Friday, April 17, 2015

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: PHYTOCOL SHAKLEE TURUNKAN KOLESTROL


Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..


Alhamdulilah dapat juga zana menulis blog.. Entry kali ini nak cite sikit pasal KOLESTROL. Haa..rakyat Malaysia Sememangnya Malaysia bertuah. Bukan sahaja kaya dengan pelbagai budaya berbilang bangsa tapi juga mempunyai varierty makanan yang lazat dan best! Rugi tak rasa wooo....





Banyak kita makan banyak jugalah kadar kolestrol yang tinggi meresap ke dalam badan kita. Kolestrol adalah pembunuh senyap tanpa kita sedari. Cuba cek kadar kolestrol diri kita. Berapa kadar mg kolestrol kita? Kesihatan yang sihat bukan untuk diabaikan.




Lihat pada gambar di atas. Adakah kita tergolong dalam 6 juta itu? Risau tak? Kolestrol tak terkawal memang merbahaya dan boleh menyebabkan serangan jantung dan stroke. Secara logiknya memang kita tidak menyedari kolestrol bermaharaja lela dalam badan kita. Tambahan pula kita tidak mampu menolak daripada menjamah  kelazatan pelbagai makanan yang terdapat di negara kita ni. Umumnya kadar maksimum kolestrol normal adalah seperti gambar di bawah:-









Kalau diikutkan banyak makanan kegemaran kita yang tak boleh dijamah. Memang kita sukar nak limitkan pengambilan makanan kurang dari 300 mg selagi kita berada di Malaysia. Makanan di Malaysia memang best dan lazat! Rugi kalau kita tak rasa. Betul tak? Huhuhu

Produk baru Shaklee  2014 Phytocol

Untuk mengatasi masalah kolestrol tinggi di kalangan rakyat Malaysia, Shaklee telah memperkenalkan produk baru iatu Phytocol.

Phytocol adalah pilihan semulajadi terbaik dengan 2000 mg fitosterol setiap hari dan disarankan 100% Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).

Phytocol Shaklee dirumus secara klinikal dengan bahan-bahan terpilih untuk membantu menghalang penyerapan kolestrol di dalam tubuh

Fitosterol adalah tumbuhan sterols dan stenoils yang terdapat dalam sel membran tumbuhan. Ia menyerupai kolestrol dalam badan dan apabila kolestrol ni berjumpa dia akan bersaing untuk menyerap ke dalam sistem penghadaman badan. 






Keistimewaan Phytocol Shaklee

  • dirumuskan khas daripada sayur-sayuran, buah-buahan, tumbuhan, dan bijirin yang kaya dengan fitosterol asli yang aktif
  • fitosterol dari tumbuhan telah diuji secara klinikal oleh 80 untuk merendahkan paras LDL kolestrol
  • mengandungi 2000 mg fitosterol yang diperlukan setiap hari
  • kandungan fitosterol yang mencukupi seperti yang disyorkan oleh NIH
  • tiada bahan pengawet, perasa tiruan dan pemanis tiruan



Bagaimana Phytocol Shaklee berfungsi??


Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam Usus.

Ini bermaksud apabila kita mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh kita dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL kita. Lihat gambarajah di bawah.




Sekarang bagaimana? Dah tahu cara nak turun kolestrol kan? Kini kita boleh menikmati makanan kegemaran tanpa perlu bimbang dengan ancaman kolestrol asalkan kita mengamalkan Phytocol Shaklee setiap hari. Sebelum kolestrol melarat dan mengundang penyakit merbahaya adalah lebih baik kita amalkan Phytocol Shaklee untuk turunkan kolestrol secara semulajadi.


KESIHATAN YANG SIHAT BUKAN UNTUK DIABAIKAN!!


Jangan lepaskan peluang yang ada ini. Nak lebih penjimatan, daftar sebagai ahli..


Jika berminat, segera hubungi zana. Percuma konsultasi dan penerangan untuk anda.

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, BANDAR KINRARA, PUTRA PERDANA boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =) 

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: KENAPA RAHIM BENGKAK??


Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera,


Alhamdulilah, ini perkongsian dari Dr. Malinda. Isu ini amat penting untuk kita kaum wanita mengetahuinya. Ini adalah gambarajah struktur rahim seorang wanita. Ini 'rumah' kita semua selama 40 minggu. Kalau anda lahir tak cukup bulan, kurang la sikit minggu nya.. 




Secara anatominya, sistem reproduktif kita terdiri dari :

Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)

Kilang telur = Ovari.

Ramai pesakit saya tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, so mereka akan just kata 'rahim'.

So, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak? Ini memudahkan anda untuk mendapatkan konsultansi atau pandangan dari pakar. Lebih baik jika dapat disertakan gambar dari ultrasound yang telah dibuat.






Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.

Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. 

(Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569).

Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.




[ gambar yang ketumbuhan yang putih-putih dibawah ini adalah contoh fibroid ]



Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintis yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.

Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor.

Antara 4 Faktor Utama adalah  :

1. Hormon Estrogen yang berlebihan.

- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.

Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.

Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.


2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.

Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).

Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.

3. Obesiti.

- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser dan juga pelbagai penyakit kronik yang lain.

Peningkatan 5kg sahaja dari berat badan ideal juga menyebabkan risiko kematian pramatang meningkat.


4. Genetik

- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.
Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?

Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.

Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :

- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
-sakit ketika hubungan kelamin
- perut membuncit
- pendarahan abnormal

  
Perlukah Pembedahan?

Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan atau menyebabkan gangguan kepada fungsi sistem lain seperti saluran kencing, sistem usus dan sebagainya. Berbincanglah dengan doktor pakar anda, kemungkinan besar  anda perlu melakukan pembedahan.





Huhu... kalau boleh tak nak di bedah kan? Sakit dan menyeramkan..


So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?

Kita boleh mengambil beberapa langkah untuk mencegah sebenarnya. Ini sangat penting jika anda telah di diagnosis mempunyai  fibroid atau cyst. Antara langkah yang dapat membantu adalah :

1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, karbohidrat ringkas , salt, kafein dan alkohol.

2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.

3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.

4. Kawal berat badan

5. Tidak merokok atau tidak menjadi perokok pasif. Minta tolong pada suami untuk berhenti jika dia masih merokok.

6. Elakkan penggunaan kosmetik, bahan pencuci, penggunaan plastik atau polisteren untuk makanan dan banyak lagi sumber xenoestrogen.




Ok, selain itu, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita?

Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang positif dan ada yang tidak menyokong.

Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahimyang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.

(Michael T. et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. 

 Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).

Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari.

Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.

Antara Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :

1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.

2. Immune enhancing nutrient - coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc

3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.

4.Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.

5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.

6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi

7. Green tea - powerful antioxidant




GLA boleh ke?

- GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan radang dan membantu kestabilan hormon.

-GLA dari sumber minyak borage adalah yang terbaik berbanding dari EPO.  Epo juga omega 6 yang bagus tetapi mengandungi kandungan GLA yang lebih rendah. Pastikan anda memperoleh supplements dari sumber yang premium dan natural. 

-Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.

Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.

Ramai yang tanya nak guna minyak masak apa yang terbaik?

Ok, frankly, semua minyak masak yang terproses atau 'refined oil' adalah tidak baik untuk kesihatan. The best memanglah gunakan cara rebus, steamed atau roasted. Tapi saya faham, sebab kita dah dibesarkan dengan cara orang melayu yang menggoreng, nak cari yang bergoreng juga..huhu

The best memang la olive oil for cooking dan Unrefined coconut oil. Ideally jika dapat menggunakan minyak ini. Minyak ini adalah lebih stabil pada suhu yang tinggi dan seperti biasa, yang baik mmg la agak mahal berbanding minyak biasa.

Untuk itu, anda boleh menggunakan minyak sawit tetapi pastikan hanya digoreng sekali sahaja. Jangan  gunakan berulang-ulang. Minyak yang digoreng berulang-ulang telah bertukar sifat menjadi transfatty acid. Becareful of that.

Ataupun, sekarang ni kan dah ada advances in cooking method, gunakanlah 'Air Fryer' - much better, sebab goreng tidak menggunakan minyak.

Carta di bawah ini adalah details explaination tentang jenis-jenis minyak yang sihat. Nampak berserabut sikit, tapi very good explaination.






Semoga kita sama-sama dapat manfaat ye..


Jangan lepaskan peluang yang ada ini. Nak lebih penjimatan, daftar sebagai ahli..


Jika berminat, segera hubungi zana. Percuma konsultasi dan penerangan untuk anda.

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, BANDAR KINRARA, PUTRA PERDANA boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =) 

Friday, April 10, 2015

MERAWAT KEPUTIHAN DENGAN SET KEPUTIHAN SHAKLEE

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..


Hari ni zana nak sembang pasal keputihan... laaa… malu nak kongsi?? Memanglah malu tapi keputihan ni kan masalah common kaum wanita, tak kira tua muda kalau tak dicegah atau dirawat dari awal boleh melarat. Jom kita tengok “APA ITU KEPUTIHAN”.


Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain.  Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Lazimnya, jika keputihan tiada berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan.
Sama juga jika keputihan bersifat berlendir dan tidak berbeku seperti basi atau berubah berbau hanyir, atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj menandakan jangkitan.

Punca Keputihan Terjadi
  • Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, ubatan, penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon.
  • Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid.
  • Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya.
  • Keadaan stres mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan.
  • Begitu juga dengan penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis, tiroid juga mengakibat ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.
  • Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual seperti Bacterial vaginosis, Candida vaginitis, Trichomonas vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes.

Setiap satu jangkitan mempunyai sifat lendiran dan bauan tertentu. Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan bahawa keputihan itu adalah cuma lendiran faraj biasa dan bukannya disebabkan oleh jangkitan.

Selain dirawat dengan petua tradisional, keputihan juga boleh dirawat melalui pengambilan makanan tambahan seperti Set Keputihan di bawah:-





Bagaimana supplement Shaklee ni bertindak?


Alfalfa Complex

  • Alfalfa adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
  • Melawan alahan seperti memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan.
  • Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.


Garlic Complex

  • Antibiotik semulajadi untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat dan kuman.
  • Menghalang alergi seperti hidung sensitif, sinus, alergi, asthma, selsema dan hepatitis.
  • Mempertingkatkan sistem penghadaman seperti kembung perut, gastrik, ketidakhadaman, malah mampu menentang bakteria H.pylori dan menghalang ulser gastrik. 
  • Menstabilkan glukos di dalam tubuh
  • Menurunkan kolesterol
  • Menurunkan darah tinggi


GLA Complex

  • Mengeluarkan virus, meningkatkan stamina
  • Menstabilkan hormon dengan mengawal selia estrogen dan testosteron
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, kurap, tinea, memperbaiki bintik penuaan
  • Meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, arthritis
  • Menghalang komplikasi diabetes dengan merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua.  Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.


* Testimoni Alfalfa







Jangan lepaskan peluang yang ada ini. Nak lebih penjimatan, daftar sebagai ahli..


Jika berminat, segera hubungi zana. Percuma konsultasi dan penerangan untuk anda.

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, BANDAR KINRARA, PUTRA PERDANA boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =) 

Thursday, April 2, 2015

PROMOSI HEBAT SHAKLEE APRIL 2015


Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..


Setiap Bulan Shaklee pasti memberi Promosi yang hebat kepada kita. Tidak kurang hebat untuk Bulan April ini, berganda-ganda promosi iaitu:-








Wahhhh... Menarik bukan promosi bulan ni.. Sangat sesuai untuk anda yang nak cantikkkk berseri,  nak DIET, nak DETOX hati..

Jom tengok apa fungsi setiap vitamin ini..







kebaikan GLA Complex Shaklee :
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf







Kebaikan Lecithin Shaklee :

  • Menyerap vitamin yang larut-lemak dan membantu tubuh dalam menyerap vitamin A, D, E dan K yang larut-lemak.
  • Melindungi Hati dan Menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak. Juga membantu memulihkan kesihatan hati.
  • Pemecahan lemak dan kolesterol. Lecithin bertindak sebagai “pembersihan” salurdarah. pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid di dalam tubuh.
  • Menghalang obesity. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.
  • Membentuk membran sel, melembabkan dan menghaluskan kulit untuk kulit yang cantik, mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.
  • Memperbaiki alergi dan menghalang platelet darah dari mengaktifkan tisu gegelung di dalam salurdarah, seterusnya mempertingkatkan alergi seperti penyakit kulit – dermatitis, demam alergi.
  • 90% dari batu karang terjadi dari kolestrol, lecithin mengemulsi kolestrol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.
  • Menghalang tekanan darah tinggi, memperbaiki tekanan darah tinggi & menggalakkan peredaran darah.
  • Kajian telah membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan kuantiti lecithin yang banyak.
  • Meringankan sembelit. Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus.







Kebaikan DTX Complex Shaklee :


1. Rembesan Hempedu
  • Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman.
  • Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak; ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small globule)
  • Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak, A, D, E, K dan membantu mengasimilasikan kalsium
  • Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada Vitamin A

2. Bertindak sebagai Detoksifikasi
  • Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati.
  • Hati mengawal metabolism protein
  • Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol, dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik
  • Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang.
  • Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul

3. Mengawal Paras Gula dalam Darah
  • Dengan menukarkan tiroksina – hormon tiroid, ke dalam bentu yang lebih aktif
  • Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme
  • Hati mewujudkan GTF (Faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation
  • GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul
  • Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga
  • Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin

4. Penting untuk metabolisme Lemak
  • Penting dalam sintesi asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein, dan phospolipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga.
  • Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.






Kebaikan Vita Lea for Children Shaklee :

  • Melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan yang tidak dapat dipenuhi daripada pemakanan harian
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
  • Menyokong pembinaan tulang yang kuat dan kesihatan tulang
  • Membekalkan makanan kepada sel badan untuk tubuh yang lebih sihat dan bertenaga
  • Mengekalkan tekanan darah yang normal dan rentak jantung yang normal
  • Meningkatkan penghasilan sel darah merah untuk mengelakkan anemia atau merawat anemia
  • Membantu memulihkan selera makan
  • Melancarkan proses pencernaan
  • Membantu meningkatkan kecerdasan minda
  • Membantu seimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan
  • Membantu penyerapan zat daripada makanan





Kelebihan & kebaikan Cinch Shake :

  • Memberikan rasa kenyang berjam-jam lamanya
  • Mengurangkan selera makan bagi anda yang tak boleh control nafsu makan
  • Memberi tenaga berpanjangan jadi anda tak cepat penat walaupun melakukan pelbagai aktiviti harian
  • Meningkatan metabolisme badan
  • Memelihara otot bagi mengelakkan anda gemuk semula dgn cepat bila dah kurus
  • Anda boleh mengambil carbo spt nasi dsb tetapi dgn kadar yg sedikit
  • Menghilangkan lemak yang berlebihan dan mengurangkan inci pada badan
  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
  • Mengandungi Cinch Pro iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusine.
  • Diperkaya dengan Leucine untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
  • Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan


Jangan lepaskan peluang yang ada ini. Nak lebih penjimatan, daftar sebagai ahli..


Jika berminat, segera hubungi zana. Percuma konsultasi dan penerangan untuk anda.

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, BANDAR KINRARA, PUTRA PERDANA boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =) 

Tuesday, March 31, 2015

RAWAT BUASIR DENGAN SUPPLEMENT SHAKLEE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Masalah buasir merupakan satu penyakit yang berbahaya jika dibiarkan tanpa rawatan.Jom kita tengok apa itu buasir??








Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Ia akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak. Buasir boleh diklasifikasikan kepada dua bergantung kepada lokasinya iaitu buasir luaran atau buasir dalaman. Kedua-dua ini mempunyai simptom dan masalah yang berbeza.

Buasir dalaman Merupakan salur darah vena yang bengkak di lapisan dalam rektum. Pesakit akan mengadu terdapat pendarahan selepas membuang najis tanpa kesakitan. Ada juga pesakit yang akan terasa seperti unjuran yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar. Unjuran ini mungkin hilang sendiri atau ada juga yang perlu menolak balik unjuran ini ke dalam.

Buasir luaran Merupakan salur darah vena di bahagian bawah kulit luar dari dubur. Pesakit akan mengadu sakit, berdarah, gatal atau bengkak semasa membuang air besar. Kesakitan yang dirasai seseorang itu mungkin berbeza. Ada orang yang mungkin merasa sedikit tidak selesa, tetapi ada juga yang merasa panas atau amat pedih. Sakit yang kuat mungkin berlaku akibat salur darah yang tersumbat oleh darah beku.

Mengapa buasir terjadi?


Buasir adalah penyakit yang sering berlaku. Ia boleh terjadi kepada mana-mana individu tanpa mengira umur tetapi selalunya dilihat pada orang dewasa 30 tahun ke atas dan wanita mengandung. Ia sering dikaitkan dengan meneran semasa membuang air besar dan keadaan sembelit.  Wanita mengandung mungkin mengalami buasir kerana pembesaran janin menyebabkan tekanan ke bahagian dubur dan juga akibat perubahan hormon. Selain itu, orang yang berlebihan berat badan, berdiri dalam jangka waktu yang lama setiap hari atau selalu mengangkat benda berat mungkin menghidapi masalah ini. Kesemua keadaan tersebut menyebabkan penambahan tekanan kepada salur vena di rektum dan dubur dan menyebabkan pembengkakan dan pembesaran.


Beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan buasir ialah lebihkan pengambilan serat dalam pemakanan anda dengan memakan buah-buahan,sayur-sayuran hijau dan bijirin. Jika ingin memakan roti atau bijirin, pilihlah yang mengandungi bijiran penuh (wholemeal). Lebihkan minum air, sebaik-baiknya lapan gelas sehari. Lakukan senaman setiap hari. Elakkan pengambilan julap yang boleh menyebabkan cirit-birit dan menerukkan lagi masalah buasir. Anda boleh mengambil julap yang mengandungi serat tinggi seperti Fybogel yang bertujuan untuk mengelakkan sembelit. Mengurangkan kesakitan Mandi dengan air suam untuk mengurangkan kesakitan dan kegatalan. Jika terdapat pembengkakan, gunakan ais supaya bengkak surut atau duduk di dalam besen yang berisi air garam. Ambil pil untuk mengurangkan sakit seperti paracetamol, aspirin, atau ibuprofen. Terdapat banyak produk krim sapuan atau supositori yang berada dipasaran untuk rawatan buasir. Kebanyakkannya tidak mempunyai bukti yang kukuh bagi keberkesanannya. Produk-produk ini mungkin boleh mengurangkan simptom tetapi penggunaan berterusan tidak digalakkan. Ini kerana ia boleh menyebabkan masalah kulit disekeliling dubur. 





Saranan Set Buasir Shaklee yang boleh diambil:-

OSTEMATRIK : bantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

OMEGA GUARD : Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, omega membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.

ZINC COMPLEX : Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. zinc complex  membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.



APA KATA MEREKA YANG SUDAH MENCUBA

Testimonial 1






Testimonial 2






Testimonial 3







Jika berminat, segera hubungi zana. Percuma konsultasi dan penerangan untuk anda.

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, BANDAR KINRARA, PUTRA PERDANA boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =) 
Copyright to Zana vitamin shop
Designed by UMIESUEstudio 2015