Friday, May 27, 2016

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: HIPOGLISEMIA? KURANG GULA?

Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..



Apakah itu hipoglisemia?

Hipoglisemia bermaksud kejadian di mana individu mengalami tanda dan simptom yang berkaitan hipoglisemia dan pada waktu kejadian berlaku, paras gula dalam darah dikesan sebagai rendah. Tanda dan simptom hipoglisemia ini akan hilang apabila paras gula dinaikkan ke paras normal.

Hipoglisemia boleh terjadi apabila paras gula mencecah bawah 3.9 mmol/L (60 or 70 mg/dL) tapi seringkali individu hanya merasa simptom apabila mencapai aras 2.8 hingga 3.0 mmol/L (50 to 54 mg/dL).


Untuk pesakit yang menghidapi kencing manis, hipoglisemia boleh berlaku akibat ubat-ubatan kencing manis seperti insulin atau sulfonilurea. Untuk individu yang tidak menghidapi kencing manis, hipoglisemia merujuk kepada tahap gula yang rendah hingga menimbulkan tanda dan simptom kepada individu tersebut.



APAKAH TANDA-TANDANYA?
  • Jantung rasa berdebar-debar
  • Kepenatan
  • Penglihatan kabur atau mengalami perubahan visual seperti aura atau kilat
  • Tidak mampu untuk memberikan perhatian penuh pada pekerjaan
  • Berpeluh
  • Rasa menggigil
  • Sakit kepala
  • Kulit menjadi pucat dan sejuk
  • Pertuturan menjadi tidak jelas
  • Untuk hipoglisemia yang serius, individu itu boleh menjadi tidak sedarkan diri atau mengalami sawan


Jika anda menunjukkan mana-mana tanda yang disebut di atas, sila periksa aras gula dalam darah anda menggunakan mesin glukometer.

Jika anda sering mengalami kejadian hipoglisemia, anda perlu merujuk kepada doktor anda untuk mengubah dos ubatan anda


Mengapa hipoglisemia terjadi?

Ada banyak sebab hipoglisemia boleh terjadi. Untuk memahami bagaimana hipoglisemia terjadi, kita perlu memahami bagaimana badan kita mengawal kadar gula dalam badan. Sel badan kita memerlukan gula untuk menjana tenaga untuk berfungsi dengan baik. Dalam badan individu yang normal, badan kita menguraikan gula daripada makanan berasaskan karbohidrat seperti nasi, pasta, sayuran, roti dan buahan. Gula ini akan diserap ke dalam darah selepas makanan dicernakan.

Apabila aras gula dalam darah meninggi, kelenjar pankreas dalam badan kita akan merembeskan hormon insulin untuk mengawal aras gula supaya ia tidak menjadi terlalu tinggi. Hormon insulin akan bekerja untuk menyimpan gula yang berlebihan dalam hati dan otot dalam bentuk glikogen. Hormon insulin juga menggalakkan gula dalam darah lebih senang diserap oleh sel badan yang berkerja.

Apabila kita berpuasa atau tidak makan dalam jangka masa yang lama, aras gula dalam darah menurun. Apabila aras gula menurun – kelenjar pankreas akan merembeskan hormon glukagon yang akan membebaskan gula daripada glikogen yang tersimpan di hati dan otot. Dalam badan individu normal, hormon insulin dan glukagon ini akan bekerjasama untuk mengawal aras gula dalam darah pada aras yang optimum.

Dalam individu menghidap kencing manis, ini tidak berlaku. Kelenjar pakreas mereka kurang merembeskan hormon insulin – menyebabkan aras gula meninggi secara tidak terkawal. Akibat kencing manis juga, sel badan mereka menjadi kebal terhadap hormon insulin menyebabkan sel badan tidak dapat menggunakan gula dalam darah apabila ia memerlukannya.

Atas sebab ini, pesakit kencing manis perlu mengambil ubatan untuk meningkatkan kandungan insulin dalam darah. Aras gula harian kita berubah mengikut apa yang kita makan dan keadaan badan kita. Jika kita tidak menyelaraskan dos ubatan mengikut perubahan aras gula dalam darah kita, aras gula kita boleh menurun secara mendadak menyebabkan kejadian hipoglisemia.

Bagi individu yang menghidapi kencing manis, hipoglisemia boleh berlaku apabila mereka mengalami jangkitan kuman, mengalami kegagalan buah pinggang, apabila menukar dos atau jenis ubat, terlebih dos insulin secara tidak sengaja, tidak mengurangkan dos ubatan apabila berpuasa dan sebagainya.


Bagaimana mengelakkan hipoglisemia dari terjadi?

Kita boleh mengelakkan hipoglisemia dari terjadi dengan memantau dan mencatat aras gula harian kita dengan mesin glukometer. Rekod ini dipanggil sebagai SMBG (Self Monitoring Blood Glucose). Catatan aras gula ini perlu disimpan dan di tunjukkan kepada pihak dotor apabila pesakit mendapatkan rawatan susulan.

Dengan rekod aras gula dalam darah harian, doktor mampu menetapkan dos ubat kencing manis yang betul untuk mereka. Dos ubatan kencing manis tidak sama untuk semua individu. Malah, dos ubatan kencing manis untuk seorang pesakit berubah mengikut masa, keadaan buah pinggang dan tahap umur pesakit itu. Oleh itu, pesakit dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk rawatan susulan yang kerap secara tetap supaya dos ubatan dapat disesuaikan dengan aras gula dalam badan.

Seorang pesakit kencing manis dengan nasihat dan bimbingan profesional perubatan seperti doktor, jururawat dan pakar diet mampu untuk mengawal aras gula mereka sendiri.


Perkara yang perlu dilakukan jika hipoglisemia terjadi

Apabila anda atau ahli keluarga anda mengalami tanda hipoglisemia, anda disarankan untuk mengambil 15-20 gram gula glukos atau karbohidrat ringkas. Gula glukos yang boleh digunakan antaranya:

  • Tablet glukos
  • Pil atau gel gula
  • 2 sudu kismis/ sebiji kurma
  • 1/2 cawan jus
  • 1 sudu gula atau madu
  • Gula-gula kecil berbentuk keras seperti jellybeans atau coklat


15 minit selepas mengambil gula, sila periksa kembali aras gula anda. Jika masih rendah, perlu ambil gula sekali lagi dan periksa aras gula dalam darah selepas 15 minit. Ulang sehingga aras normal.  Apabila aras gula menjadi normal,  sila makan sedikit snek jika masa makan anda lebih daripada 1-2 jam selepas daripada masa kejadian.

Jika anda atau ahli keluarga anda mengalami kejadian hipoglisemia serius sehingga tidak sedarkan diri atau mengalami sawan, perlu segera ke hospital untuk mendapat rawatan kecemasan. Di hospital, doktor boleh memasukkan cecair gula (dextrose) ke dalam aliran darah untuk menaikkan aras gula ke aras normal. Selepas itu, pesakit perlu menjalani pemerhatian dan siasatan untuk mengenalpasti punca kenapa mereka mengalami kejadian hipoglisemia.

Jika anda atau ahli keluarga anda sering mengalami kejadian hipoglisemia yang serius hingga tidak sedarkan diri, anda juga boleh berbincang dengan doktor anda jika anda perlu menyimpan ubatan glukagon di rumah untuk digunakan semasa kejadian hipoglisemia yang serius. Ini kerana jika tidak dirawat dengan pantas, keadaan hipoglisemia ini boleh memberi kesan buruk terhadap otak hingga boleh menyebabkan kecederaan kekal pada otak atau jarang sekali, kematian.

Suntikan glukagon boleh digunakan oleh ahli keluarga atau individu terdekat dengan pesakit apabila pesakit kencing manis menjadi tidak sedar diri akibat aras gula yang rendah. Ini kerana apabila pesakit kencing manis menjadi tidak sedar, mereka tidak boleh menelan air gula atau menghisap gula-gula kerana risiko tercekik. Dalam keadaan ini, ahli keluarga atau individu terdekat boleh memberi suntikan glukagon pada punggung, peha atau lengan pesakit (seperti yang tertera dalam panduan ubatan oleh pengeluar). Apabila pesakit sedar, mereka mungkin akan merasa loya. Dinasihatkan selepas pesakit sedar, sila bawa pesakit ke hospital untuk pemerhatian dan rawatan selanjutnya.

Artikel ini ditulis oleh salah seorang penulis tetap Malaysian Medical Gazette, Dr. Nur Hidayati, seorang doktor perubatan dalaman yang bertugas di sebuah hospital di Selangor. Kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team.



BERMINAT MENJADI PENGEDAR? 
Dengan kualiti produk yang terjamin, saya sangat memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri, termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Hubungi saya jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!

Zana adalah Pengedar Sah Shaklee. Jika nak beli apa-apa produk Shaklee, boleh hubungi zana segera. Ready Stock. 


Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG PERDANA, PUCHONG PRIMA, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, TESCO BUKIT PUCHONG, BANDAR PUTERI PUCHONG, GIANT BANDAR PUTERI, TAMAN WAWASAN PUCHONG, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, DAMAI UTAMA PUCHONG, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4&5, TAMAN KINRARA, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!  


Thursday, May 26, 2016

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: MERAWAT MASALAH SERING TERKUCIL DAN RAHIM MENURUN

Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..


Entri ni saya kongsikan khas untuk wanita terutamanya yang selalu ada masalah terkucil atau tidak dapat menahan kencing. Para suami juga penting untuk mengetahuinya. Sekiranya isteri mengalami masalah sering terkucil kerana tidak dapat menahan kencing dan juga masalah rahim menurun atau , anda juga boleh berkongsi tips yang akan diberi dengan mereka. 

Jika orang tua atau ibu hamil yang mengalaminya, itu perkara biasa. Bagaimana kalau baru beranak 1 atau 2 tapi dah mula terkucil selepas melahirkan? Dalam satu kajian didapati 70% wanita mengalami masalah ini termasuklah orang tua dan ibu hamil. Anda tidak boleh memandang remeh masalah ini kerana ianya mungkin berkait dengan masalah kewanitaan anda. Yang paling teruk, berkemungkinan rahim anda juga berisiko mudah jatuh! Dengar pun seram kan?


PUNCA-PUNCA



Terkucil berpunca daripada masalah lemahnya kawalan pundi kencing. Ia berlaku apabila otot lantai pelvik wanita yang menampung organ pundi kencing wanita mula lemah. Kadangkala terbatuk, bersin atau ketawa terlalu kuat memberikan tekanan kepada pundi kencing dan boleh menyebabkan terkucil.



MULA TERJADI KEPADA:-
  • Wanita baru bersalin
  • Mula menopause
  • Selalu sembelit
  • Genetik - Ibu atau Nenek mengalami masalah sama
  • Sering mengangkat beban berat
  • Terlalu aktif dengan aktiviti fizikal



Oleh itu, sangat penting bagi wanita dalam kategori ini menjaga otot lantai pelvik mereka.



APAKAH FUNGSI OTOT LANTAI PELVIK?

Otot lantai pelvik wanita ialah sekumpulan otot yang berada di sekeliling vaginal wanita. Boleh dilihat pada rajah di bawah organ-organ yang ditampung oleh otot lantai pelvik ini. Organ-organ ini berisiko menghadapi masalah jika otot lantai pelvik juga bermasalah.




5 Sebab kenapa wanita perlu menjaga lantai pelvik mereka:


  1. Otot lantai pelvik mengawal pengaliran urin(air kencing) dan otot ini perlu kuat untuk mengelakkan wanita dari mudah terkucil. 
  2. Otot lantai pelvik juga menyokong bayi dalam kandungan ketika hamil dan membantu memberi daya tolakan semasa melahirkan (Untuk kelahiran lebih mudah)
  3. Otot lantai pelvik membantu mengekalkan abdomen yang kuat dan menyokong spina, mencegah sakit belakang
  4. Otot lantai pelvik memegang organ pundi kencing dan uterus/rahim supaya berada di tempat yang betul. Jika tidak, akan menyebabkan masalah rahim jatuh atau terkeluar daripada vagina (tombong). Ini memang sangat menakutkan kebanyakan wanita. Ianya sangat menyakitkan dan juga mendedahkan kita kepada risiko jangkitan kuman. Sebab tu orang-orang tua selalu pesan supaya jaga rahim dan bahagian peranakan..atau sebenarnya jagalah otot lantai pelvik kita!!
  5. Otot lantai pelvik yang kuat penting untuk meningkatkan kepuasan seksual wanita dan pasangan. Jika otot ini mengendur, menyebabkan daya kemutan juga lemah dan sukar untuk wanita mengalami orgasm. Sebab tu suami juga kene tau apa puncanya!! Kerap bersalin juga menyebabkan otot ini semakin mengendur, tidak kira lah anda bersalin secara normal atau pembedahan.




BAGAIMANA NAK KUATKAN KEMBALI OTOT LANTAI PELVIK?


Lakukan Senaman Kegel

Senaman kegel ialah latihan kemutan yang dilakukan untuk mengecutkan dan mengendurkan otot lantai pelvik secara kerap.




Cara Senaman Kegel yang betul:-

  • Untuk melakukan senaman kegel dengan betul, anda perlu pastikan anda dalam keadaan selesa samaada berdiri tegak atau duduk tanpa bersandar berlunjur dengan kaki sedikit terbuka. Kemudian, kemutkan otot pelvik seakan anda cuba untuk menahan kencing. Tahan otot itu selama 10 saat semasa bernafas secara normal, kemudian rileks. Senaman ini perlu diulangi sebanyak 10 kali, tiga kali sehari.
  • Menurut seorang ahli fisioterapi kanan kesihatan wanita, senaman ini sangat membantu menangani masalah terkucil, bahkan berkemungkinan memulihkan sehingga 100%  jika dilakukan dengan kerap pada setiap hari bergantung juga kepada usia individu itu. 
  • Jika seorang wanita berusia 30-40 tahun, ia mungkin memakan masa hingga 3 bulan sahaja dengan melakukan rutin ini secara konsisten. Manakala bagi wanita 40-70 tahun, mungkin akan memakan masa 4-6 bulan.



Contoh Senaman




CADANGAN SUPPLIMENT SHAKLEE YANG BOLEH MEMBANTU

Alfalfa Complex:




Alfalfa Shaklee membantu menguatkan kembali otot lantai pelvik. Alfalfa Complex juga berfungsi seperti kacip fatimah. Sangat membantu wanita yang ingin memulihkan bahagian kewanitaan terutamanya selepas bersalin.


Ostematrix: 




Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah sembelit dan sukar untuk meneran semasa membuang air besar kerana otot lantai pelvik yang lemah, anda mungkin memerlukan magnesium untuk membantu anda. Magnesium yang terdapat dalam Ostematrix Shaklee membantu merangsang otot untuk menolak najis keluar dengan lebih mudah dan membantu melembutkan najis. Sangat digalakkan kepada ibu-ibu yang baru lepas bersalin yang mengalami masalah sembelit atau takut untuk membuang air besar. Juga selamat untuk ibu hamil.


BERMINAT MENJADI PENGEDAR? 
Dengan kualiti produk yang terjamin, saya sangat memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri, termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Hubungi saya jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!

Zana adalah Pengedar Sah Shaklee. Jika nak beli apa-apa produk Shaklee, boleh hubungi zana segera. Ready Stock. 


Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG PERDANA, PUCHONG PRIMA, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, TESCO BUKIT PUCHONG, BANDAR PUTERI PUCHONG, GIANT BANDAR PUTERI, TAMAN WAWASAN PUCHONG, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, DAMAI UTAMA PUCHONG, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4&5, TAMAN KINRARA, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!  

Monday, May 23, 2016

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: CADANGAN CARA MAKAN VITAMIN SHAKLEE DI BULAN PUASA

Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..

Ada yang bertanya macam mana nak makan vitamin Shaklee sepanjang bulan puasa ni? Meh sini akak nak kongsikan caranya..

  • Yang dah biasa ambil waktu pagi, boleh tukar ambil selepas berbuka puasa
  • Yang dah biasa ambil waktu tengahari, boleh tukar ambil selepas terawih
  • Yang dah biasa ambil waktu malam pula, boleh tukar ambil masa sahur


PERSIAPAN SEBELUM/ SEMASA BERPUASA
  1. Amalkan pemakanan yang seimbang.
  2. Banyakkan minum - susu, soya dan makanan yang tinggi protein.
  3. Ambil supplement seperti ESP, MealShake dan Performance Drink,
  4. Kerapkan mengepam dan menyusukan bayi.
  5. Sediakan stok EBM mulai sekarang.
  6. Jangan stress.
  7. Jaga fizikal - banyakkan rehat, tidur secukupnya.
  8. Psikologi - fikir positif inshaALLAH susu cukup utk si kecil dan banyakkan doa dan istigfar 


JADUAL SEMASA BERPUASA - KHUSUS UNTUK BF MOMMIES

Waktu Sahur:

  1. Makan nasi atau apa jua juadah . Digalakkan makan sup dan makanan yg tinggi protein. 
  2. Makanlah sekurang-kurangnya 3 biji kurma.
  3. Tambahkan minuman Performance Drink dan ESP/ MealShake (gabungan terbaik) 
  4. Makan 3 biji Alfalfa


Waktu Berbuka:

  1. Berbuka puasa seperti biasa (makanan seimbang) + kurma (digalakkan, sunnah juga) 
  2. Tambahkan minuman Performance Drink dan ESP/ MealShake (untuk dapatkan hasil terbaik)
  3. Makan 3 biji Alfalfa
  4. Sebelum tidur:
  5. Amalkan minum segelas ESP/ MealShake
  6. Makan vitamin lain iaitu 1 biji Vita-Lea, B Complex dan Vitamin C ( dan Ostematrix)

**Jarakkan pengambilan Vitalea & ostematrix/ESP/MealShake. Nak senang ambik je Vitalea lepas balik terawih :)

Jadual makan adalah FLEXIBLE, yang perlu ditekankan:-

  1. Ambil supplement adalah paling optimum penyerapan selepas makan.
  2. Jangan ambil supplement sekali gus kerana ia ganggu penyerapan antara satu sama lain.


Bagaimana pula pengambilan vitamin lain??

Waktu Sahur:-

  1. Minum segelas Perfromance Drink dan segelas ESP atau boleh mix Performance Drink, ESP dan Mealshake (gabungan terbaik).
  2. Vitalea, B Complex & Vit C


Waktu berbuka:-

  1. Minum segelas Performance Drink dan ESP (untuk dapatkan hasil terbaik).
  2. Makan Alfalfa, Vit C & Lecithin/Omega Guard


Selepas Terawih:-

  • Zink 


Sebelum Tidur:-

  • Ostematrix, Vit E/GLA


**Jarakkan pengambilan Vitalea & Ostematrix/ESP/MealShake. Jika masih ada yang tidak faham, boleh whatsapp zana untuk sebarang pertanyaan. In shaa Allah zana jawab yangterbaik untuk anda :)

Nak kekal bertenaga sepanjang Ramadhan supaya rutin anda tidak terjejas? Boleh cuba SET PERPUASA SHAKLEE. Selain tu, kurangkan rasa lapar dan dahaga kerana kandungan proteinnya memanjangkan tempoh kenyang.


BERMINAT MENJADI PENGEDAR? 
Dengan kualiti produk yang terjamin, saya sangat memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri, termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Hubungi saya jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!

Zana adalah Pengedar Sah Shaklee. Jika nak beli apa-apa produk Shaklee, boleh hubungi zana segera. Ready Stock. 


Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG PERDANA, PUCHONG PRIMA, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, TESCO BUKIT PUCHONG, BANDAR PUTERI PUCHONG, GIANT BANDAR PUTERI, TAMAN WAWASAN PUCHONG, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, DAMAI UTAMA PUCHONG, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4&5, TAMAN KINRARA, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!  

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: ADAKAH BAHAYA ANEMIA KETIKA HAMIL

Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..

Anemia semasa hamil berlaku apabila kandungan haemoglobin (sel darah merah) dalam darah kita berada pada tahap yang rendah.

Haemoglobin berfungsi membawa oksigen ke setiap sel-sel tisu dalam badan. Oleh itu sel darah merah yang betul-betul sihat menjadi sangat penting bila tiba waktu kehamilan.


Ibu hamil memerlukan bacaan haemoglobin 11g/dl dan ke atas. Jika bacaan kurang, maka ia boleh membawa kepada bahaya untuk ibu dan bayi dalam kandungan.

ADAKAH BAHAYA ANEMIA KETIKA HAMIL?

Anemia disebabkan kekurangan zat besi boleh mengakibatkan darah tidak dapat membekalkan oksigen yang cukup ke seluruh tubuh ibu.

Anemia disebabkan kekurangan folat (folate) dan/atau asid folik boleh mengakibatkan beberapa jenis kecacatan, seperti tiub neural tidak normal atau kekurangan berat.

Anemia disebabkan kekurangan vitamin B12 boleh mengakibatkan kecacatan tiub neural tidak normal malah boleh menjurus kepada kelahiran pramatang.

APA YANG IBU PERLUKAN?

1. Makanan yang kaya dengan zat besi, asid folik dan vitamin B12.

- Antara makanan yang mengandungi zat besi ialah kerang, lala, tiram, bilis dan   daging. Ambil sekurang-kurangnya 4 kali seminggu.

2.  Buahan-buahan.

- Ibu digalakkan mengambil buah-buahan yang mengandungi vitamin C seperti jambu batu, mangga, limau, delima, tembikai dan betik. Buah-buahan ini mampu menyerap zat besi yang dimakan oleh ibu.

3.  Sayur-sayuran.

- Ibu digalakkan mengambil sayuran yang tinggi zat besi dan asid folik seperti pegaga, daun pudina, ulam raja, pucuk gajus, bayam merah, kangkung, cekur manis, pucuk paku, pucuk keledek, daun remunggai dan peria.

APA YANG PERLU IBU ELAKKAN?

Makanan yang perlu dielakkan untuk mengatasi anemia semasa hamil ialah minuman yang mengandungi kafein dan teh kerana ia boleh menghalang penyerapan makanan zat besi, asid folik dan vitamin B12 yang ibu makan.

Untuk mengatasi anemia secara semulajadi semasa hamil ialah dengan pengambilan set hamil Shaklee.
SET INI TERDIRI DARIPADA:-

1. Vita Lea Iron Formula
- Membantu menaikkan kadar haemoglobin

2. B-Complex
- Asid Folik, mengelakkan stres, sakit kepala dan mengelakkan kecacatan pada janin.

3. Sustained Release Vita-C Plus
- Antioksidan, membantu menyerapkan iron dalam Vita lea (perlu diambil bersama), mematangkan bayi dalam kandungan supaya ia tidak keluar sebelum pada ia matang sepenuhnya.

4. ESP
- Sumber protein Non-GMO yang membantu penyerapan semua vitamin yang diambil oleh ibu. Ia juga merupakan makan sel dan baik untuk kulit ibu dan bayi yang bakal dilahirkan nanti.

5. Ostematrix
- Sumber kalsium yang memberi kelegaan kepadaan tulang belakang ibu, elak krem (kejang otot atau simpul biawak), memberi tidur yang lena, mengatasi sembelit dan gusi berdarah ketika hamil


BERMINAT MENJADI PENGEDAR?

Dengan kualiti produk yang terjamin, saya sangat memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri, termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.


Hubungi saya jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!

Zana adalah Pengedar Sah Shaklee. Jika nak beli apa-apa produk Shaklee, boleh hubungi zana segera. Ready Stock. 


Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG PERDANA, PUCHONG PRIMA, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, TESCO BUKIT PUCHONG, BANDAR PUTERI PUCHONG, GIANT BANDAR PUTERI, TAMAN WAWASAN PUCHONG, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, DAMAI UTAMA PUCHONG, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4&5, TAMAN KINRARA, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!  

Sunday, May 22, 2016

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: CERGAS BERTENAGA DAN SLIM DENGAN SET BERPUASA SHAKLEE

Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..

Lagi 17 hari kita akan menyambut Bulan Ramadhan bagi yang beragama islam. Dah ganti puasa ke? Yang nak ganti puasa, yang ada sakit gastrik atau anak-anak yang nak belajar puasa jangan risau, Shaklee ada menawarkan Set Berpuasa untuk anda lebih cergas dan bertenaga sampai petang. Set berpuasa dikenali sebagai SET MIGHTY 3 GEMS mampu membantu anda untuk lebih bertenaga dalam menjalankan aktiviti ibadah seharian

Bagi Ibu-ibu yang menyusu kan anak takut susu berundum, jangan takut set ini sangat membantu. Nak tau lebih lanjut klik sini



+



BAGAIMANA LECITHIN MEMBANTU?

Kolina sangat penting dalam diet harian kerana fungsinya menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan. Kolina adalah komponen neuropenghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf. Ini bermakna selain membantu membakar lemak dan kolestrol dalam badan, Lecithin membantu otak berfungsi dengan cerdas.

Selain mempunyai banyak fungsi lain, bagi orang berpuasa, Lecithin dapat:-

  • Membakar lemak dan kolestrol
  • Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress
  • Meringankan sembelit – melembutkan najis dengan cara melembabkan usus dan meleraikan toksin dalam usus


SET BERPUASA SHAKLEE SESUAI UNTUK:-

  • Ibu-ibu hamil yang rasa tak bertenaga sepanjang berpuasa
  • Ibu-ibu menyusu yang risaukan susu kering ketika berpuasa
  • Individu yang menghidap gastrik
  • Kanak-kanak yang baru belajar berpuasa
  • Individu yang melakukan kerja berat
  • Warga Emas
  • Individu yang sangat aktif
  • Individu yang ingin memelihara tahap kesihatan sepanjang Bulan puasa


Jom dapatkan Set Berpuasa Shaklee ini sekarang!

Zana adalah Pengedar Sah Shaklee. Jika nak beli apa-apa produk Shaklee, boleh hubungi zana segera. Ready Stock. 


Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, DAMAI UTAMA PUCHONG, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4&5, TAMAN KINRARA, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!  

Copyright to Zana vitamin shop
Designed by UMIESUEstudio 2015