Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..
Dalam entry kali ini zana rasa nak kongsikan sikit tips untuk mendapat pasangan. Tips ini daripada Dato’Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah. Jom sama-sama kita baca.
1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti
dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh
yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan
bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda
dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan
usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti
“magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk
mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di
dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat,
beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan
berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap
anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci
anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu
dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam
keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang
terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan
bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal
pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada
bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk
menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan
mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat
murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan
hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat
kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan
anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang
lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun
sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati
dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal
pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada
minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru
berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa
selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal
pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok
untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci
kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci
terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak
tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan
dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki
lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak
materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki
tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian,
penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu
jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan,
pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada
bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan
akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada
perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan.
Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang
saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering
merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah
tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk
hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan
daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap
terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain
jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada
kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda.
Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri,
serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu
kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati
dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai
hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan
dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk
ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam
diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan
tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta,
keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan
imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika
kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda
kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan
berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda.
Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak.
Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada
anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang
original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang
pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal
pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman
dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang
anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu
handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah
kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan
keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka
membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan
peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa
bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat
perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa,
dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat
lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang
lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti
yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang
berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya
bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau
situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan
kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah,
meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan
lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan
sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur
perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia
marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang
perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada
perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih
sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia
merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan
objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan
banyak yang tersirat.
Sebarang
pertanyaan atau pembelian mengenai SHAKLEE boleh PM
inbox zana
Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin
Jika anda ingin
menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh
mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur
hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas
mendaftar sebagai ahli nanti.
Jika anda nak beli
produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA,
SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR
KINRARA 1,2,3,4,5,6, TAMAN KINRARA, DAMAI UTAMA PUCHONG, PUTRA PERDANA, PUNCAK
JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129
2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh
dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)
Dapatkan konsultasi
PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!!