Friday, March 27, 2015

SET PENJAGAAN RAMBUT SHAKLEE PROSANTE


Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua..

Istimewanya set penjagaan rambut ProSante Shaklee ni ialah ia merupakan sistem yang fleksible mengikut keperluan rambut setiap individu. Lagi ia bebas bahan kimia yang merbahaya dan selamat manusia dan alam sekitar. Kajian secara klinikal telah menunjukkan ia membantu mengurangkan masalah rambut gugur sehingga 65% dalam masa 3 bulan dan 46% daripada mereka yang menggunakannya memperolehi rambut yang lebih lebat.

Apa yang ada dalam set ProSante ini??







1. Nourishing Scalp Treatment
  • Merupakan produk paling penting dalam sistem penjagaan rambut ProSante yang mengandungi Scalp Health Complex eksklusif Shaklee pada tahap yang paling tinggi.
  • Terbukti mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat malah melebat dan menguatkan rambut secara semulajadi.
  • Mengandungi vitamin antioksidan A & E dan juga koenzim Q10 melindungi kulit kepala anda dari kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran.
  • Tidak menjadikan rambut melekit dan berminyak


2. Revitalizing Shampoo
  • Humektan bertindak bagi melicinkan kutikel dan melebatkan rambut
  • Sistem pembersih yang lembut
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut


3. Purifying Shampoo

  • Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan tercemar dari persekitaran
  • Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
  • Mengawal lapisan kulit kepala yang sihat malah menjadikan rambut bebas kelemumur


4. Replenishing Conditioner

  • Pelebat yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut
  • Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut bercabang
  • Menguatkan rambut dengan protin dan humektan yang berasal dari alam semulajadi


5. Lightweight Conditioner

  • Melicinkan dan melembatkan rambut tanpa kesan melekit
  • Mengembalikan elemen struktur rambut supaya ia kelihatan lebat, sihat dan berkilat
  • Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus


6. Long Lasting Finishing Spray

  • "Medium Hold" agar gaya rambut tidak berubah
  • Memberikan perlindungan UV
  • Menguruskan rambut kerinting halus dan tidak kusut



Bagi yang mengalami masalah rambut tu memang elok guna Set ProSante ini. Anda disarankan ikut jadual ni untuk mendapatkan hasil yang optimum. 






Jika berminat, segera hubungi zana. Percuma konsultasi dan penerangan untuk anda.

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, BANDAR KINRARA, PUTRA PERDANA boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

TUALA WANITA DAN KANSER SERVIKS


Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua..


Hari ini nak kongsi sikit tentang Kanser pangkal rahim atau kanser serviks. Walaupun isu ini sudah lapuk tetapi kita wanita harus memandang serius akan persoalan ini. 

Apa itu Kanser pangkal rahim atau kanser serviks??

Ia merupakan salah satu kanser yang boleh menyebabkan kematian dan menjadi mimpi ngeri kepada semua wanita. Kebanyakan wanita yang mengalami penyakit ini adalah daripada golongan pertengahan umur. Pelbagai spekulasi telah diperkatakan oleh orang awam mengenai faktor yang menyebabkan kanser ini. Sebelum itu, adalah penting untuk anda memahami bagaimana kanser serviks ini boleh berlaku kepada wanita.

Apakah faktor penyebab kanser serviks?

Kanser ini secara umumnya disebabkan oleh pendedahan awal kepada hubungan seks. Semakin muda umur anda mengadakan hubungan kelamin, semakin tinggi risiko anda untuk mendapat penyakit ini. Pada zaman sekarang, bilangan gadis mengadakan hubungan kelamin di usia remaja semakin meningkat berbanding pada zaman dahulu. Ini menjelaskan kenapa kanser serviks semakin banyak dikesan pada golongan wanita berumur muda sejak akhir-akhir ini.
Risiko anda mendapat kanser serviks lebih tinggi sekiranya anda mempunyai ramai pasangan kelamin. Ini adalah disebabkan Human Papilloma Virus (HPV) ada penyebab utama untuk pembentukan kanser serviks di mana virus ini boleh disebarkan melalui hubungan kelamin. Salah satu teori menyatakan lelaki yang pernah melakukan hubungan kelamin dengan pasangan lain sebelum itu boleh menyebarkan virus ini kepada orang lain melalui kaedah yang sama. Terdapat lebih daripada 150 subtypes atau jenis HPV virus. HPV virus jenis 16 dan 18 merupakan virus utama yang menyebabkan kanser serviks. HPV virus juga boleh menyebabkan kanser anus untuk lelaki homoseksual.

Merokok secara amnya boleh menurunkan imuniti seseorang dan mengandungi karsinogen yang menjadi penyebab kepada pelbagai jenis kanser. Kanser serviks merupakan salah satu komplikasi daripada merokok. Isu mengenai pil perancang keluarga boleh menyebabkan kanser serviks masih dalam kontroversi dan belum terbukti. Secara kebetulan, wanita yang mengadakan hubungan seks bebas turut mengambil pil pencegah kehamilan untuk mengelakkan kehamilan.
Kurang kebersihan wanita merupakan punca utama menyebabkan pelbagai penyakit seperti penyakit kelamin, jangkitan peranakan (pelvic inflammatory disease) dan secara tidak langsung menyebabkan kanser serviks. Wanita yang mendapat keputusan pap smear menunjukkan keradangan atau ‘inflammatory’ secara berterusan walaupun punca jangkitan sudahpun dirawat perlu mendapat perhatian lanjut daripada doktor untuk memastikan keadaan ini tidak berlanjutan kepada peringkat awal kanser serviks ataupun dysplasia. Jangkitan HPV juga boleh berlaku disebabkan kurang kebersihan kelamin wanita.

Bagaimana untuk mencegah kanser serviks?

Kanser serviks secara umumnya disebabkan oleh hubungan kelamin dan jangkitan HPV virus. Dengan mengamalkan hubungas seks ‘monogamy’ dan tidak bertukar-tukar pasangan boleh mengelakkan kanser ini. Pap smear merupakan salah satu cara yang sangat efektif dan mudah untuk mengesan tanda-tanda awal kanser serviks. Dengan itu, bilangan pesakit yang mati disebabkan kanser serviks sudahpun menurun sejak akhir-akhir ini disebabkan pengesanan awal kanser serviks yang membolehkan rawatan lebih awal.
Kerajaan Malaysia memperkenalkan vaksin HPV kepada pelajar-pelajar sekolah menengah untuk mencegah kanser serviks. Pelajar-pelajar sekolah merupakan target yang sesuai untuk vaksin ini kerana pada usia muda ini lah gadis sudahpun mula berjinak-jinak kepada hubungan bebas secara tersembunyi. Pencegahan lagi baik daripada merawat kanser yang terjadi akibat hubungan kelamin pada usia muda ini.

‘Jika dibandingkan pada zaman dahulu, semakin ramai wanita telah dikesan menghidapi kanser serviks pada masa sekarang’
Merujuk kepada ayat di atas, pelbagai faktor boleh menjelaskan kejadian tersebut. Hubungan kelamin pada usia muda tidak lagi menjadi perkara asing pada masa sekarang disebabkan peningkatan gejala yang kurang sihat. Ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan kanser serviks semakin ramai menghantui golongan wanita pada zaman ini. Selain itu, pap smear belum lagi diperkenalkan pada zaman dahulu menyebabkan kebanyakan kes-kes kanser serviks tidak dapat dikesan lebih awal atau tidak dilaporkan kepada pihak kesihatan. Sebilangan besar pesakit kanser serviks pada zaman dahulu sudahpun berada pada peringkat akhir kanser dan meninggal dunia sebelum sampai ke hospital.
Bolehkah tuala wanita atau tampun menyebabkan kanser serviks?
Setakat ini, tiada bukti atau kajian menyatakan bahawa tuala wanita atau pads boleh menyebabkan kanser serviks. Tampon tidak mengandungi asbestos yang kononnya boleh menyebabkan kanser. Kandungan bahan peluntur pada tuala wanita seperti dioxin sangatlah rendah dan tidak membahayakan wanita. Peluntur ini cuma digunakan pada zaman dahulu dan tidak lagi digunakan dalam tuala wanita pada waktu sekarang. Cellulose gel, sejenis sodium poly-acrylate yang didapati dalam tuala wanita juga boleh didapati dalam napkin bayi terbukti selamat untuk kegunaan kita selepas kajian dibuat oleh pakar toksikologi.

 Penggunaan tuala wanita secara tidak bersih merupakan salah satu punca berlakunya ‘dysplasia’ atau perubahan awal kepada sel-sel abnormal pada serviks disebabkan infeksi yang berterusan. Kisah ini terbukti di India di mana kebanyakan wanita di negara itu tidak mampu untuk membeli tuala wanita dan terpaksa menggunakan kain biasa sahaja untuk digunakan berulang-ulang kali. Kajian ini menunjukkan kes kanser serviks adalah tinggi untuk golongan wanita yang menggunakan kain tuala wanita seperti ini. Selain itu, golongan ini juga kerap mengalami masalah wanita lain seperti discaj berbau, jangkitan pada sistem peranakan dan jangkitan air kencing.

Penggunaan pencuci wanita juga telah membuktikan bahawa kandungan pencuci ini tidak menyebabkan kanser serviks. Malah, wanita yang sering mencuci bahagian kelamin dan menggunakan tuala wanita yang bersih kurang mendapat penyakit kelamin.


Kesimpulannya, penyakit kelamin wanita dan kanser serviks cuma akan boleh berlaku sekiranya kebersihan diri tidak dijaga. Adalah penting untuk setiap wanita memastikan penggunaan tuala wanita tidak menjadi sumber kepada pertumbuhan jangkitan kuman yang boleh membahayakan diri kita. Dengan menukar tuala wanita dengan kerap dan mencuci bahagian kelamin boleh mengelakkan sebarang jangkitan kepada wanita. Pelbagai jenis produk tuala wanita boleh didapati di pasaran yang terbukti selamat untuk kegunaan wanita. Semuanya bergantung kepada anda untuk memilih produk mana yang lebih selesa untuk diri anda. Selain itu, elakkan hubungan seks bebas yang boleh menjurus kepada kanser serviks dan pelbagai jenis penyakit kelamin seperti HPV, AIDS dan Hepatitis B.


Dr. Mardiana Kipli M.D. (UNIMAS) merupakan seorang Pakar Perbidanan dan Sakit Puan yang mempunyai kelulusan  Sarjana Perbidanan dan Sakit Puan (Masters in Obstetric & Gynaecology) dan sedang berkhidmat di Kuching. (dikemaskini)


Jika berminat, segera hubungi zana. Percuma konsultasi dan penerangan untuk anda.

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, BANDAR KINRARA, PUTRA PERDANA boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)


MERAWAT EKZEMA DENGAN SHAKLEE


Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua..



Ekzema ini selalu terjadi di kalangan bayi dan kanak-kanak. Kulit akan menjadi gatal dan melepuh, berair dan jika digaru terlalu kuat boleh berdarah.Punca ekzema ini dari kecacatan struktur dan imun yang ada pada gen, yang akan menjejaskan sistem pertahanan kulit. Biasanya kawasan yang mudah terkena ekzema adalah muka, siku dan lutut. Oleh kerana benteng pertahanan kulit amat sedikit, memudahkan bahan perengsa dan alergen menembusi benteng kulit dan menyebabkan ekzema. 








Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).

Macammana cara merawat ekzema dan sakit kulit dengan Shaklee mengikut peringkat umur??? 







Bayi berumur kurang 1 tahun

  • Ibu yang menyusukan anak yg mengalami masalah eczema boleh ambil ESP & Omega guard. Selain bagus untuk Ibu, ianya juga boleh diterima oleh bayi melalui susu ibu. 
  • Jika bayi mengalami ekzema kering, boleh sapukan Herbal Blend Cream untuk mengurangkan rasa gatal dan pedih. Vitamin E juga boleh disapu kepada tempat yg luka.



Kanak-kanak 1 tahun ke atas

  • Omega guard boleh diberikan kepada kanak-kanak lebih 1 tahun untuk kawal dan rawat masalah Ekzema dengan menguatkan membran sel, mencegah keradangan kulit  dan mengurangkan kegatalan.

  • Mealshake yang kaya dengan multivitamin juga boleh diberikan untuk memperbaiki kulit yg rosak dan berparut
  • Herbal blend dan vitamin e boleh digunakan untuk merawat luka.


Remaja dan dewasa
  • ESP dan fungsinya adalah membantu menghasilkan sel kulit yang sihat. Bila ekzema melanda, sel kulit akan rosak. Jadi ESP membantu mempercepatkan penghasilan sel kulit yang cantik.

  • Vitamin E terkenal dengan khasiatnya yang bagus untuk kulit. Ianya berfungsi melicinkan kulit dan merawat kulit yang rosak akibat eczema. Ia juga dapat membantu memudarkan parut dengan berkesan. Yang bagusnya Vitamin E Shaklee ini, ia mengandungi ekstrak biji anggur. Ekstrak biji anggur ini lah yang membuatkan kesan pemulihan kulit-kulit yang rosak itu berlaku lebih cepat. Vitamin E ini juga mengelakkan luka dari terkena jangkitan bakteria. Jadi tak perlu risau apa-apa, dia ala-ala ubat sapu kat luka. Dia memang formulated untuk memperbaiki sel kulit supaya luka sembuh, dan juga meningkatkan immune sistem yang bertindak melawan ekzema

  • Omega Guard ini adalah untuk memastikan kulit kekal lembap. Sepertimana yang kita tau, pengidap ekzema mempunyai kulit yang sangat sensitif. Kulit tak boleh kering, kerana ia akan menyebabkan rasa gatal dan pengidap akan mula menggaru. Omega Guard membantu masalah ekzema dengan menguatkan membran sel-mencegah keradangan kulit & mengurangkan kegatalan. ESP dan Omega Guard ini diperlukan bagi mengelakkan ekzema itu terus merebak dan mengjangkiti tempat-tempat lain yg belum dijangkiti. Kedua- dua produk ini merawat kulit dari dalam.
  • Herbal Blend ini fungsinya adalah untuk melegakan gatal dan pedih-pedih akibat luka ekzema. Bila pakai disapu dengan Herbal Blend, kulit akan rasa sejuk, jadi gatal dan pedih akan beransur hilang. Boleh juga ambil Meal Shakes yang kaya dengan multivitamin untuk merawat kulit yang rosak

  • Pengambilan Alfalfa boleh diamalkan. Ia bertindak menguatkan sistem dalaman badan dengan menyahkan toksin.



Ini mengikut bajet anda:-
  1. Set Bajet Eczema - Vit C & Alfalfa Complex
  2. Set Bajet Eczema (2) – Vit C, Vit E & Alfalfa Complex
  3. Set Bajet Eczema (3) – Vit C, Alfalfa Complex & ESP
  4. Cadangan full Set Eczema – Vit C, Vit E, Alfalfa Complex, Omega Guard, GLA Complex & ESP
  5. Set Eczema untuk luaran – Herbal Blend & Basic H
  6. Set Eczema Kanak-Kanak – Meal Shakes, Omega Guard, Chewable Vit C & Herbal Blend Cream


Tidak semestinya kena ambil semua apa yang saya cadangkan. Saya akan mencadangkan produk yang sesuai mengikut tahap ekzema yang dihidapi. Tapi alangkah bagusnya jika anda dapat mengamalkan semua produk vitamin ni. Maka dapatlah merawat ekzema dan sakit kulit ini dengan lebih optimum.


Jika berminat, segera hubungi zana. Percuma konsultasi dan penerangan untuk anda.

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, BANDAR KINRARA, PUTRA PERDANA boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)



Friday, March 20, 2015

KELEBIHAN DAN KHASIAT ESP SHAKLEE


Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua..

Sempena bulan Promosi ESP ni, nak kongsi sikit Apa itu ESP???

Esp adalah makanan nutrisi. Ia adalah protein soya yang berkuliti tinggi yang diproses dengan suhu rendah bagi menjaga kualiti protin dalam kacang soya. 1 tin ESP (850g) dihasilkan daripada 30kg kacang soya. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran seperti susu, milo atau buah yang dikisar bersama. ESP baik dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu tinggi. 


Siapa perlu ambil ESP Shaklee?

1. Ibu mengandung – makanan nutrisi yg terbaik,membantu kehamilan dan perkembangan fetus dengan lebih baik

2. Ibu yang menyusu – mengalakkan dan mengekalkan penghasilan susu. Pengambilan esp yang konsisten sepanjang tempoh penyusuan dapat membantu perkembangan fizikal bayi yang lebih sihatPenghidap kencing manis

3. Kanak-kanak 1 tahun ke atas – sangat sesuai untuk tumbesaran yang sempurna 

4. Pelajar/pekerja/individu dewasa/warga emas - penambah tenaga/energy booster

5. Penghidap kencing manis

6. Lelaki dan wanita –  untuk mencegah dari penyakit

7. Orang yang alergik atau alahan

8. Wanita ingin menguruskan badan 



Kebaikan dan Kelebihan ESP

1. Dilengkapi dengan unsur kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya yang tidak bersifat keasidan.

2. Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam 

3. Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan

4. Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit/awet muda kerana protein penting untuk kulit.

5. Meransang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan

6. Memberi ton warna kulit yang sekata

7. Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu 

8. Protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan)

9. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral

10. Rendah lemak, tanpa kolestrol








Perbezaan ESP dengan soya lain

1. Dihasilkan daripada soya non-GMO (selamat dari risiko toksin)
2. mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan
3. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
4. 1tin 850g dihasilkan dari 30kg kcg soya
5. Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone
6. Rendah lemak, tanpa kolestrol
7. Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protin yang tinggi



Selain dibancuh esp juga boleh dijadikan masker dengan membancuh 1 sudu ESP + 2 sudu yogurt. kacau dan tepek pada muka.








Sel badan kita terbetuk dari protein. Seharusnya kita memerlukan protein yang berkualiti bagi pertumbuhan sel baru. Sel yang sihat lebih mudah menyerap zat dan vitamin dan ini secara tidak lansung badan kita sentiasa sihat,cergas dan bertenaga. 


Jika berminat, segera hubungi zana. Percuma konsultasi dan penerangan untuk anda.

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, BANDAR KINRARA, PUTRA PERDANA boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Monday, February 23, 2015

RAMAI JATUH CINTA DENGAN VIVIX SHAKLEE

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,


Hari ini saya nak bercerita mengenai Vivix Shaklee! Apa tu Vivix? Pernah dengar ke? Apa kehebatannya? Jom kita baca untuk mengetahui mengapa ramai jatuh cinta dengan kehebatan dan kebaikan vivix shaklee ni??







Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.


Keistimewaan Vivix Shaklee

Memperbaiki DNA.

Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas)     yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.


Memperbaiki tenaga sel.

Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.


Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.

Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.


Kebaikan Vivix Shaklee

  • Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
  • Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
  • Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
  • Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
  • Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat azhameir
  • Membantu merawat penyakit parkinson
  • Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
  • Meningkatkan kesihatan imum badan
  • Menggalakan kesihatan keseluruhan


Apa kata mereka mengenai Vivix Shaklee?










Jika berminat, segera hubungi zana. Percuma konsultasi dan penerangan untuk anda.

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, BANDAR KINRARA, PUTRA PERDANA boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

KEBAIKAN DAN MANFAAT PERFOMANCE DRINK SHAKLEE

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

Sekarang ni musim panas sangat, orang ramai harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana cuaca kering dan berpanjangan bukan sahaja memberi kesan kepada ekosistem, dan kawasan pertanian tetapi membahayakan kesihatan.

Nak tanya, adakah anda peminat minuman isotonik yang berada di pasaran?


Jika jawapannya YA, itu adalah petanda yang bagus!

Minuman isotonik adalah pembekal tenaga yang pantas dan boleh mengelakkan dehidrasi akibat kekurangan cecair didalam tubuh badan




TAPI

Tahukah anda, kebanyakan minuman isotonik (baca: 95% mungkin) mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi dan berkarbonat?

Benar, itu adalah fakta yang boleh dilihat sendiri di bahagian 'Nutrisi Produk' yang dilabelkan di setiap botol.



APA ALTERNATIF YANG ADA?

Bertukarlah kepada Performance Drink yang dirumus khas oleh Shaklee!








APAKAH PERFORMANCE DRINK??

Performance Drink merupakan minuma isotonik yang ISTIMEWA kerana tidak mempunyai karbonat dan kandungan gula yang sangat minima

Performance Drink membantu mengawal paras bendalir didalam badan kita supaya tidak terlalu kering dan tidak pula terlalu banyak. Menarik bukan?



APAKAH KELEBIHAN PERFORMANCE DRINK??

Sangat banyak jika dibandingkan dengan minuman isotonik biasa. Antara kelebihannya adalah:
  • Bebas gas atau tidak berkarbonat.
  • Kurang kandungan gula (less sugar).
  • Tidak mengandungi lemak
  • Tidak mengandungi bahan tiruan, pewarna atau pengawet tambahan
  • Ibu yang menyusukan anak
  • Mereka yang aktif bersukan
  • Mereka yang berpuasa
  • Individu yang kerap sakit kepala.
  • Individu yang aktif bersukan.
  • Bila rasa nak demam, atau sedang demam.
  • Individu yang kurang minum air.


BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBELI PERFORMANCE DRINK???

Sangat mudah..


Jika berminat, segera hubungi zana. Percuma konsultasi dan penerangan untuk anda.

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, BANDAR KINRARA, PUTRA PERDANA boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)



“KESIHATAN ANDA ADALAH KEBANGGAAN BUAT KAMI”




AMARAN: Performance Drink tidak sesuai untuk bayi dan kanak-kanak di bawah usia 2 tahun!!





Friday, February 13, 2015

SAKIT SENDI HILANG DENGAN ADVANCE JOINT HEALTH TABLET

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Sakit sendi sering menghalang anda untuk gaya hidup yang lebih aktif. Jika sekiranya anda atau orang tua mahupun sesiapa sahaja dalam keluarga anda sering diserang sakit sendi, inilah masanya anda untuk mencuba Advance Joint Health Tablet Shaklee untuk kelegaan segera. Pengambilan Advance Joint Health Tablet dalam dos yang betul dapat menguatkan sendi-sendi supaya terus fleksibel, kuat dan memudahkan pergerakan.

Sendi yang sihat :

tulang rawan;-

  • Bertindak sebagai kusyen, sebagai pelindung terhadap sendi
  • Membenarkan tulang-tulang untuk geluncuran atas satu sama lain
  • Bendalir Sinovia:
  • Sebagai pelincir dalam sendi
  • Memberi khasiat kepada tulang rawan
  • Komponen lain:
  • Tendon ~ struktur berserat yang menghubungkan otot pada struktur tulang
  • Ligamen ~ serat yang fleksibel yang mengikat tulang bersama






Sendi yang tak sihat:

Arthritis:


  • Rheumatoid arthritis(RA)
  • keradangan berlaku apabila bendalir sinovia diserang oleh sel darah putih teraktif,menyebabkan bahan kimia tertentu dilepaskan ke dalam bendalir.
  • minyak-minyak ikan atau herba seperti Boswellia membantu pengidap RA
  • Osteoarthritis(OA)
  • kemerosotan tulang rawan menyebabkan kesakitan apabila tulang-tulang gosok antara satu sama lain.
  • Glukosamina membantu melambatkan kehilangan tulang rawan.
  • Seliuh
  • kecederaan pada sekitar ligament satu sendi.
  • bila ligament diunjurkan terlalu jauh atau koyak,sendi menjadi sakit dan bengkak.
  • Tendinitis
  • keradangan,kegatalan &bengkak pada tendon.
  • tendon hilang keanjalan akibat kecederaan,penggunaan berlebihan atau penuaan.








Simptom-simptom sendi yang tidak sihat:

  • ketegangan
  • lenguh
  • Bengkak
  • kesakitan
  • Berkeriut atau bunyi klik bising
  • Tulang-tulang hilang kalsium & lain-lain mineral
  • Penurunan Kepadatan tulang
  • Spina terdiri daripada tulang-tulang yang dipanggil vertebra. Antara setiap tulang terdapat gel (cakera intervertebral) yang bertindak sebagai kusyen. Batang spina menjadi lebih pendek apabila cakera-cakera beransur-ansur hilang bendalir, menjadi lebih nipis & mampat.
  • Sendi-sendi menjadi lebih keras & kurang fleksibel. Bendalir dalam sendi-sendi mungkin berkurang & tulang rawan mula gosok antara satu sama lain & menyebabkan kesakitan.







Advanced Joint Health Tablet ini memberi manfaat kepada sendi melalui 3 cara:-
  • Menyokong keselesaan sendi (Ekstrak Boswellia) dengan menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayuveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya,. bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.
  • Bertindak sebagai kusyen (Ekstrak jagung) membantu mengekalkan tulang rawan. Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina ialah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia juga ditemui dalam tendon dan ligamen.
  • Memelihara tisu penyambung yang sihat (zink, tembaga, mangan dan vitamin C). Sebagai nutrien pentinng dalam kesihatan sendi, zink, tembaga, mangan  dan vitamin C membekal sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.

Antara testimoni yang telah mencuba AJHT ini:-


1)


2)



Sebotol mengandungi 60biji.

Bulan Februari 2015 ini ada promosi AJHT. Jika anda berminat dan ingin dapatkan vitamin ini pada harga istimewa boleh hubungi zana. Harga istimewa dan penjimatan untuk anda



Beli 1 botol, harga istimewa!

Beli 2 botol, less 5% Lagi best ni!!!!!

Beli 3 botol percuma 1 botol. Baik grab yang ini. 
Berbaloiii Jimatttt Cepatttttt!!!


Jika berminat, segera hubungi zana. Percuma konsultasi dan penerangan untuk anda.

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, BANDAR KINRARA, PUTRA PERDANA boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)




Copyright to Zana vitamin shop
Designed by UMIESUEstudio 2015