Sunday, November 22, 2015

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: KENALI JENIS PUTING PAYUDARA


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..





Terdapat beberapa keadaan pada puting dan payudara ibu yang mungkin boleh menyebabkan masalah pada penyusuan susu ibu.

Namun begitu, ibu masih boleh berjaya menyusukan bayinya sekiranya diagnosa dan pengendalian keadaan-keadaan tersebut dapat dilakukan dengan baik.

Sering kita dengar keluhan si ibu tidak menyusui bayinya kerana masalah yang berkaitan dengan bentuk atau saiz puting dan payudaranya.

Ibu rela memberikan si manjanya susu formula, malah beranggapan susu formula yang mahal adalah susu yang terbaik untuk bayinya.

Terdapat juga si ibu yang terpaksa menjarakkan kehamilan kerana tidak mampu lagi menambah bebanan membeli susu formula untuk bayi yang bakal lahir kerana anak yang sedia ada masih lagi menyusu.

Oleh yang sedemikian, saya nak kongsi sedikit berkenaan masalah bentuk atau saiz puting payudara ini untuk entri kali ini.

Ya, sememangnya manusia yang bergelar ibu dianugerahkan pelbagai bentuk puting dan payudara.

Walaupun terdapat pelbagai bentuk dan saiz, bayi tetap boleh menyusu mengikut fitrah yang telah ditetapkan kepada naluri bayi itu sendiri.




Terdapat 3 jenis puting payudara yang biasanya dianggap menjadi masalah untuk menjayakan penyusuan iaitu:
  • Puting leper & tidak regang
  • Puting panjang atau besar
  • Puting tenggelam
Jangan tunggu lepas bersalin baru nak tengok jenis puting. Sewaktu mengandung lagi adalah masa terbaik bagi ibu memulakan rawatan, demi memastikan anak dapat menyusu dengan berjaya.


JENIS PUTING PAYUDARA LEPER & TIDAK TEGANG

Pengendaliannya ialah:-
  • Puting boleh bertukar bentuk semasa mengandung dan menjadi keregangan atau strectchy.
  • Tidak perlu membuat diagnosa atau rawatan semasa mengandung
  • Tidak disyorkan menggunakan breast shells atau senaman tertentu semasa mengandung
  • Bina keyakinan diri seawal dari kelahiran
  • Keregangan puting lebih penting dari bentuk puting
  • Keregangan bertambah baik semasa mengandung dan seminggu selepas kelahiran
  • Walaupun puting ibu kelihatan leper di awal mengandung, bayi masih boleh menyusu tanpa masalah
  • Elakkan penggunaan puting tiruan dan piring puting. Pelekapan yang betul dapat membantu dalam penyusuan


JENIS PUTING PAYUDARA PANJANG ATAU BESAR

Pengendaliannya ialah:
  • Puting yang panjang atau besar akan menyebabkan kesukaran kerana bayi tidak dapat melekap dengan sempurna
  • Dapatkan bantuan dalam posisi dan pelekapan yang betul supaya bayi dapat melekap pada payudara, BUKAN pada puting
  • Bayi mungkin hanya menghisap pada puting sahaja (tidak dapat melekap pada saluran susu). Adalah penting untuk ibu mendapatkan bantuan bagi membetulkan teknik penyusuannya.
  • Sekiranya bayi masih gagal menghisap dengan cera yang berkesan, ibu perlu memerah susu dan berikan menggunakan cawan, sehingga bayi besar sedikit dan dapat menghisap puting ibu.

JENIS PUTING PAYUDARA TENGGELAM

Pengendaliannya ialah:
  • Kebiasaannya puting tenggelam tiada memberi masalah dalam penyusuan.
  • Bayi melekap di payudara dan bukan di puting.
  • Sekiranya ibu dapati puting ibu tenggelam, yakinkan diri yang anda juga mampu menyusukan bayi.
  • Dapatkan bantuan praktikal semasa dalam bilik bersalin lagi seperti sentuhan kulit ke kulit, menggalakkan bayi mencari sendiri payudara dan bantu bayi melekap dengan posisi yang betul adalah lebih baik.
  • Selepas kelahiran, rawatan masih perlu diteruskan. 

Sebarang pertanyaan atau pembelian mengenai SHAKLEE boleh PM inbox zana

Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4,5,6, TAMAN KINRARA, DAMAI UTAMA PUCHONG, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!!

Thursday, November 19, 2015

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: RAWAT PENYAKIT KENCING TIKUS DENGAN SUPPLEMENT SHAKLEE


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..



Penyakit Kencing Tikus atau nama sainsnya LEPTOSPIROSIS ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira yang disebarkan melalui haiwan. Jika tidak dirawat seegera, penyakit ini boleh merebak dan membawa maut.

Pada mulanya, bakteria ini dikenal pasti datangnya dari tikus. Namun kini banyak jenis haiwan boleh menjadi perumah bakteria ini samaada liar atau peliharaan. Haiwan dijangkiti ada kalanya menunjukkan tanda sakit tetapi sekadar menjadi pembawa dan tidak memindahkan jangkitan. Secara umumnya bakteria Leptospira boleh menjangkiti anjing, tikus dan haiwan liar seperti Rakun dan Serigala.

Faktor Risiko:-

Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas seperti Petani, Penternak / Peladang, Pekerja Rumah Penyembelihan, Doktor Haiwan, Pemotong Kayu, Pekerja System Pembentungan, Pesawah dan lain-lain.
Aktivit Rekreasi dalam air seperti berenang, berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.

Terdedah kepada peralatan dirumah termasuk binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
Terdedah di tempat yang banjir dimana air kencing tikus tercemar didalamnya. Apabila terkena kulit yang luka, masuk dalam mata, hidung atau mulut (terminum) virus akan di jangkiti.

Tanda / Gejala:-

  • Masa pengeraman diantara 2 hingga 26 hari (Anggaran 10 Hari)
  • Bermula dengan Demam, Menggigil, Sakit Anggota Badan dan Sakit Kepala
  • Batuk tidak Berkahak
  • Loya, Muntah dan Cirit Birit, Sakit Sendi dan Tulang, Sakit Tekak dan Sakit Perut
  • Radang Selaput Mata
  • Pesakit mungkin mengalami Sakit Otot, Pembesaran Limpa dan Hati, Bengkak Salur Kelenjar, Sakit Tekak, Kekerasan Otot, Perubahan Bunyi pada Paru-Paru dan Ruam


Rawatan:-

Ubatan Cephalosporim, Penicillins, Doxycycline, Chloramphenicol dan Erythromycin boleh di beri untuk rawatan Leptospirosis. Penjagaan sokongan di perlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.

Pencegahan:-

  • Elakkan berkunjung ke kawasan yang ada air bertakung
  • Jika terdedah dan berisiko, pengambilan ubat Doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit.
  • Simpan Makanan dan Minuman dengan baik agar tidak dicemari
  • Cuci Tangan dengan Sabun sebelum Makan
  • Bersihkan diri selepas melakukan aktiviti luar seperti Berkebun atau apa jua aktiviti yang terbuka
  • Untuk Majikan pula mereka harus memberi perlindungan kepada Pekerja mereka mempunyai risiko yang tinggi dijangkiti seperti Memberi Sarung Tangan dan Sebagainya.
  • Menjaga Kebersihan sekeliling, sediakan tempat membuang Sampah yang bertutup, bersihkan tempat Bekas Air dan Kolam Renang. Pastikan tiada tikus di kawasan sekeliling terutama rumah anda. Membuat disinfeksi tempat yang telah dicemari. 


Sekarang ini ada bermacam-macam jenis penyakit berjangkit dan Virus. NUTRIFERON SHAKLEE dapat menguatkan imun dalam badan kita. Jom baca APA ITU NUTRIFERON SHAKLEE?






Apa itu Nutriferon?

Nutriferon ialah vitamin penggalak sistem imun tubuh @ immune booster. Ianya merupakan vitamin yang sanagt hebat dan sangat berkesan, ia telah melalui ujian-ujian saintifik yang sangat ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.
Sejarah Nutriferon

Nutriferon dicipta oleh ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima. Beliau merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954.
Nutriferon ni untuk siapa?

Sangat sesuai untuk anda semua yang sering jatuh sakit, demam , selsema, demam ,menghidap kanser dan asthma. Tetapi harus diingat yang produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh sebarang jenis penyakit.
Cara Nutriferon bertindak

Nutriferon membantu mengaktifkan sistem pertahanan imuniti dan juga menggerakkan “pasukan cari dan musnah’ dalam sistem imuniti badan.



Sebarang pertanyaan atau pembelian mengenai SHAKLEE boleh PM inbox zana

Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4,5,6, TAMAN KINRARA, DAMAI UTAMA PUCHONG, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!!


Wednesday, November 18, 2015

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: PETUA MENDAPAT PASANGAN


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..

Dalam entry kali ini zana rasa nak kongsikan sikit tips untuk mendapat pasangan. Tips ini daripada Dato’Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah. Jom sama-sama kita baca.




1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.


Sebarang pertanyaan atau pembelian mengenai SHAKLEE boleh PM inbox zana

Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4,5,6, TAMAN KINRARA, DAMAI UTAMA PUCHONG, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!!

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: HARGA MURAH DENGAN BELI YES PACK VIVIX SHAKLEE


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..

Ramai yang bertanyakan harga VIVIX Shaklee dan rata-rata bercakap ianya agak mahal. Bagi mereka yang sudah mencuba pasti tahu yang VIVIX Shaklee banyak membantu meningkatkan tahap kesihatan mereka.



Dalam YES PACK SHAKLEE ini membolehkan anda membeli dengan harga yang sangat murah.

YES PACK VIVIX menawarkan 2 botol Vivix dengan..

Potongan harga 5%
Free membership (bernilai Rm 69)
Free postage
Cash back bonus Rm36
*selagi promosi #YesShaklee masih berlangsung


 Apa itu VIVIX SHAKLEE?



KENAPA ANDA PERLU JADI AHLI?



YES PACK VIVIX menawarkan harga terendah untuk ahli Shaklee?

Ya. Itu sudah semestinya. DENGAN PEMBELIAN SET YES PACK BERKEMBAR VIVIX ini SECARA AUTOMATIK ANDA MENDAPAT KEAHLIAN PERCUMA.

Sebagai ahli, anda berpeluang untuk mendapat harga termurah bukan saja untuk pembelian Vivix, bahkan semua produk Shaklee.

Anda juga boleh mengumpul mata UV(unit volume) anda sendiri sebagai ahli setiap kali membeli dan jika memenuhi syarat UV yang diperlukan anda layak mendapat cashback bonus yang akan dikreditkan terus ke akaun anda pada pertengahan bulan berikutnya.


Zana adalah Pengedar Sah Shaklee. Jika nak beli apa-apa produk Shaklee, boleh hubungi zana segera. Ready Stock.


Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4,5,6, TAMAN KINRARA, DAMAI UTAMA PUCHONG, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!!


Tuesday, November 17, 2015

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: MENGAWAL KENCING MANIS BAGI IBU HAMIL


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..

Biasa anda dengar ibu hamil kena minum AIR GULA?? Itu adalah salah satu cara bagi doktor untuk mengesan kencing manis yang dialami oleh ibu mengandung. So, boleh lah ibu hamil yang disahkan kencing manis itu mengawalnya. Perkara utama yang perlu diambil berat semasa hamil juga adalah pengambilan gula dalam makanan seharian.

Kenapa kita perlu mengawal kencing manis semasa hamil? Ramai dikalangan kita mengambil ringan tentang ini. Jikalau anda menghidap kencing manis semasa hamil, silalah ambil langkah-langkah untuk mengawalnya. Kerana kencing manis semasa hamil ini boleh memudaratkan dan membahayakan keadaan ibu dan bayi


BAGAIMANA IBU HAMIL MENGHIDAP KENCING MANIS?

Bagaimana ibu hamil ini boleh menghidap kencing manis? Actually, semasa hamil, badan ibu sepatutnya menghasilkan kadar insulin yang lebih tinggi daripada biasa bagi memenuhi keperluan ibu dan bayi terutama di trimester 2 dan 3. Jika kadar insulin yang dihasilkan kurang, ia akan menyebabkan kandungan gula dalam darah terlalu banyak. Itulah yang menyebabkan kencing manis bagi ibu hamil ini.

Jom kita lihat pula apakah kesannya kepada ibu dan bayi. 


KESAN PENYAKIT KENCING MANIS KEPADA IBU HAMIL

  • Mudah mendapat jangkitan pada faraj
  • Berisiko menghidap diabetes untuk sepanjang hidupnya
  • Luka bersalin akan lambat sembuh jika menghidap kencing manis
  • Berisiko bersalin secara pembedahan atau cesarean kerana saiz bayi yang terlebih besar


KESAN PENAKIT KENCING MANIS KEPADA BAYI DALAM KANDUNGAN

  • Risiko bayi meninggal semasa dalam kandungan
  • Kelahiran bayi secara pre-mature atau pra-matang
  • Pabila bayi menjadi terlalu besar, akan mengalami kesukaran semasa bersalin
  • Berisiko tinggi untuk menjadi obesiti dan menghidap kencing manis
  • Masalah kesihatan selepas bersalin seperti hipoglisemia (gula rendah) dan juandice atau demam kuning
  • Kecacatan kelahiran adalah lebih tinggi dalam kehamilan diabetes berbanding dengan kehamilan biasa 

TANDA ATAU SIMPTOM KENCING MANIS SEMASA HAMIL

  • Ibu hamil akan terasa cepat penat dan keletihan
  • Sering membuang air kecil secara sedikit
  • Luka dan lebam di badan yang lambat untuk sembuh
  • Dahaga yang melampau
  • Rasa keinginan yang tinggi untuk memakan makanan yang manis
  • Penglihatan yang kabur

CARA MENGAWAL KENCING MANIS SEMASA HAMIL

Apa yang paling utama semasa anda hamil adalah apa yang anda makan. Selalu tak dengar istilah "makan untuk dua orang"? Kebanyakan dari kita selalu mengambil kesempatan dari istilah itu. Semasa hamil kena ambil berat dengan kadar kandungan gula yang diambil. Contohnya, kurangkan air yang manis, kurangkan pengambilan manisan seperti kek, ice-cream or candy. Pengambilan nasi atau karbohidrat lain pun sy ambil seperti biasa sahaja. 


Senaman juga penting bagi ibu-ibu yang menghidap kencing manis semasa hamil ini. Senaman dapat membantu untuk membakar kalori berlebihan dalam badan.

Selain itu, pengambilan supplemen juga perlu dititikberatkan. Ini adalah penting untuk menutupi kekurangan nutrien dalam badan.


Bagi ibu hamil yang menghidap kencing manis, supplemen yang utama yang perlu anda amalkan ialah seperti berikut:


ESP SOY PROTEIN ISOLATE POWDER



ESP Soy Protein Isolate Powder sangat sesuai untuk ibu hamil yang mempunyai kencing manis atau diabetes. Ini kerana Index Glisemik nya sangat rendah iaitu hanya 39 dan lebih rendah dari beras perang. Dengan pengambilan ESP Shaklee badan lebih mudah dan cepat menukarkan gula tersebut kepada tenaga dan juga mengelakkan hypoglicemia. ESP dapat memberi rasa kenyang dan juga tenaga berpanjangan.


B-COMPLEX WITH FOLIC ASID

B-Complex Shaklee adalah vitamin B lengkap bersama FOLIC ACID. Jika anda mempunyai kencing manis dan merancang untuk hamil, ambil asid folik tambahan (5 miligram setiap hari) semasa anda sedang mencuba hendak hamil dan pada tiga bulan pertama kehamilan.

Mengambil asid folik tambahan akan mencegah bayi anda daripada kecacatan kelahiran seperti spina bifida yang disebabkan oleh tiub saraf yang tidak tertutup dengan baik.


VITA-LEA WITH IRON FORMULA

Vita-Lea adalah multivitamin lengkap dengan zat besi yang diperlukan oleh ibu hamil. 
Ia mempunyai sistem penyerapan bioaktif bagi memastikan peningkatan penyerapan asid folik kritikal.

Kita biasa dengar mencegah adalah lebih baik dari merawat kan? So, adalah lebih baik jika kita memastikan tahap gula dalam darah dikawal dengan baik sebelum hamil dan anda akan berada dalam keadaan yang lebih baik untuk mengawalnya sepanjang kehamilan anda. Ini akan mengurangkan risiko masalah kesihatan bertambah bagi anda dan bayi.

Zana adalah Pengedar Sah Shaklee. Jika nak beli apa-apa produk Shaklee, boleh hubungi zana segera. Ready Stock.


Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4,5,6, TAMAN KINRARA, DAMAI UTAMA PUCHONG, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!!

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: CARA MERANGSANG PENGELUARAN SUSU @ TAMBAH SUSU


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..




Pernah dengar apabila ibu menyusu kekurangan susu badan, orang-orang tua akan suruh pergi mengurut?? Benarkah mengurut dapat menambah pengeluaran susu ibu??

Sebenarnya terdapat pelbagai cara yang boleh mommies lakukan untuk merangsang pengaliran susu sebelum memerah atau menyusukan baby. Dan mengurut adalah salah satu dari caranya. Tak perlulah nak memanggil makcik tukang urut setiap kali. Urutan ringkas boleh dilakukan sendiri sebelum kita menyusukan bayi. Urutan ini dapat membantu merangsang kelenjar penghasilan susu ibu. Jom kita lihat cara-cara urutan yang boleh mommies lakukan =)

URUTAN MENAMBAH PENGALIRAN SUSU IBU

LANGKAH 1 : TUAM

Sebelum melakukan urutan, mommies perlu menuam payu dara terlebih dahulu menggunakan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Tuam untuk beberapa minit. Amalan ini baik kerana dapat merangsang payu dara mengeluarkan susu badan dengan lebih lancar.

LANGKAH 2 : TEKAN

Pegang hujung puting menggunakan ibu jari dan telunjuk. Kemudian, tekan puting ke dalam dan tarik semula ke atas secara perlahan-lahan.

LANGKAH 3 : GERAKAN

Setelah itu, sentuh bahagian atas aerola menggunakan ibu jari. Jari-jari yang lain pula ditempatkan di bahagian bawah aerola. Gerakkan secara perlahan-lahan jari telunjuk ke atas, bawah, kanan dan kiri. Namun, jangan sesekali ubah kedudukan ibu jari. Ulangi langkah lima hingga enam kali.

LANGKAH 4 : TERUSKAN GERAKAN

Teruskan dengan membuat menggerakkan jari mengikut arah putaran jam. Gunakan empat jari kecuali ibu jari ketika melakukan gerakan ini. Lakukan antara lima hingga enam kali bagi setiap payu dara. Namun, jika ada benjolan keras di bahagian payu dara, elak daripada menyentuh bahagian berkenan.

LANGKAH 5 : PUTAR

Gerakkan jari-jari and dengan membuat putaran dari sisi menghala ke puting. Ulang langkah ini tiga atau empat kali di kedua-dua belah payu dara.

Haaa...mudahkan? Dengan 5 langkah mudah ini, In Shaa Allah dapat membantu mommies dalam merangsang pengaliran susu ibu yang lebih lancar. Selamat Mencuba !


Zana adalah Pengedar Sah Shaklee. Jika nak beli apa-apa produk Shaklee, boleh hubungi zana segera. Ready Stock.


Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4,5,6, TAMAN KINRARA, DAMAI UTAMA PUCHONG, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!!

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: MERAWAT PENYAKIT KAYAP DENGAN SHAKLEE


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..

Hari ini zana mendapat pertanyaan dari seorang customer, " Ada tak supplemen shaklee yang boleh membantu penyakit kayap? " Terus terfikir utk buat blog entry hari ini berkenaan kayap. Sebenarnya penyakit kayap ini adalah sesuatu yang sering berlaku juga dikalangan masyarakat kita. Jom kita kaji selidik sikit apa itu penyakit kayap..






APA ITU PENYAKIT KAYAP?

Penyakit kayap terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kayap melukut, kayap jagung dan kayap ular atau nama saintifiknya herpes zoster atau disebutshingles berpunca daripada serangan virus Varicella zoster (VZB) iaitu daripada kelompok virus herpes. Apabila virus ini berada dalam badan, mangsa akan berasa demam, tekak loya dan pening berpanjangan. Badan pesakit pula akan dijangkiti ruam panas, badan rasa sengal dan hilang selera makan. Bagi penyakit kayap yang lebih serius, pesakit akan dijangkiti gelembung air pada bahagian tertentu di badan.


APAKAH PUNCA PENYAKIT KAYAP?

Kayap adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan virus Varicella Zoster dan bertindak menyerang seseorang yang mempunyai daya ketahanan badan yang lemah.

“Kebiasaannya golongan warga emas menjadi sasaran utama penyakit ini kerana golongan ini lazimnya mempunyai sistem imuniti yang agak lemah.
“Bagaimanapun terdapat juga golongan kanak-kanak yang dijangkiti kayap biarpun peratusannya terlalu rendah iaitu sekitar lima peratus,” ujarnya .
Katanya lagi, serangan kayap biasanya berlaku pada bahagian pinggang ke atas bagaimanapun ia kadangkala juga berlaku pada bahagian sulit.

Malah kajian membuktikan sebanyak 55 peratus kejadian kayap berlaku di bahagian pinggang ke atas, manakala 20 peratus di bahagian muka serta 15 peratus berlaku di bahagian bawah pusat ke bawah manakala lima peratus berlaku di bahagian sulit dan punggung.


CADANGAN SUPPLEMEN DAN TESTIMONI SHAKLEE  UNTUK PENYAKIT KAYAP

Nutriferon dapat meningkatkan sistem imun dengan membina antibodi dalam tubuh yang bertindak seperti askar-askar dlm tubuh. Ia juga melindungi tubuh agar dapat melawan penyakit dgn lebih kuat.


Garlic pula adalah anti-virus semulajadi, anti-bakteria dan meningkatkan sistem pertahanan badan daripada dijangkiti bakteria. Maka, pengambilan Garlic adalah sangat membantu dalam merawat penyakit kayap ini. 2bji Garlic Shaklee bersamaan dengan 2 ulas bawang putih segar !


Zana adalah Pengedar Sah Shaklee. Jika nak beli apa-apa produk Shaklee, boleh hubungi zana segera. Ready Stock.


Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4,5,6, TAMAN KINRARA, DAMAI UTAMA PUCHONG, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!!
Copyright to Zana vitamin shop
Designed by UMIESUEstudio 2015