithin sebagaimana di anugerahkan oleh alam
  • Tiada pengawet, perwarna, perasa tiruan
Kepekatannya.

- 1 kapsul : 520 mg lecithin
78 mg phosphatidycholine
47 mg phosphatidylinositol




MEAL SHAKES



Dalam kehidupan seharian yang sentiasa aktif dan serba pantas, kanak-kanak tidak mempunyai masa yang cukup untuk menikmati makanan yang seimbang atau sesetengahnya tidak gemar makan sayur atau buah. Disebabkan itu, perkembangan minda & fizikal mereka mungkin terjejas dan menyebabkan mereka mudah jatuh sakit

Oleh itu, Shaklee Meal Shakes menjadi pilihan terbaik bagi mereka kerana ia merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic.  Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain.  Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat.  Pilihan protein soya terbaik anda.



VITA-LEA FOR CHILDREN




Sangat bagus untuk kanak-kanak....terutamanya kanak-kanak yang sudah mula menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Macam-macam mereka makan di sekolah. Makanan ringan merupakan makanan kegemaran mereka kan?

Daripada makan makanan yang tak berkhasiat adalah lebih baik bagi vitamin yang berperisa anggur, boleh kunyah camtu je dan sangat bagus daripada kunyah gula-gula mahupun chewing gum/coklat getah kan....Dapatla jugak khasiatnya...


KEBAIKAN VITALEA FOR CHILDREN

  • Untuk sistem imun kanak-kanak
  • Untuk selera makan
  • Untuk lebih bertenaga
  • Untuk sistem pencernaan


Disamping promosi Shaklee Jun 2016 terdapat juga 2 set promosi istimewa iaitu:-

Set Ramadhan (sah sehingga 30 Jun 2016 @ sementara stok masih ada)
Set Detoks Shaklee (sah sehingga 20 Jun 2016 @ sementara stok masih ada)



BERMINAT MENJADI PENGEDAR? 

Dengan kualiti produk yang terjamin, saya sangat memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri, termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Hubungi saya jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!

Zana adalah Pengedar Sah Shaklee. Jika nak beli apa-apa produk Shaklee, boleh hubungi zana segera. Ready Stock. 


Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG PERDANA, PUCHONG PRIMA, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, TESCO BUKIT PUCHONG, BANDAR PUTERI PUCHONG, GIANT BANDAR PUTERI, TAMAN WAWASAN PUCHONG, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, DAMAI UTAMA PUCHONG, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4&5, TAMAN KINRARA, TAMAN BUKIT KINRARA, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda! 

Friday, May 27, 2016

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: MEAL SHAKES SHAKLEE

Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. 



Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu. 



Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:-

  • Sarapan segera yang berkhasiat
  • Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
  • Hidangan segera untuk para atlet
  • Kudapan menarik pada bila-bila masa
  • Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium 


Klik sini untuk ketahui lebih lanjut Kebaikan Meal Shakes Shaklee


BERMINAT MENJADI PENGEDAR? 
Dengan kualiti produk yang terjamin, saya sangat memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri, termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Hubungi saya jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!

Zana adalah Pengedar Sah Shaklee. Jika nak beli apa-apa produk Shaklee, boleh hubungi zana segera. Ready Stock. 


Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG PERDANA, PUCHONG PRIMA, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, TESCO BUKIT PUCHONG, BANDAR PUTERI PUCHONG, GIANT BANDAR PUTERI, TAMAN WAWASAN PUCHONG, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, DAMAI UTAMA PUCHONG, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4&5, TAMAN KINRARA, TAMAN BUKIT KINRARA, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!  

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: JIMAT DENGAN PEMBELIAN VIVIX SHAKLEE


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..




Dalam entry kali ini nak share sikit pasal VIVIX SHAKLEE. Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.


Apa yang jimatnya? Jika anda membuat pembelian 2 botol Vivix Shaklee, secara automatic anda menjadi ahli tanpa membayar pendaftaran. Selain itu Rm 30..akan dimasukkan ke dalam akaun pada 15hb depannya. JIMAT TAK?. Jom kita tengok APA KEISTIMEWAAN VIVIX SHAKLEE.



KEISTIMEWAAN VIVIX SHAKLEE


Memperbaiki DNA

Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.


Memperbaiki tenaga sel

Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.
Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.


KEBAIKAN VIVIX SHAKLEE


Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat azhameir
Membantu merawat penyakit parkinson
Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
Meningkatkan kesihatan imum badan
Menggalakan kesihatan keseluruhan



Klik sini Testimoni VIVIX SHAKLEE?


BERMINAT MENJADI PENGEDAR? 

Dengan kualiti produk yang terjamin, saya sangat memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri, termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Hubungi saya jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!

Zana adalah Pengedar Sah Shaklee. Jika nak beli apa-apa produk Shaklee, boleh hubungi zana segera. Ready Stock. 


Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG PERDANA, PUCHONG PRIMA, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, TESCO BUKIT PUCHONG, BANDAR PUTERI PUCHONG, GIANT BANDAR PUTERI, TAMAN WAWASAN PUCHONG, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, DAMAI UTAMA PUCHONG, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4&5, TAMAN KINRARA, TAMAN BUKIT KINRARA, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!  


PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: HIPOGLISEMIA? KURANG GULA?

Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..



Apakah itu hipoglisemia?

Hipoglisemia bermaksud kejadian di mana individu mengalami tanda dan simptom yang berkaitan hipoglisemia dan pada waktu kejadian berlaku, paras gula dalam darah dikesan sebagai rendah. Tanda dan simptom hipoglisemia ini akan hilang apabila paras gula dinaikkan ke paras normal.

Hipoglisemia boleh terjadi apabila paras gula mencecah bawah 3.9 mmol/L (60 or 70 mg/dL) tapi seringkali individu hanya merasa simptom apabila mencapai aras 2.8 hingga 3.0 mmol/L (50 to 54 mg/dL).


Untuk pesakit yang menghidapi kencing manis, hipoglisemia boleh berlaku akibat ubat-ubatan kencing manis seperti insulin atau sulfonilurea. Untuk individu yang tidak menghidapi kencing manis, hipoglisemia merujuk kepada tahap gula yang rendah hingga menimbulkan tanda dan simptom kepada individu tersebut.



APAKAH TANDA-TANDANYA?
  • Jantung rasa berdebar-debar
  • Kepenatan
  • Penglihatan kabur atau mengalami perubahan visual seperti aura atau kilat
  • Tidak mampu untuk memberikan perhatian penuh pada pekerjaan
  • Berpeluh
  • Rasa menggigil
  • Sakit kepala
  • Kulit menjadi pucat dan sejuk
  • Pertuturan menjadi tidak jelas
  • Untuk hipoglisemia yang serius, individu itu boleh menjadi tidak sedarkan diri atau mengalami sawan


Jika anda menunjukkan mana-mana tanda yang disebut di atas, sila periksa aras gula dalam darah anda menggunakan mesin glukometer.

Jika anda sering mengalami kejadian hipoglisemia, anda perlu merujuk kepada doktor anda untuk mengubah dos ubatan anda


Mengapa hipoglisemia terjadi?

Ada banyak sebab hipoglisemia boleh terjadi. Untuk memahami bagaimana hipoglisemia terjadi, kita perlu memahami bagaimana badan kita mengawal kadar gula dalam badan. Sel badan kita memerlukan gula untuk menjana tenaga untuk berfungsi dengan baik. Dalam badan individu yang normal, badan kita menguraikan gula daripada makanan berasaskan karbohidrat seperti nasi, pasta, sayuran, roti dan buahan. Gula ini akan diserap ke dalam darah selepas makanan dicernakan.

Apabila aras gula dalam darah meninggi, kelenjar pankreas dalam badan kita akan merembeskan hormon insulin untuk mengawal aras gula supaya ia tidak menjadi terlalu tinggi. Hormon insulin akan bekerja untuk menyimpan gula yang berlebihan dalam hati dan otot dalam bentuk glikogen. Hormon insulin juga menggalakkan gula dalam darah lebih senang diserap oleh sel badan yang berkerja.

Apabila kita berpuasa atau tidak makan dalam jangka masa yang lama, aras gula dalam darah menurun. Apabila aras gula menurun – kelenjar pankreas akan merembeskan hormon glukagon yang akan membebaskan gula daripada glikogen yang tersimpan di hati dan otot. Dalam badan individu normal, hormon insulin dan glukagon ini akan bekerjasama untuk mengawal aras gula dalam darah pada aras yang optimum.

Dalam individu menghidap kencing manis, ini tidak berlaku. Kelenjar pakreas mereka kurang merembeskan hormon insulin – menyebabkan aras gula meninggi secara tidak terkawal. Akibat kencing manis juga, sel badan mereka menjadi kebal terhadap hormon insulin menyebabkan sel badan tidak dapat menggunakan gula dalam darah apabila ia memerlukannya.

Atas sebab ini, pesakit kencing manis perlu mengambil ubatan untuk meningkatkan kandungan insulin dalam darah. Aras gula harian kita berubah mengikut apa yang kita makan dan keadaan badan kita. Jika kita tidak menyelaraskan dos ubatan mengikut perubahan aras gula dalam darah kita, aras gula kita boleh menurun secara mendadak menyebabkan kejadian hipoglisemia.

Bagi individu yang menghidapi kencing manis, hipoglisemia boleh berlaku apabila mereka mengalami jangkitan kuman, mengalami kegagalan buah pinggang, apabila menukar dos atau jenis ubat, terlebih dos insulin secara tidak sengaja, tidak mengurangkan dos ubatan apabila berpuasa dan sebagainya.


Bagaimana mengelakkan hipoglisemia dari terjadi?

Kita boleh mengelakkan hipoglisemia dari terjadi dengan memantau dan mencatat aras gula harian kita dengan mesin glukometer. Rekod ini dipanggil sebagai SMBG (Self Monitoring Blood Glucose). Catatan aras gula ini perlu disimpan dan di tunjukkan kepada pihak dotor apabila pesakit mendapatkan rawatan susulan.

Dengan rekod aras gula dalam darah harian, doktor mampu menetapkan dos ubat kencing manis yang betul untuk mereka. Dos ubatan kencing manis tidak sama untuk semua individu. Malah, dos ubatan kencing manis untuk seorang pesakit berubah mengikut masa, keadaan buah pinggang dan tahap umur pesakit itu. Oleh itu, pesakit dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk rawatan susulan yang kerap secara tetap supaya dos ubatan dapat disesuaikan dengan aras gula dalam badan.

Seorang pesakit kencing manis dengan nasihat dan bimbingan profesional perubatan seperti doktor, jururawat dan pakar diet mampu untuk mengawal aras gula mereka sendiri.


Perkara yang perlu dilakukan jika hipoglisemia terjadi

Apabila anda atau ahli keluarga anda mengalami tanda hipoglisemia, anda disarankan untuk mengambil 15-20 gram gula glukos atau karbohidrat ringkas. Gula glukos yang boleh digunakan antaranya:

  • Tablet glukos
  • Pil atau gel gula
  • 2 sudu kismis/ sebiji kurma
  • 1/2 cawan jus
  • 1 sudu gula atau madu
  • Gula-gula kecil berbentuk keras seperti jellybeans atau coklat


15 minit selepas mengambil gula, sila periksa kembali aras gula anda. Jika masih rendah, perlu ambil gula sekali lagi dan periksa aras gula dalam darah selepas 15 minit. Ulang sehingga aras normal.  Apabila aras gula menjadi normal,  sila makan sedikit snek jika masa makan anda lebih daripada 1-2 jam selepas daripada masa kejadian.

Jika anda atau ahli keluarga anda mengalami kejadian hipoglisemia serius sehingga tidak sedarkan diri atau mengalami sawan, perlu segera ke hospital untuk mendapat rawatan kecemasan. Di hospital, doktor boleh memasukkan cecair gula (dextrose) ke dalam aliran darah untuk menaikkan aras gula ke aras normal. Selepas itu, pesakit perlu menjalani pemerhatian dan siasatan untuk mengenalpasti punca kenapa mereka mengalami kejadian hipoglisemia.

Jika anda atau ahli keluarga anda sering mengalami kejadian hipoglisemia yang serius hingga tidak sedarkan diri, anda juga boleh berbincang dengan doktor anda jika anda perlu menyimpan ubatan glukagon di rumah untuk digunakan semasa kejadian hipoglisemia yang serius. Ini kerana jika tidak dirawat dengan pantas, keadaan hipoglisemia ini boleh memberi kesan buruk terhadap otak hingga boleh menyebabkan kecederaan kekal pada otak atau jarang sekali, kematian.

Suntikan glukagon boleh digunakan oleh ahli keluarga atau individu terdekat dengan pesakit apabila pesakit kencing manis menjadi tidak sedar diri akibat aras gula yang rendah. Ini kerana apabila pesakit kencing manis menjadi tidak sedar, mereka tidak boleh menelan air gula atau menghisap gula-gula kerana risiko tercekik. Dalam keadaan ini, ahli keluarga atau individu terdekat boleh memberi suntikan glukagon pada punggung, peha atau lengan pesakit (seperti yang tertera dalam panduan ubatan oleh pengeluar). Apabila pesakit sedar, mereka mungkin akan merasa loya. Dinasihatkan selepas pesakit sedar, sila bawa pesakit ke hospital untuk pemerhatian dan rawatan selanjutnya.

Artikel ini ditulis oleh salah seorang penulis tetap Malaysian Medical Gazette, Dr. Nur Hidayati, seorang doktor perubatan dalaman yang bertugas di sebuah hospital di Selangor. Kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team.



BERMINAT MENJADI PENGEDAR? 
Dengan kualiti produk yang terjamin, saya sangat memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri, termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Hubungi saya jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!

Zana adalah Pengedar Sah Shaklee. Jika nak beli apa-apa produk Shaklee, boleh hubungi zana segera. Ready Stock. 


Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG PERDANA, PUCHONG PRIMA, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, TESCO BUKIT PUCHONG, BANDAR PUTERI PUCHONG, GIANT BANDAR PUTERI, TAMAN WAWASAN PUCHONG, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, DAMAI UTAMA PUCHONG, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4&5, TAMAN KINRARA, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!  


Thursday, May 26, 2016

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: MERAWAT MASALAH SERING TERKUCIL DAN RAHIM MENURUN

Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..


Entri ni saya kongsikan khas untuk wanita terutamanya yang selalu ada masalah terkucil atau tidak dapat menahan kencing. Para suami juga penting untuk mengetahuinya. Sekiranya isteri mengalami masalah sering terkucil kerana tidak dapat menahan kencing dan juga masalah rahim menurun atau , anda juga boleh berkongsi tips yang akan diberi dengan mereka. 

Jika orang tua atau ibu hamil yang mengalaminya, itu perkara biasa. Bagaimana kalau baru beranak 1 atau 2 tapi dah mula terkucil selepas melahirkan? Dalam satu kajian didapati 70% wanita mengalami masalah ini termasuklah orang tua dan ibu hamil. Anda tidak boleh memandang remeh masalah ini kerana ianya mungkin berkait dengan masalah kewanitaan anda. Yang paling teruk, berkemungkinan rahim anda juga berisiko mudah jatuh! Dengar pun seram kan?


PUNCA-PUNCA



Terkucil berpunca daripada masalah lemahnya kawalan pundi kencing. Ia berlaku apabila otot lantai pelvik wanita yang menampung organ pundi kencing wanita mula lemah. Kadangkala terbatuk, bersin atau ketawa terlalu kuat memberikan tekanan kepada pundi kencing dan boleh menyebabkan terkucil.



MULA TERJADI KEPADA:-
  • Wanita baru bersalin
  • Mula menopause
  • Selalu sembelit
  • Genetik - Ibu atau Nenek mengalami masalah sama
  • Sering mengangkat beban berat
  • Terlalu aktif dengan aktiviti fizikal



Oleh itu, sangat penting bagi wanita dalam kategori ini menjaga otot lantai pelvik mereka.



APAKAH FUNGSI OTOT LANTAI PELVIK?

Otot lantai pelvik wanita ialah sekumpulan otot yang berada di sekeliling vaginal wanita. Boleh dilihat pada rajah di bawah organ-organ yang ditampung oleh otot lantai pelvik ini. Organ-organ ini berisiko menghadapi masalah jika otot lantai pelvik juga bermasalah.




5 Sebab kenapa wanita perlu menjaga lantai pelvik mereka:


  1. Otot lantai pelvik mengawal pengaliran urin(air kencing) dan otot ini perlu kuat untuk mengelakkan wanita dari mudah terkucil. 
  2. Otot lantai pelvik juga menyokong bayi dalam kandungan ketika hamil dan membantu memberi daya tolakan semasa melahirkan (Untuk kelahiran lebih mudah)
  3. Otot lantai pelvik membantu mengekalkan abdomen yang kuat dan menyokong spina, mencegah sakit belakang
  4. Otot lantai pelvik memegang organ pundi kencing dan uterus/rahim supaya berada di tempat yang betul. Jika tidak, akan menyebabkan masalah rahim jatuh atau terkeluar daripada vagina (tombong). Ini memang sangat menakutkan kebanyakan wanita. Ianya sangat menyakitkan dan juga mendedahkan kita kepada risiko jangkitan kuman. Sebab tu orang-orang tua selalu pesan supaya jaga rahim dan bahagian peranakan..atau sebenarnya jagalah otot lantai pelvik kita!!
  5. Otot lantai pelvik yang kuat penting untuk meningkatkan kepuasan seksual wanita dan pasangan. Jika otot ini mengendur, menyebabkan daya kemutan juga lemah dan sukar untuk wanita mengalami orgasm. Sebab tu suami juga kene tau apa puncanya!! Kerap bersalin juga menyebabkan otot ini semakin mengendur, tidak kira lah anda bersalin secara normal atau pembedahan.




BAGAIMANA NAK KUATKAN KEMBALI OTOT LANTAI PELVIK?


Lakukan Senaman Kegel

Senaman kegel ialah latihan kemutan yang dilakukan untuk mengecutkan dan mengendurkan otot lantai pelvik secara kerap.




Cara Senaman Kegel yang betul:-

  • Untuk melakukan senaman kegel dengan betul, anda perlu pastikan anda dalam keadaan selesa samaada berdiri tegak atau duduk tanpa bersandar berlunjur dengan kaki sedikit terbuka. Kemudian, kemutkan otot pelvik seakan anda cuba untuk menahan kencing. Tahan otot itu selama 10 saat semasa bernafas secara normal, kemudian rileks. Senaman ini perlu diulangi sebanyak 10 kali, tiga kali sehari.
  • Menurut seorang ahli fisioterapi kanan kesihatan wanita, senaman ini sangat membantu menangani masalah terkucil, bahkan berkemungkinan memulihkan sehingga 100%  jika dilakukan dengan kerap pada setiap hari bergantung juga kepada usia individu itu. 
  • Jika seorang wanita berusia 30-40 tahun, ia mungkin memakan masa hingga 3 bulan sahaja dengan melakukan rutin ini secara konsisten. Manakala bagi wanita 40-70 tahun, mungkin akan memakan masa 4-6 bulan.



Contoh Senaman




CADANGAN SUPPLIMENT SHAKLEE YANG BOLEH MEMBANTU

Alfalfa Complex:




Alfalfa Shaklee membantu menguatkan kembali otot lantai pelvik. Alfalfa Complex juga berfungsi seperti kacip fatimah. Sangat membantu wanita yang ingin memulihkan bahagian kewanitaan terutamanya selepas bersalin.


Ostematrix: 




Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah sembelit dan sukar untuk meneran semasa membuang air besar kerana otot lantai pelvik yang lemah, anda mungkin memerlukan magnesium untuk membantu anda. Magnesium yang terdapat dalam Ostematrix Shaklee membantu merangsang otot untuk menolak najis keluar dengan lebih mudah dan membantu melembutkan najis. Sangat digalakkan kepada ibu-ibu yang baru lepas bersalin yang mengalami masalah sembelit atau takut untuk membuang air besar. Juga selamat untuk ibu hamil.


BERMINAT MENJADI PENGEDAR? 
Dengan kualiti produk yang terjamin, saya sangat memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri, termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Hubungi saya jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!

Zana adalah Pengedar Sah Shaklee. Jika nak beli apa-apa produk Shaklee, boleh hubungi zana segera. Ready Stock. 


Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG PERDANA, PUCHONG PRIMA, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, TESCO BUKIT PUCHONG, BANDAR PUTERI PUCHONG, GIANT BANDAR PUTERI, TAMAN WAWASAN PUCHONG, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, DAMAI UTAMA PUCHONG, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4&5, TAMAN KINRARA, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!  

Copyright to Zana vitamin shop
Designed by UMIESUEstudio 2015