Friday, November 13, 2015

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: PUNCA SUAMI TIDAK MENYOKONG ISTERI MENYUSU


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..

"Sedihla kak..suami saya tak support langsung saya nak menyusu badan..siap tawarkan nak beli susu formula jer untuk susukan anak kami.."




Pernah alami situasi ni??

Saya pernah dengar masalah ni daripada beberapa orang ibu muda..kebanyakannya anak sulong atau kedua...simpati juga dengan mereka..tapi bersedih bukanlah penyelesaiannya..bawalah berbincang dengan suami dan cari puncanya..

Kadang-kadang isteri rasa pelik kenapala suaminya tak sokong nak menyusu penuh dengan susu badan?? Walhal sangat banyak kebaikannya untuk si anak dan ibu menyusu juga..saya pernah terjumpa satu artikel luar negara tentang suami yang tak support isteri menyusu badan..rupa-rupanya tak nak berkongsi 'susu' dengan anak sendiri..hmmm..camno tu?? macam ni pun ada..huhu..

Tak dinafikan, setiap ibu menyusu pasti ada masalahnya sendiri..walaupun tiada pengalaman sendiri tapi pengkongsian dari kawan-kawan & adik beradik. Namun setiap masalah boleh diatasi bersama-sama..

Jika ia boleh menyebabkan suami anda tidak menyokong anda..mungkin ada 'punca lain' di sebaliknya..

Apabila dikenalpasti daripada perkongsian beberapa orang ibu menyusu...ini adalah antara punca kenapa suami tidak  menyokong isteri mereka menyusu badan sepenuhnya...


1. Suami rasa terabai dan kurang perhatian

Biasa dengar tak?? Bila dah ada anak..suami bukan lagi yang pertama di hati seorang wanita..
haa..ini lah yang bahayanya bila ibu terlalu banyak memberi perhatian kepada si anak hingga terlupa suami juga memerlukan perhatian dan jagaan mereka..

Sebagai isteri, suami sepatutnya diutamakan juga..dan sebagai seorang suami..anda harus faham bahawa anak sangat memerlukan ibunya untuk menjaganya. Apa salahnya jika ibu dan ayah sama-sama berkongsi saat menguruskan anak-anak..ajaklah suami membantu memandikan anak, jadi tempat bersandar ketika ibu menyusu atau sama-sama bangun malam menjaga anak dan berkongsi detik menguruskan anak bersama-sama...bukan sahaja memudahkan si ibu..bahkan ibu juga dapat perhatian sama dan rasa dibantu suaminya..

Untuk suami pula, janganlah rasa kekok menawarkan diri membantu si isteri..antara cara terbaik mendapatkan perhatian isteri ialah meringankan bebannya..insyaaAllah..bukan semata-mata menawarkan hadiah dan material yer..


2. Suami kasihan lihat isteri letih menyusukan anak

Ibu menyusu memang cepat letih..apatah lagi jika anak masih lagi kecil dan menyusu penuh dengan si ibu..kena mengepam 4 jam sekali untuk buat stok susu, kena berulang menyusukan atau hantar stok susu dari tempat kerja jika susu tidak mencukupi, bangun menyusu tiap malam hingga selalu berjaga dan tidak cukup tidur..itu belum lagi letih menguruskan anak-anak yang lain dan menguruskan rumahtangga..

Akhirnya...Suami yang prihatin mungkin berasa kasihan melihat si isteri..kadangkala isteri tertidur keletihan semasa menyusu..kadangkala isteri menangis bila stress stok susu tak cukup..lalu suami yang berasa kasihan menawarkan untuk membelikan susu formula sahaja untuk menyusukan anak...bukan niatnya untuk tidak menyokong hasrat si isteri, tetapi melihat letihnya isteri untuk  menyusu badan sepenuhnya membuatnya memilih alternatif yang lain yang memudahkan si isteri..

Alangkah baiknya jika si suami terfikir untuk menghadiahkan isteri dengan suplemen penyusuan untuk membantu isteri menyusu yang selalu keletihan ni..


3. Suami rasa isteri makin 'dingin' sejak menyusu badan

Hormon penyusuan iaitu prolaktin yang tinggi bagi ibu menyusu menyebabkan si ibu kurang keinginan untuk bersama..namun tidak semua suami mengetahui dan memahaminya..Mungkin suami anda telah tahu namun jika suami tidak memahaminya, mungkin akan menyebabkan suami lebih suka jika anda tidak menyusu badan.

Apapun, ada pelbagai cara untuk suami membantu si isteri..antaranya ialah menghadiahkan si isteri dengan Vitamin Cinta.


4. Suami rasa 'kos menyusukan' dengan susu badan lebih mahal

Sebaik saja hampir melahirkan, selalunya ibu yang bercadang untuk menyusu secara eksklusif akan membuat beberapa persediaan untuk penyusuan..antaranya membeli pam susu, peralatan menyusu dan aksesori penyusuan..jika nak buat stok susu, terpaksa pula membeli peti sejuk untuk menyimpan stok susu jika peti sejuk sedia ada tidak memadai...kadangkala permintaan daripada si isteri yang terlalu banyak membebankan bagi suami..membuatkan suami menganggap..

"Mahalnya kos nak menyusu badan!!"

Sebenarnya, semua kos menyusu badan itu tidaklah seberapa jika dibandingkan kos membeli susu untuk anak sehingga 2 tahun!! Apapun, isteri juga perlu lebih bertimbangrasa dan membantu suami memahaminya..sekiranya apa yang diminta boleh membebankan suami..pertimbangkanlah mengikut situasi dan rancanglah lebih awal untuk menyediakan keperluan penyusuan tersebut..

Pertimbangkan juga bagaimana sewaktu ibu-ibu kita dan generasi terdahulu berjaya menyusu penuh dengan susu ibu tanpa kos yang banyak..Jika generasi terdahulu juga mampu melakukannya tanpa kos yang besar, kenapa tidak kita juga?


5. Suami tak suka isteri lemah dan merungut

Lumrah si isteri selalu menceritakan hal-hal yang dianggap remeh kepada suami..mesti ramai pasangan macam ni, kan?

Sedih susu tak cukup, penat nak mengepam, selalu sakit belakang nak menyusu, letih nak layan suami sebab penat uruskan anak menyusu, anak selalu meragam...dan macam-macam lagi..mungkin sebahagian besar rungutan yang terkeluar daripada si isteri adalah disebabkan penyusuan..hal ini mungkin menjadi salah satu punca suami mula rasa 'serabut' kerana lebih banyak yang negatif didengar apabila isteri menyusu badan...

Sebagai isteri, sepatutnya tanggapan yang lebih baik diberikan kepada suami tentang penyusuan susu ibu walaupun anda benar-benar melalui semua kepayahan di atas..

Abang, saya dah turun berat banyak sejak menyusu
Abang, saya dapat jimatkan banyak duit abang sebab abang tak perlu beli susu
Abang, saya suka abang bersandar belakang saya bila menyusu, rasa makin sayang
Abang, saya rasa anak kita makin bijak sebab minum susu ibu
Abang, baguslah anak kita menyusu badan ni..jarang sakit..

Jika inilah yang selalu didengar pasti suami anda sendiri menghormati pendirian anda untuk meneruskan penyusuan susu ibu..kerana lebih banyak kebaikan yang dilihat suami untuk dirinya, diri anda dan anak anda juga..anda juga pastinya tidak mahu dilihat suami sebagai ibu yang lemah..

Melihat anda menjadi supermom yang kuat menghadapi setiap kesusahan sebagai ibu pastinya boleh membuat suami anda berbangga dan turut menyokong usaha anda..lagipun banyak juga faedahnya untuk suami..


6. Suami tak tahu kelebihan untuk anak menyusu badan

Tidak semua suami tahu kelebihan penyusuan susu ibu...ada sesetengah suami cuma menganggap ia dilakukan sekadar untuk menjimatkan kewangan keluarga..atau memenuhi keinginan si anak semata-mata..sebab itulah mereka merasakan ia hanya menyusahkan dan tidak menyokong usaha anda..

Isteri memainkan peranan penting untuk lebih banyak berkongsi mengenai kebaikan penyusuan susu ibu dengan suami..Selalulah bercerita tentang kebaikan penyusuan ibu bukan sahaja untuk diri anda..bahkan untuk anak dan suami anda juga...

Dah tau kenapa suami tak sokong anda menyusu??

Apa saja puncanya sekalipun..

Berbincanglah mencari penyelesaian dan fikirkan apa yang terbaik untuk semua terutama anak anda..

Isteri perlu lebih bijak mencari jalan agar usaha yang dilakukan tidak membawa beban kepada suami..

Suami pula..jika anda menyokong usaha isteri anda, tunjukkan keprihatinan anda dan bantulah isteri anda melakukannya kerana sememangnya susu ibu adalah yang terbaik yang Allah anugerahkan..rugi jika isteri mempunyai kemampuan menjayakannya namun anda pula tidak menyokongnya..

Berkongsi saat penyusuan anak anda bersama-sama boleh menjadi saat yang sangat manis untuk dikenang dan dihargai..

Ayuh ibu menyusu semua..anda pasti mampu melakukannya!!

Berdoa selalu semoga dibukakan hati suami anda untuk menjadi penyokong anda dalam penyusuan susu ibu...berdoalah semoga dimurahkan rezeki anak anda untuk menyusu penuh dengan anda..dan berdoalah semoga diberi pahala yang berlipatganda untuk anda atas keikhlasan dan susah payah anda menyusukan anak anda..


Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 233:




Sebarang pertanyaan atau pembelian mengenai SHAKLEE boleh PM inbox zana

Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4,5,6, TAMAN KINRARA, DAMAI UTAMA PUCHONG, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!!

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: SET BUDGET SHAKLEE


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..

Anda nak cuba vitamin Shaklee, tapi ada kekangan dari segi kewangan? Di sini saya cadangkan beberapa set shaklee yang mungkin sesuai dengan bajet anda..set2 ni saya namakan set bajet kerana ia adalah kombinasi minimum berdasarkan fungsi yang dicadangkan.

Walaupun set-set ini sekadar set bajet, namun bagi sesetengah orang, set ini sudah memadai..dan jika sebaliknya, anda boleh menambah semula mana2 vitamin lain yang diperlukan..




INI SENARAI SET BUDGET:-


  • Set Bajet Slimming
  • Set Bajet Menyusu
  • Set Sendi/Tulang
  • Set Bajet Kecantikan
  • Set Bajet Hamil
  • Set Kesihatan Kanak-kanak
  • Set Bajet Kesuburan
  • Set Bajet Kesihatan Kulit


Sebarang pertanyaan atau pembelian mengenai SHAKLEE boleh PM inbox zana

Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4,5,6, TAMAN KINRARA, DAMAI UTAMA PUCHONG, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!!

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: TANDA-TANDA AWAL PENYAKIT BUAH PINGGANG


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..




RAMAI yang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Malah, tidak kurang juga beranggapan mereka tidak akan berdepan masalah kesihatan, sedangkan setiap orang sebenarnya mempunyai risiko sama untuk mengalaminya kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang badan dalam diam. Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan, walaupun ia diberikan secara percuma.

Sikap ini juga menyebabkan ada yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu mereka menghidap sesuatu penyakit serius kerana tidak mengalami sebarang gejala.

Namun, itulah sifat penyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul apabila penyakit sampai ke tahap serius.

Fenomena sama turut ditunjukkan dengan masalah kerosakan buah pinggang.Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada kesihatan.Bagaimanapun, anda perlu lebih berhati-hati dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mengalami tanda seperti:

  • Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
  • Darah keluar bersama-sama air kencing.
  • Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
  • Sakit belakang.
  • Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.
  • Bengkak pada pergelangan kaki.
  • Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.

Semua tanda di atas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kerosakan buah pinggang. Biasanya gejala ini dianggap perkara biasa dan sering diketepikan, sedangkan ia petanda penting kepada masalah buah pinggang.

Risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi dengan pertambahan umur.Setiap tahun dianggarkan 2,400 kes baru kegagalan buah pinggang dilaporkan dan kes baru di kalangan golongan berumur antara 60 hingga 65 tahun menunjukkan peningkatan 25 peratus.

Buah pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dari badan.Kegagalan buah pinggang melakukan tugas penting ini boleh menyebabkan pesakit menemui maut jika rawatan penggantian buah pinggang tidak dilakukan. Namun, bukan mudah untuk mendapatkan buah pinggang baru dan kosnya pula sangat mahal; boleh mencecah RM300,000!

Justeru, perkara terbaik ialah menjalani pemeriksaan pengesanan. Ujiannya pula sangat mudah iaitu melalui ujian darah dan air kencing yang mengambil masa beberapa minit saja.

Selain dua ujian mudah ini, beberapa kaedah lain boleh digunakan, iaitu biopsi jarum halus dan ujian bagi tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Kaedah terbaik untuk mengelak menanggung kos perubatan tinggi ialah kerap membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengesan penyakit pada peringkat awal. Ujian saringan kesihatan ini sangat mudah dan keputusannya boleh diketahui segera.

Semua orang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan ini, terutama mereka yang mempunyai sejarah atau ahli keluarga menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi, kerana mereka berisiko tinggi mendapat masalah kegagalan buah pinggang.

Kencing manis dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal juga antara punca utama kerosakan buah pinggang. Jika ini berlaku, bermakna pesakit terpaksa bergantung kepada mesin dialisis darah sepanjang hayat.

Saringan ini sangat mudah. Tiga parameter diukur iaitu tekanan darah, kandungan glukosa darah dan kandungan protein dalam air kencing. Jika air kencing menunjukkan ada protein, pesakit disaran menjalani ujian susulan untuk pengesahan kerana ia antara petanda awal kegagalan buah pinggang.

Masalah kegagalan buah pinggang yang semakin meningkat di kalangan masyarakat kita dipercayai akibat gaya hidup dan tabiat pemakanan tidak sihat yang boleh menjurus kepada penyakit kencing manis serta tekanan darah tinggi.

Kajian terbaru Universiti Sains Malaysia (USM) 2004 mendapati, rakyat Kelantan paling ramai menghidap kencing manis (78,000 orang) dan kebanyakannya adalah pesakit muda berumur 30 tahun.
Peningkatan sekali ganda sebanyak 13 peratus ini sangat merisaukan berbanding hanya 5.3 peratus 10 tahun lalu.

Kencing manis juga menyebabkan 95.3 peratus pesakit di negeri itu terpaksa kehilangan anggota badan yang kesemuanya berpunca daripada pengambilan gula berlebihan.

Jika anda turut mengamalkan gaya hidup tidak sihat, masih belum terlewat untuk mengubahnya.

Mulakan hidup baru dengan menjalani ujian saringan ini sebelum membuat pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya setahun sekali.
Kegagalan buah pinggang juga boleh dicegah dengan mengamalkan:

  • Pemakanan seimbang.
  • Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.
  • Berhenti merokok.
  • Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan.
  • Kekalkan berat badan seimbang.
  • Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.

* Buah Pinggang kita adalah amanah dari Allah..Jagalah ia sebaik mungkin dengan mengelakkan perkara-perkara di atas dari awal usia. Mudah-mudahan kita masih mampu mensyukuri nikmat sihat yang masih diberikan. INSYAALLAH.


Sebarang pertanyaan atau pembelian mengenai SHAKLEE boleh PM inbox zana


Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4,5,6, TAMAN KINRARA, DAMAI UTAMA PUCHONG, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!!

Thursday, November 12, 2015

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: SET RAMBUT GUGUR SHAKLEE


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..

Masalah rambut gugur adalah masalah yang selalu dianggap tidak penting. Bagi wanita yang bertudung, masalah rambut boleh ditutup dengan tudung namun lama kelamaan akan menjadi semakin teruk dan serius. Begitu juga dengan dengan lelaki. Apabila usia menginjak ke 40 an masing-masing akan kelihatan botak pada tengah kepala ataupun disekeliling kepala.




Rambut adalah mahkota kita. Tidak kira lelaki atau wanita rambut merupakan suatu anugerah berharga yang penting. Rambut membuat wajah seseorang menjadi lebih berseri. Justeru rambut gugur, nipis atau botak menjadi satu masalah yang sangat merisaukan. Bayangkan jika rambut anda kusut masai, dipenuhi dengan kelemumur, gugur sana sini dan sebagainya, apakah pandangan orang yang ingin menjalankan urusan dengan anda?

Punca Kepada Masalah Rambut Gugur Ramai yang beranggapan silap memilih syampu, pengambilan serbuk perasa MSG dalam masakan serta faktor penuaan sebagai sebab utama keguguran rambut, namun itu hanya penyebab sampingan. Realitinya, tekanan dalam kerjaya atau kehidupan menjadi pencetus kepada masalah keguguran rambut yang serius kepada golongan lelaki.

Wanita pula mengalami masalah rambut gugur melalui perubahan hormon ketika mengandung dan melahirkan anak serta tekanan di tempat kerja mahupun di rumah. Lebih memeranjatkan, orang yang lebih muda termasuk kanak-kanak juga mengalami masalah ini disebabkan oleh faktor genetik dan perubahan gaya hidup. Selain tekanan dan faktor genetik, faktor pemakanan tidak seimbang, penyakit tiroid, masalah sistem imunisasi, pengambilan dadah atau ubat-ubatan tertentu, kurang penjagaan rambut, trauma dan jangkitan kulit kepala boleh menyumbang kepada keguguran rambut dan botak.

Nak biar rambut gugur sampai botak, Tak risau ke orang mengata kita? Di dalam tubuh kita terdapat enzim dan hormon yang penting bagi meningkatkan metabolik tubuh. Metabolik bererti kadar tubuh menggunakan tenaga. Proses makanan dan zat makanan masuk ke dalam sel dan sel menggunakannya bagi pembinaan tubuh badan. Itu dipanggil proses metabolik. Jika cukup vitamin dalam makanan seharian tapi dalam badan tidak cukup hormon dan enzim maka kadar metabolik juga rendah.

Segala vitamin yang dimakan akan sia-sia kerana ia akan keluar semula sebagai bahan buangan. Kulit kepala juga perlukan vitamin yang cukup untuk kekal sihat tanpa sebarang masalah. Bagi mendapatkan nutrisi rambut yang baik amalkan makanan yang rendah karbohidrat dan berprotein tinggi seperti kekacang, tiram, ubi, telur dan bayam.


Ini adalah Supplemet Shaklee yang disaranka untuk masalah rambut gugur



Energizing Soy Protein-ESP


Berfungsi sebagai protein yang diperlukan untuk pertumbuhan rambut dan kuku yang sihat, pembinaan sel baru dan baik untuk membaiki sel atau kulit





Zinc Complex penting untuk mengekalkan kesihatan kelenjar dan merembeskan minyak yang melekat pada folikel rambut



Vitamin B-Complex mengandungi beberapa sumber vitamin B yang penting untuk kesihatan rambut:


  • Vitamin B3(Niasin): Membantu melancarkan peredaran darah di kulit kepala
  • Vitamin B6(Pridoksin): Membantu mengelakkan rambut gugur dan menghasilkan melanin untuk mengelakkan rambut beruban
  • Vitamin B12(Sianokobalamin): Nutrien untuk mengatasi masalah keguguran rambut
  • Biotin: Untuk menghasilkan keratin dan juga membantu atasi keguguran rambut





TAK MAHU KE RAMBUT SECANTIK INI... SEMESTINYA, SIHAT..!

Untuk mendapat kesan yang kebaikan yang optimum, anda perlu dapatkan set vitamin ini. 
Tapi jika anda ada kekangan bajet boleh dapatkan set bajet yang mengandungi Zinc dan ESP.

Jangan buat tak tahu tentang masalah rambut. Tak kiralah LELAKI ATAU WANITA.. rambut ni sangat penting kan... Tidak sempurna kewanitaan itu jika rambut ibarat hidup segan mati tak mahu. 
Rambut mahkota wanita! Manjakan rambut kita dengan vitamin terbaik, semulajadi dan halal bersih. 
Jom amalkan! Shaklee memang best tau!

Zana adalah Pengedar Sah Shaklee. Jika nak beli apa-apa produk Shaklee, boleh hubungi zana segera. Ready Stock.


Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4,5,6, TAMAN KINRARA, DAMAI UTAMA PUCHONG, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!!

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: VITALEA IRON FORMULA MEMBANTU IBU HAMIL NAIKKAN HB


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..

Adakah anda ibu hamil yang dilabel ibu anemia? Jangan ambil mudah ya..sebab banyak risikonya pada bayi dan ibu juga. Saya juga pernah dilabel ibu anemia semasa hamil anak ke 4. Bagi ibu yang kerap melahirkan selalunya bacaan HB mereka akan semakin berkurang setiap kali selepas kelahiran.


Bahayakah ibu hamil ada anemia?


Ibu hamil yang mengalami anemia akibat kekurangan zat besi seharusnya sedar, kesan anemia ketika hamil bukan saja menyebabkan pucat, letih, lesu dan sesak nafas saja.

Anemia semasa hamil dan selepas melahirkan anak boleh jadi lebih serius seperti menyebabkan keguguran, kelahiran pramatang, berat badan bayi rendah dan meningkatkan risiko kematian ibu. 

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), anemia kekurangan darah juga menjadi penyebab keganjilan perangai terhadap anak, lemah tahap pembangunan mental berbanding rakan sebaya, katanya




Bagaimana VITALEA IRON FORMULA ni membantu?




Vitalea mempunyai Vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan ibu hamil dalam pembentukan sel-sel darah  merah seterusnya meningkatkan bacaan hemoglobin darah @ HB ibu hamil.

2 biji Vitalea beserta 1 biji Vitamin C Shaklee untuk penyerapan zat besi lebih baik setiap hari dapat membantu meningkatkan bacaan HB darah ibu hamil, insyaaAllah.


Jangan bertangguh lagi ya ibu-ibu.

Jika anda benar-benar perlukan Vitalea atau suplement untuk bantu menaikkan HB darah, bolehlah terus berhubung dengan saya. SANGAT PENTING untuk ibu yang pernah dilabel ibu anemia.


Zana adalah Pengedar Sah Shaklee. Jika nak beli apa-apa produk Shaklee, boleh hubungi zana segera. Ready Stock. 


Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4,5,6, TAMAN KINRARA, DAMAI UTAMA PUCHONG, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!!

Wednesday, November 11, 2015

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: PELEGA PERUT SEBU & BERANGIN


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..

Baru-Baru ni ramai customer yang call nak Peppermint Ginger Plus Shaklee. Ada yang isteri nya mabuk-mabuk, angin dalam badan, tekak loya dan perut sebu. Jadi dalam entry ini zana kongsikan Fungsi Peppermint Ginger Plus




Peppermint Ginger Plus Shaklee dihasilkan daripada gabungan halia, cekur manis, daun pudina dan daun adas. Selain dari membantu dalam mengatasi kesebuan & angin, ia juga membantu dalam mengatasi masalah di bawah:-


  • Melegakan otot perut
  • Berfungsi sebagai penenang kepada perut sebu
  • Membantu masalah penghadaman
  • Mengurangkan masalah mabuk laut/darat
  • Melegakan ketidakselesaan perut akibat salah makan
  • Menghalang muntah selepas pembedahan
  • Melegakan sakit perut dan gejala flu
  • Melegakan masalah pencernaan
  • Memberikan peredaran tenaga kepada badan dalam badan dan perut
  • Menghilangkan masalah kembung perut




Bagi anda yang memang mudah alah dengan makanan berangin, Peppermint Ginger Plus memang wajib ada sebagai perisai masalah angin dalam badan. Angin dalam badan bukan sahaja menjadikan kita tidak selesa, malahan tiada mood dan letih nak buat sebarang kerja. Jadi, memang wajiblah pesan sebotol untuk diri anda sekeluarga



Zana adalah Pengedar Sah Shaklee. Jika nak beli apa-apa produk Shaklee, boleh hubungi zana segera. Ready Stock. 


Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4,5,6, TAMAN KINRARA, DAMAI UTAMA PUCHONG, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!!


Tuesday, November 10, 2015

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: TESTIMONI PENGGUNA TEGAR VITAMIN C SHAKLEE


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..




Vitamin C Shaklee terkenal dengan ciri-ciri Pelepasan Berperingkat (Sustained Release) yang menyebabkan ia terkenal di kalangan peminat supplemen.

Ciri-ciri ini sangat bagus untuk bantu mengekalkan kesihatan dan kecergasan malahan memberi banyak kesan positif terutama kepada kulit.


Ramai pengguna Vitamin C Shaklee sangat berpuashati dengan kesan Vitamin C ini sehingga akan membeli semula selepas stok habis.

Ikuti Testimoni-testimoni hebat pengguna Vitamin C Shaklee


Testimoni 1: Kulit licin dan glowing, parut jerawat makin pudar




Testimoni 2: Masalah bengkak gusi, gusi berdarah menyusut




Testimoni 3: Consume selama seminggu, gastrik dan pedih-pedih perut hilang




Testimoni 4: Jerawat hilang lepas makan vitamin c secara konsisten



Testimoni 5: Jerawat susah nak naik dan kulit cerah, nak selsema tak jadi






Zana adalah Pengedar Sah Shaklee. Jika nak beli apa-apa produk Shaklee, boleh hubungi zana segera. Ready Stock. 


Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, GIANT BANDAR KINRARA, TAMAN KINRARA, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!!

CEPAT DAPATKAN VITAMIN C ANDA HARI INI!


Copyright to Zana vitamin shop
Designed by UMIESUEstudio 2015