Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera,
Alhamdulilah, ini perkongsian dari Dr. Malinda. Isu
ini amat penting untuk kita kaum wanita mengetahuinya. Ini adalah gambarajah
struktur rahim seorang wanita. Ini 'rumah' kita semua selama 40 minggu. Kalau
anda lahir tak cukup bulan, kurang la sikit minggu nya..
Secara anatominya, sistem reproduktif kita terdiri
dari :
Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)
Kilang telur = Ovari.
Ramai pesakit saya tak pasti samada uterus atau
ovari yang sebenarnya membesar, so mereka akan just kata 'rahim'.
So, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis
sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak? Ini memudahkan anda untuk
mendapatkan konsultansi atau pandangan dari pakar. Lebih baik jika dapat
disertakan gambar dari ultrasound yang telah dibuat.
Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara
salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.
Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid
dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana
doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan.
(Rujukan: Life extension book : Disease prevention
and treatment; 2003: Page 1569).
Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.
[ gambar yang ketumbuhan yang putih-putih dibawah
ini adalah contoh fibroid ]
Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau
saintis yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts
ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di
sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.
Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan
beberapa kombinasi faktor.
Antara 4 Faktor Utama adalah :
1. Hormon Estrogen yang berlebihan.
- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika
hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti
berisiko untuk mendapat penyakit ini.
Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang
boleh menyebabkan infertility.
Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan
estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.
2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.
Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran
(makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).
Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau
mengganggu fungsi estrogen dalam badan.
Dari mana datangnya xenoestrogen ini?
- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.
3. Obesiti.
- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil
'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang
lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam
badan.
Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai
jenis kanser dan juga pelbagai penyakit kronik yang lain.
Peningkatan 5kg sahaja dari berat badan ideal juga
menyebabkan risiko kematian pramatang meningkat.
4. Genetik
- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda
juga boleh mempunyai risiko yang sama.
Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?
Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam
badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan
simptoms tertentu.
Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :
- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
-sakit ketika hubungan kelamin
- perut membuncit
- pendarahan abnormal
Perlukah Pembedahan?
Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan
tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan atau
menyebabkan gangguan kepada fungsi sistem lain seperti saluran kencing, sistem
usus dan sebagainya. Berbincanglah dengan doktor pakar anda, kemungkinan besar
anda perlu melakukan pembedahan.
.jpg)
Huhu... kalau boleh tak nak di bedah kan? Sakit dan menyeramkan..
So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?
Kita boleh mengambil beberapa langkah untuk mencegah sebenarnya. Ini sangat
penting jika anda telah di diagnosis mempunyai fibroid atau cyst. Antara
langkah yang dapat membantu adalah :
1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan
tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula,
karbohidrat ringkas , salt, kafein dan alkohol.
2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant
estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.
3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan
dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam
badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.
4. Kawal berat badan
5. Tidak merokok atau tidak menjadi perokok pasif. Minta tolong pada suami
untuk berhenti jika dia masih merokok.
6. Elakkan penggunaan kosmetik, bahan pencuci,
penggunaan plastik atau polisteren untuk makanan dan banyak lagi sumber
xenoestrogen.
Ok, selain itu, ramai juga orang tanya : Soya
produk tak bagus untuk wanita?
Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang positif dan ada yang tidak
menyokong.
Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh
mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh
menggalakkan estrogen aktiviti.
Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan
pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahimyang
sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.
(Michael T. et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya
adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak
tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang
berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai
kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan'anti-estrogen' di mana ia
membantu mengecutkan fibroid.
Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari
jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).
Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan
antara 45 - 90mg soy sehari.
Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.
Antara Nutrition supplement yang dicadangkan
untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :
1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification
estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.
2. Immune enhancing nutrient - coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc
3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.
4.Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.
5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.
6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi
7. Green tea - powerful antioxidant
GLA boleh ke?
- GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan radang dan membantu
kestabilan hormon.
-GLA dari sumber minyak borage adalah yang terbaik berbanding dari EPO.
Epo juga omega 6 yang bagus tetapi mengandungi kandungan GLA yang lebih
rendah. Pastikan anda memperoleh supplements dari sumber yang premium dan
natural.
-Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan
minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih
bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.
Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab
fibroid dan cyst boleh semakin membesar.
Ramai yang tanya nak guna minyak masak apa yang
terbaik?
Ok, frankly, semua minyak masak yang terproses atau
'refined oil' adalah tidak baik untuk kesihatan. The best memanglah gunakan
cara rebus, steamed atau roasted. Tapi saya faham, sebab kita dah dibesarkan
dengan cara orang melayu yang menggoreng, nak cari yang bergoreng juga..huhu
The best memang la olive oil for cooking dan
Unrefined coconut oil. Ideally jika dapat menggunakan minyak ini. Minyak ini
adalah lebih stabil pada suhu yang tinggi dan seperti biasa, yang baik mmg la
agak mahal berbanding minyak biasa.
Untuk itu, anda boleh menggunakan minyak sawit
tetapi pastikan hanya digoreng sekali sahaja. Jangan gunakan
berulang-ulang. Minyak yang digoreng berulang-ulang telah bertukar sifat
menjadi transfatty acid. Becareful of that.
Ataupun, sekarang ni kan dah ada advances in cooking
method, gunakanlah 'Air Fryer' - much better, sebab goreng tidak menggunakan
minyak.
Carta di bawah ini adalah details explaination
tentang jenis-jenis minyak yang sihat. Nampak berserabut sikit, tapi very good
explaination.
Semoga
kita sama-sama dapat manfaat ye..
Jangan lepaskan peluang yang ada ini. Nak lebih penjimatan, daftar
sebagai ahli..
Jika berminat, segera hubungi zana. Percuma konsultasi dan penerangan
untuk anda.
Jika
anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN,
SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, BANDAR KINRARA, PUTRA PERDANA boleh hubungi zana
(011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda
masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh
Malaysia =)