Monday, October 2, 2017

PROMOSI SHAKLEE OKTOBER 2017

Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..





Bulan Oktober ini, Shaklee menawarkan banyak Promosi yang menarik. Sebab produk ini memang laku keras diantara Produk-Produk yang ada. Rasa macam dapat teka tak? Soy Protein Isolate Powder @ ESP produk kegilaan ramai, kalau time promosi memang cepat je habis. Rugi la sapa yang tak grab cepat & yang belum mencuba.


KENAPA PROTEIN PENTING DALAM BADAN?

Badan kita memerlukan protein untuk pertumbuhan. Ia merupakan asas kepada sel hidup dan organ dalam tubuh. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang lemah dan kurang sihat.

Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum protein diperlukan untuk menghasilkan hormon, enzim, antibodi dan neurotransmitter.

25% daripada badan kita berasal daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

ADA APA DENGAN ESP?
Sebagaimana anda tahu, ESP adalah protein segera semulajadi yang pertama dicipta pada tahun 1961. Sebenarnya selepas tahun 1961, banyak sangat produk protein soya telah mula dihasilkan di dunia.

1. Menyediakan protein yang lengkap

Setiap hidangan ESP menyediakan 14 gm protein berkualiti tinggi yang semulajadi rendah lemak, laktosa semulajadi dan tanpa kolestrol. Berbeza dengan jenama lain yang biasanya haya menyediakan sebanyak 8gm atau 6gm sahaja hidangan protein.
Kenapa perlunya laktosa semulajadi? Laktosa juga adalah nama lain bagi gula, jadi dengan menggunakan laktosa semulajadi, kita menjamin laktosa yang digunakan bukanlah daripada sumber sintetik atau tambahan gula.

2. Sumber soya non GMO

Adalah terlalu sukar untuk mendapatkan kacang soya non GMO pada zaman ini. Hampir 90% kacang soya yang di pasarkan di dunia sebenarnya telah diubah suai atau merupakan GMO. Anda boleh baca dakwaan ini daripada FB Dr Hafiz Sulaiman yang membangkitkan isu ini baru-baru ini.

Semua hasil makanan berasaskan soya adalah GMO kecuali dibuktikan sebaliknya. Tengok pada label, sekarang ada banyak jenama juga yang hasilkan daripada non GMO.

Contohnya kini telah ada kicap non GMO, dan macam-macam produk lain lagi yang telah dibuktikan non GMO. Kalau pada label produk tidak menulis apa-apa tentang GMO, maka itulah produk GMO. Kenapa kita ambil berat sangat tentang GMO? Anda boleh baca tulisan saya dalam link yang saya sediakan berkenaan GMO.

Shaklee ESP adalah sumber soya yang tidak diubah suai secara genetik (non GMO). ESP Shaklee juga merupakan protein soya yang dihasilkan di bawah program pemeliharaan Identiti (IPP).

Ini bermaksud sumber kacang soya ini dipantau dan dikawal dengan ketat dari proses penanaman sehingga pemprosesan. Jadi kita memang yakin berkenaan ESP diperbuat daripada soya non GMO. Justeru ESP Shaklee diperbuat daripada bahan organik tanpa hormon tambahan lain.

3. Mengandungi 9 Asid Amino Perlu

Lengkap dengan 9 jenis asid amino perlu yang badan anda tidak hasilkan. Apabila anda memilih ESP Shaklee, badan anda akan mendapat protein yang lengkap.

Ada banyak kebaikan kepada tubuh kenapa asid amino sangat penting dan diperlukan oleh tubuh kita.

4. Penarafan PDCAAS Pada Skor Tertinggi

Shaklee ESP mempunyai PDCAAS (skor penghadaman protein kepada asid amino) skor pada 1.0. Kedudukan ini adalah kedudukan tertinggi yang sama dengan protein haiwan seperti telur dan susu.

Skor ini adalah salah satu cara untuk mengukur kualiti protein dan manfaat yang diberikan sama dengan protein sumber haiwan. Tidak semua protein tumbuhan dapat memberikan 9 jenis amino asid, sebaliknya Protein Soya boleh. Dan kemampuan manusia meleraikan protein kepada 9 jenis amino asid, sebab itulah ESP mendapat skor tertinggi ini. 

Jenama lain mempunyai skor seperti 0.3, o.5. Skor ini bermaksud amino asid dalam badan merosot, tetapi tidak bagi ESP Shaklee.

5. Proses Kacang Soya Menggunakan Air

Proses pembuatan ESP Shaklee salah satunya adalah menggunakan air untuk membasuh kacang soya bagi mengekalkan keaslian isoflavones seperti genistein dan daidzen.

Kebanyakan jenama lain menggunakan alkohol untuk membasuh kacang soya. Menggunakan air dapat mengekalkan isoflavones serta dapat mengekalkan kehalalan produk.

Isoflavones mempunyai struktur kimia yang sama degan estrogen. Kerana kesamaan ini, isoflavones dapat mempengaruhi aktiviti estrogen kita. Tergantung dari jenis reseptor estrogen dalam sel-sel isoflavones dapat mengurangkan atau meningkatkan aktiviti estrogen. Isoflavones dapat bersaing dengan estrogen pada reseptor yang sama sehingga mengurangkan risiko kesihatan akibat dari kelebihan estrogen.

Cara terbaik untuk mengambil isoflavones adalah dalam bentuk soya atau makanan yang diperbuat dari kacang soya. Soya mengandungi pelbagai macam jenis isoflavones. Kandungan tertinggi isoflavones boleh diperolehi dari kacang 
soya dan tempe! Jadi, makanlah tempe selalu..:)

6. Glisemik yang rendah

ESP mempunyai GI rendah yang memberi tenaga tanpa meningkatkan gula dalam darah. Ini bermaksud ESP Shaklee dapat memberikan tenaga, anda dapat nutrisi tetapi tidak meningkatkan gula dalam darah.

Contohnya nasi. Nasi akan memberikan rasa kenyang, pada masa yang sama nasi akan meningkatkan gula dalam darah. Anda juga akan rasa lapar pada satu tahap.

ESP Shaklee sebaliknya memberikan tenaga secara konsisten tanpa meningkatkan gula dalam darah jadi mengurangkan risiko diabetes.

Berminat untuk dapatkan ESP? Bulan ini anda boleh beli 4 balang ESP dengan 5% diskaun. Ayuh hubungi saya sekarang!

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. 


Selain itu ada lagi Promosi menarik tau, antaranya:-






Hubungi saya jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!

Zana adalah Pengedar Sah Shaklee. Jika nak beli apa-apa produk Shaklee, boleh hubungi zana segera. Ready Stock. 


Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 


Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG PERDANA, PUCHONG PRIMA, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, TESCO BUKIT PUCHONG, BANDAR PUTERI PUCHONG, GIANT BANDAR PUTERI, TAMAN WAWASAN PUCHONG, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, DAMAI UTAMA PUCHONG, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4&5, TAMAN KINRARA, TAMAN BUKIT KINRARA, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, LESTARI PERDANA, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Thursday, September 28, 2017

MAKANAN BERALKALI VS MAKANAN BERASID

Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..

Pakar pemakanan, Dr Ragnar Berg dari Amerika Syarikat mengesyorkan individu perlu mengambil makanan beralkali sebanyak 80 peratus dan selebihnya 20 peratus makanan berasid untuk penjagaan kesihatan sepenuhnya.
Bagi mereka yang mengekalkan diet seperti ini, badan menjadi lebih bertenaga dan peluang untuk mengekalkan keseimbangan nilai pH alkali dalam badan sangat tinggi.
Ada beberapa jenis makanan beralkali tinggi yang patut diambil setiap hari untuk hidup lebih sihat dan bertenaga. Namun jika anda mengambil makanan bersifat asid dengan banyak, anda juga harus memilih makanan bersifat alkali dengan kadar yang tinggi supaya diet anda kelihatan lebih semula jadi.

Contoh makanan bersifat alkali yang boleh dipertimbangkan dalam diet anda seperti:

1. Sayur-sayuran jenis ubi contohnya lobak merah dan keledek. Mengikut tradisi Cina, tumbuh-tumbuhan jenis ubi mempunyai sifat penyembuhan terbaik dan mengandungi lebih mineral berbanding sayur-sayuran lain.

2. Sayur-sayuran hijau seperti kubis putih, bunga kubis, brokoli dan kubis hijau bukan saja beralkali tetapi sedap dan mempunyai antioksidan yang tinggi. Ia juga bagus sebagai makanan antikanser terbaik.

3. Bawang putih sememangnya banyak memberi kesan kepada kesihatan secara menyeluruh.

4. Bayam kaya vitamin K dan kandungan folat yang tinggi. Sayuran hijau ini juga penuh dengan vitamin, mineral, fitokimia, antioksidan dan serat. Ia membantu untuk meningkatkan pencernaan dan penglihatan.

5. Lemon, sejenis makanan beralkali yang paling bagus. Ia membantu untuk merancakkan fungsi hati dan membantu dari segi pembuangan toksin dengan lebih baik.

6. Cili merah mengandungi enzim penting untuk fungsi endokrin. Ia dikenali kerana ciri-ciri antibakteria dan makanan beralkali yang kaya dengan vitamin A, menjadikannya ejen membantu dalam melawan radikal bebas yang berbahaya yang membawa kepada tekanan dan penyakit.

7. Semua buah-buahan segar atau kering termasuk buah-buahan sitrus.

Mungkin ada yang keliru bahawa makanan berasid mengandungi asid, namun sebenarnya makanan berasid terhasil daripada proses pencernaan makanan dan asimilasi. Contohnya lemon, pada awalnya lemon mempunyai asid namun selepas proses pencernaan makanan, ia menghasilkan alkali.

Namun ini hanya terjadi sekiranya lemon dipetik ketika sudah masak. Sekiranya buah itu belum masak (hijau) dan bertukar kepada warna kuning kerana rosak, buah ini akan menjadi berasid selepas proses pencernaan.

Secara fakta, ia tidak hanya terjadi kepada lemon saja tetapi buah-buahan lain seperti nanas, mangga, pic dan epal. Untuk itu, pastikan anda membeli buah yang sudah masak dan bukannya rosak.

Kajian menunjukkan bahawa individu yang mempunyai kandungan asid yang tinggi di dalam badan mempunyai kadar penyembuhan yang lebih rendah jika diserang penyakit berbanding mereka yang mempunyai kandungan asid lebih rendah dalam badan.

Badan yang mempunyai kandungan asid berlebihan akan mempercepatkan proses penuaan, merendahkan imuniti seterusnya menjadi penyebab kemerosotan sistem badan. Antara makanan berasid yang elok dikurangkan termasuk:-

  • Semua makanan yang berasal daripada haiwan seperti ayam, lembu, kambing, telur dan ikan.
  • Produk tenusu dan susu pasteur, keju, keju lembut dan mentega.
  • Semua bijirin dan kekacang termasuk gandum, jagung dan beras.
  • Roti putih, biskut dan produk bakeri.
  • Teh, kopi, alkohol, tembakau dan minuman ringan.
  • Semua lemak dan minyak.
  • Semua makanan goreng dan pedas.
  • Semua makanan bergula.

CARA ELAK BADAN DARI BERASID DENGAN SUPPLEMENT SHAKLEE

Bagi yang ingin memastikan bahawa sumber makanan beralkali adalah mencukupi setiap hari, anda boleh cuba tambahkan pengambilan supplement ALFALFA COMPLEX yang terkenal sebagai makanan berserat tinggi yang mengalkalikan tubuh.

Ia juga kaya dengan bermacam nutrien yang sangat kita perlukan. (Sangat disyorkan kepada pesakit gout, juga untuk menurunkan paras Urine Asid).


OSTEMATRIX SHAKLEE untuk memelihara kesihatan tulang. Supplement yang lengkap dengan semua Mineral yang kita perlukan. (Kalsium, Magnesium, Vitamin D, Fosforus, Zinc, Kuprum, Boron)





Hubungi saya jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!

Zana adalah Pengedar Sah Shaklee. Jika nak beli apa-apa produk Shaklee, boleh hubungi zana segera. Ready Stock. 


Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 


Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG PERDANA, PUCHONG PRIMA, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, TESCO BUKIT PUCHONG, BANDAR PUTERI PUCHONG, GIANT BANDAR PUTERI, TAMAN WAWASAN PUCHONG, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, DAMAI UTAMA PUCHONG, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4&5, TAMAN KINRARA, TAMAN BUKIT KINRARA, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, LESTARI PERDANA, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

10 CARA UNTUK MENGURANGKAN URINE ASID DALAM BADAN

Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..

Alhamdulilah…setelah sekian lama tak update blog, hari ini macam terpanggil nak buat 1 entry tentang Urine Asid. Sebab apa, sebab ada seorang kawan dari satu tempat kerja sedang alaminya.

Eh…ada ke yang masih tidak mengenali saya? Saya adalah Pengedar Sah Shaklee sejak tahun 2014 lagi . Saya buat bisness ini sebagai sambilan sahaja, apa kata orang macam tambah duit poket. Special COD sekitar Bandar Kinrara dan Seangkatannya.

Ok..Jom kita mula..

Apa itu Urine Asid?

Asid urik adalah bahan buangan yang terhasil dalam badan anda semasa proses penghadaman (pemecahan) purine yang terdapat secara semula jadi dalam banyak makanan. Urine Asid biasanya tidak berbahaya pada kesihatan tetapi paras yang tinggi boleh menyebabkan gout, batu karang, dan kegagalan buah pinggang pada sesetengah orang.

·         Paras Urine Asid dalam badan di sebabkan oleh:-

  • ·         fungsi buah pinggang yang lemah
  • ·         kekurangan potasium
  • ·         reaksi kepada ubat-ubatan & vitamin
  • ·         berdiet untuk menurunkan berat badan anda

·          
Selain dari ubat-ubatan, untuk mengurangkan asid urik di dalam badan anda untuk kesihatan, cubalah makan beberapa atau semua jenis makanan berikut yang dikenali dapat membantu dengan sakit gout dan merendahkan tahap Urine Asid.


1. PERASA & REMPAH.

Cuka epal cider (Apple Cider Vinegar) berupaya menghancurkan/melarutkan/membubarkan kristal Urine Asid dengan menukar ph darah kepada keadaan yang lebih alkali.
Tambah 1/3 cawan halia yang telah dikisar dalam tab mandi untuk menggalakkan badan berpeluh dan membuang Urine Asid dari sistem badan. Ingat untuk bilas selepas mandi anda untuk mengeluarkan sebarang sisa dari halia untuk melindungi kulit anda.


2. SAYUR-SAYURAN.

Alfalfa tinggi dengan mineral dan nutrien lain yang boleh mengurangkan serum Urine Asid dalam darah. Daun pasli adalah diuretik yang hebat, ia membantu dalam meningkatkan jumlah air kencing yang seterusnya menggalakkan penyingkiran Urine Asid.


3. BIJIRIN KECIL.

Dr Theodore A. Baroody mencadangkan dalam bukunya, “Alkalinize or Die” bahawa penghidap gout boleh makan bijirin kecil yang beralkali untuk membantu dalam penyingkiran Urine Asid. Bijirin itu adalah cous cous, amaranth dan millet.
Cuba dapatkan di kedai-kedai makanan kesihatan, ia boleh disediakan dalam kaedah yang sama seperti beras dan adalah alternatif yang lazat untuk beras dan pasta. Boleh juga menggunakan resipi-resipi yang lain.


4. HERBA.

Black cohosh mengawal keasidan darah dan membantu melarutkan asid urik membuat ia lebih mudah untuk dihapuskan. Bilberry tinggi kandungan flavanoids, sejenis pigmen larut air yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri anti-oksida.

Teh Buchu (Buchu adalah sejenis tumbuhan dari Western dan Southern Cape Afrika Selatan) membantu melarutkan dan mengepam keluar kristal asid urik dari sendi dan buah pinggang serta aliran darah anda.

Devil’s claw adalah ejen pembersihan semula jadi untuk kekotoran toksik dalam darah. Ambil 400 mg ekstrak keringnya 3 kali sehari seperti yang diperlukan untuk kesihatan.
Biji saderi (Celery seeds) melegakan gout dengan mengeluarkan Urine Asid dari badan. Biji saderi mengandungi kira-kira 20 agen anti-radang yang berbeza. Dos yang disyorkan adalah 500 mg, 2 kali sehari.Amaran: Wanita hamil dan orang yang mempunyai penyakit buah pinggang perlu berhati-hati kerana biji saderi adalah diuretik yang kuat dan boleh memburukkan lagi penyakit buah pinggang.


 5. PRODUK TENUSU

Menurut 1 kajian analisis kesan susu dari lembu, kerbau atau bison, pada tahap Urine Asid 6 peserta yang sihat. Selepas minum susu, kandungan asid urik air kencing peserta meningkat sehingga 38% berbanding dengan jumlah mereka keluarkan selepas minum air. Untuk manfaat kesihatan yang berpotensi sama, susu rendah lemak boleh juga digunakan selalu. Produk susu rendah lemak, seperti yogurt, boleh memberi manfaat kesihatan yang sama.

Produk tenusu, seperti susu, yogurt dan keju kotej (cottage cheese), membekalkan kalsium dan vitamin D untuk tulang yang kuat dan protein. Menurut laporan yang disiarkan dalam “Pemakanan dan Penyakit reumatik” pada tahun 2008, produk tenusu mempunyai “kesan klinikal yang bermakna” dalam mengurangkan Urine Asid. Oleh kerana susu dan keju biasa tinggi lemak tepu, selalulah pilih versi rendah lemak.

Produk tenusu, termasuk susu, keju dan yogurt, boleh membantu mengurangkan paras Urine Asid dalam badan anda, membawa kepada penurunan risiko untuk gout. Sebagai cecair, susu/susu rendah lemak boleh membantu badan anda mengepam asid urik yang berlebihan keluar melalui air kencing. Sasarkan 16-24 oz minum susu setiap hari.

Makan bijirin sarapan pagi anda dengan susu rendah lemak dan minum susu rendah lemak dan bukannya minuman ringan (minuman ringan adalah salah satu penyumbang peningkatan Urine Asid atau minuman beralkohol untuk manafaat yang tinggi.


6. KEKACANG ATAU PROTIN TUMBUHAN

Daging dan makanan laut mengandungi kandungan purine yang tinggi dan boleh meningkatkan tahap Urine Asid. Menggantikan protein haiwan dengan sumber berasaskan tumbuhan, di sisi lain boleh menurunkan tahap Urine Asid anda.

Kekacang yang kaya dengan protein termasuklah kacang soya, lentil, kacang hitam, kacang dal, kacang kuda dan kacang navy, makanan berasaskan soya, seperti tauhu, susu soya dan tempe, kacang soya, edamame, tauhu bakar atau kukus, smoothie soya, kuah dal, sup lentil dan salad chilled bean, “vegetarian chili“, hummus dan lain-lain adalah sumber tumbuh-tumbuhan yang bernilai untuk menyediakan sejumlah besar keperluan protein.

Beli atau sediakan sup dan makanan lain yang rendah garam untuk mencegah pengambilan natrium yang berlebihan yang dikaitkan dengan pembentukan batu karang.
Sebagai makanan yang kaya dengan serat, kekacang juga membantu anda menurunkan berat badan anda, mengurangkan risiko anda untuk gout dan batu karang.

Hadkan pengambilan daging anda tidak lebih daripada 6 oz. sehari jika anda terdedah kepada batu karang & Urine Asid yang tinggi. Kekacang adalah semula jadi rendah lemak, bebas kolesterol, dengan meningkatkan pengambilannya anda boleh mengurangkan tahap kolesterol anda dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular anda secara keseluruhan.


7. CECAIR

Cecair/bendalir menggalakkan penghidratan dan membantu badan anda mengeluarkan asid urik melalui air kencing. Jika anda terdedah kepada batu karang Urine Asid, minum sekurang-kurangnya 10 gelas cecair setiap hari, sekurang-kurangnya separuh daripadanya dalam bentuk air kosong.

Air kencing berwarna kuning cair atau jernih merupakan tanda positif penghidratan. Cecair lain yang boleh membantu mengurangkan tahap asid urik termasuklah susu atau susu non dairy, sup rendah garam, teh herba, susu soya, susu beras, gelatin dan buah-buahan & sayur-sayuran yang kaya dengan air seperti tembikai, buah-buahan sitrus, tomato, timun, saderi dan buah-buah jenis beri.

Elakkan jus kranberi dan jus limau gedang (grapefruit), yang boleh menyumbang kepada batu asid urik.


8. BIJIRIN PENUH

Bijirin penuh mengandungi semua bahagian berkhasiat dari bijirin, lebih banyak serat, protein dan mikronutrien, termasuk magnesium, berbanding bijirin bertapis. Pengambilan makanan yang kaya dengan magnesium dan rendah kalsium seperti barli, oat, beras perang dan bran, dalam diet anda untuk mengurangkan risiko batu karang.

Gantikan karbohidrat rendah serat, seperti roti putih, pasta dan pretzels dari tepung berproses, dengan bijirin penuh, yang lebih mengenyangkan, bagus untuk mengawal jumlah pengambilan makanan (portion intake) dan penurunan berat badan. Apabila membeli roti, pasta dan bijirin, teliti pembungkusan produk untuk memastikan bahawa bijirin penuh disenaraikan sebagai bahan utama.

Menurut laporan “Pemakanan dan Penyakit reumatik”, terdapat kaitan antara obesiti dan gout; pengurusan berat badan yang sihat boleh membantu tahap Urine Asid yang lebih rendah.
Bijirin penuh boleh dihadhamkan dengan lebih baik berbanding bijirin bertapis/berproses dan mempunyai kesan yang rendah pada tahap gula dalam darah anda dan melambatkan isyarat lapar, ini membantu anda menguruskan berat badan.

 Untuk hasil terbaik, gantikan roti putih, pasta, cereal dan makanan ringan dengan makanan bijirin penuh yang belum diproses keseluruhan seperti oat, beras perang, beras huma, barli dan air-popped popcorn. Kerana makanan yang kaya dengan serat juga mengenyangkan dan membantu dalam kawalan berat badan anda.


9. BIJIRIN BEBAS YIS

Produk bijirin yang dicampur yis mengandungi tahap purine yang tinggi. Ia boleh membawa kepada peningkatan paras asid urik. Bijirin penuh bebas yis seperti beras perang, beras huma, quinoa, barli dan air-popped popcorn adalah alternatif yang berkhasiat. Sebagai makanan yang kaya dengan serat, bijirin juga boleh menggalakkan selera dan kawalan berat badan juga mengurangkan risiko anda untuk mendapat batu karang dan gout.


10. BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN

Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan antioksidan yang membantu badan anda mempertahankan dirinya daripada jangkitan dan penyakit, serat dan air. Diet yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran, malah kacang yang kaya dengan purin, kobis bunga dan bayam tidak dikaitkan dengan peningkatan risiko gout meningkat, menurut Johns Hopkins, Medicine.
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan antioksidan, seperti buah beri, ceri, tomato, bell pepper, tomato dan squash boleh membantu mengurangkan gejala batu karang.

Oleh kerana buah-buahan dan sayur-sayuran rendah dalam kandungan tenaga, bermakna mereka menyediakan kurang kalori bagi setiap hidangan berbanding lemak dan kanji, ia juga boleh membantu memudahkan proses pengurusan berat badan. Mengekalkan berat badan yang sihat adalah penting untuk mencegah risiko gout dan batu karang
.
Elakkan sayur-sayuran dalam tin yang mengandungi sodium tinggi yang boleh menyumbang kepada batu karang.

Amalkan pemakanan yang sihat untuk pengawalan kandungan asid urik penting untuk kesihatan anda.


ANTARA SUPPLEMENT SHAKLEE YANG MEMBANTU UNTUK MASALAH INI




Hubungi saya jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!

Zana adalah Pengedar Sah Shaklee. Jika nak beli apa-apa produk Shaklee, boleh hubungi zana segera. Ready Stock. 


Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 


Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG PERDANA, PUCHONG PRIMA, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, TESCO BUKIT PUCHONG, BANDAR PUTERI PUCHONG, GIANT BANDAR PUTERI, TAMAN WAWASAN PUCHONG, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, DAMAI UTAMA PUCHONG, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4&5, TAMAN KINRARA, TAMAN BUKIT KINRARA, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, LESTARI PERDANA, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!


Monday, March 13, 2017

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: ATASI BENGKAK SUSU DENGAN LECITHIN SHAKLEE


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..

Bengkak susu biasa dialami pada minggu pertama selepas melahirkan anak. Simptom bengkak susu biasanya anda akan rasa buah dada sangat bengkak, sakit, berdenyut, tegang, saiz buah dada lebih besar dari biasa dan juga membuatkan kita tidak rasa sangat selesa.
Terdapat dua jenis duktus tersumbat. Jika anda mengalami benjolan bengkak di buah dada anda yang berasa sakit, lazimya disertai radang kemerahan yang bertompok pada kulit berdekatan benjol itu, ini dikatakan “duktus susu tersumbat”. Malah, duktus ini sebenarnya tidak tersumbat tetapi tisu di sekitar duktus susu itu radang dan menekan duktus tersebut. Duktus tersumbat sebenarnya adalah mastitis di peringkat awal.


Duktus yang betul-betul tersumbat jarang berlaku dan selalunya berlaku dalam beberapa minggu atau bulan selepas ibu mula menyusukan. Biasanya benjolan itu sakit dan kadang-kala terdapat juga tompok merah.

Sesetengah wanita akan mengesan satu tompok putih kecil pada hujung puting mereka, iaitu tanda saluran tersumbat dan sel kulit tumbuh di atasnya. Ini sebenarnya ialah lecur yang mudah dirawat. Jika anda menghidapinya, anda boleh merawatnya dengan mencucuk hujungnya dengan jarum yang steril. Lakukan ini selepas bayi anda telah menyusu iaitu apabila kulit anda lebih lembut.


Apa punca duktus tersumbat?





“Duktus tersumbat” (deskripsi yang lebih tepat ialah radang duktus) selalunya disebabkan oleh buah dada yang tidak “diperah” dengan efektif oleh bayi semasa dia menyusu. Jika buah dada tidak disalirkan dengan betul, susu akan terus “mengundur” disebabkan penhasilan lebih cepat daripada saliran. Susu ini akan dipaksa mengalir ke tisu sekitar yang akan menyebabkan keradangan, tisu jadi merah, panas dan sakit.
Perasaan seakan-akan selesema mungkin mengiringi mastitis dan ianya bukanlah tanda jangkitan (walaupun mastitis boleh menjadi jangkitan, selalunya ia adalah keradangan). Perasaan seakan-akan selesema ini adalah tanda bahawa badan anda menyangkakan susu itu sebagai protin asing dan sistem imuniti anda bertindak melawannya.

Antara punca keradangan saluran susu :-

Stress berlebihanTidak konsisten dalam mengosongkan payudara(sama ada melalui direct feed atau pam)Pakaian dalam (bra) yang tidak sesuaiPelekapan yang tidak betul semasa menyusuPengambilan diet tinggi lemak.


Apa yang anda boleh lakukan?


Penting untuk terus menyusukan bayi anda walaupun ianya menyakitkan. Menyusulah sekerap mungkin dan elakkan masa yang panjang di antara penyusuan.Mempelbagaikan posisi penyusuan boleh membantu bayi anda melekap dengan lebih baik.Mengambil panadol boleh membantu melegakan keradangan dan kesakitan.Menggunakan pam buah dada(breastpump) selepas setiap penyusuan boleh membantu mengeluarkan susu.Mengurut buah dada anda sebelum dan selepas penyusuan.Meletakkan kain flanel yang hangat (atau sejuk) di buah dada, bermandikan air panas dan urutan lembut juga boleh membantu.

Jika simptom anda tidak menyusut (selalunya selepas 24 jam) atau jika anda mula berasa sakit dan seakan-akan mendapat selesema, hubungilah doktor anda. Anda mungkin menghidapi mastitis dan anda memerlukan antibiotik jika anda mendapat jangkitan.

Lecithin telah disyorkan untuk mengelakkan kejadian saluran duktus tersumbat supaya tidak berulang. Dos yang biasa disyorkan  adalah 3600-4800 mg lecithin setiap hari, atau 1 kapsul (1200 miligram) 3-4 kali sehari supaya tidak berulang. Selepas seminggu atau dua, ibu boleh mengurangkan dos sekiranya keradangan berkurangan. Jika tiada sekatan dalam tempoh 2 minggu lagi dia boleh mengurangkan lagi demi satu. Ibu boleh terus mengambilan lecithin supaya tidak berulang lagi.

 Lecithin adalah tambahan makanan yang sangat biasa, dan didapati secara semulajadi dalam banyak makanan lain. Tiada indikasi yang mengatakan ia tidak boleh diambil oleh ibu-ibu menyusu. Sebab megapa dan bagaimana lecithin boleh membantu menyelesaikan dan mencegah duktus tersumbat masih tidak jelas.

“It may do this by decreasing the viscosity (stickiness) of the milk by increasing the percentage of polyunsaturated fatty acids in the milk.” ~Dr. Jack Newman
Lecithin adalah pengemulsi : molekul phospholipid (seperti lesitin) mengandungi unsur-unsur hidrofobik dan hydrophilic, bahagian hidrofobik mempunyai tarikan kepada lemak dan minyak, dan bahagian hidrofilik mempunyai tarikan kepada air.





 Hubungi saya jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!

Zana adalah Pengedar Sah Shaklee. Jika nak beli apa-apa produk Shaklee, boleh hubungi zana segera. Ready Stock. 


Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 


Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG PERDANA, PUCHONG PRIMA, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, TESCO BUKIT PUCHONG, BANDAR PUTERI PUCHONG, GIANT BANDAR PUTERI, TAMAN WAWASAN PUCHONG, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, DAMAI UTAMA PUCHONG, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4&5, TAMAN KINRARA, TAMAN BUKIT KINRARA, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, LESTARI PERDANA, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!


Copyright to Zana vitamin shop
Designed by UMIESUEstudio 2015