Monday, September 14, 2015

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: SUPPLEMENT UNTUK PESAKIT KANSER


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..

Hai..lama rasa nya tak berblog, keinginan hati tu nak tapi mesti ada je yang menghalang. Entry hari ini zana nak cerita sikit pasal penyakit kanser. 


APA ITU KANSER?




Barah adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidak seimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Biasanya, sel ini akan bertambah (replikasi) mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan. Namun ada kalanya sel ini bertambah secara tidak normal menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal atau juga dikenali sebagai tumor.

Tumor boleh dikategorikan sebagai bukan barah (benign) ataupun barah (malignant). Tumor bukan barah tidak merebak ke bahagian tubuh badan atau organ yang lain. Barah pula terdiri daripada sel-sel barah yang sekiranya tidak dirawat boleh merebak ke bahagian tubuh badan yang lain. Sel barah boleh merebak ke organ yang lain menyebabkan komplikasi sistemik. Komplikasi dan kehilangan fungsi multi organ akan menyebabkan kematian.

Apabila sel ini sampai ke bahagian tubuh badan yang lain, ketumbuhan baru boleh terjadi di organ tersebut. Keadaan barah merebak ini adalah dikenali sebagai barah sekunder atau metastasis. Perkataan barah juga boleh digunakan dalam keadaan pertambahan sel yang tidak normal tetapi tidak diikuti dengan ketumbuhan atau tumor. Ini adalah seperti yang berlaku dalam penyakit yang melibatkan sel penghasilan darah iaitu penyakit leukimia.


Suplement yang disarankan bagi mengurangkan simptom- 

simptom pada pesakit kanser ialah:-

Alfalfa - Kanser tidak akan merebak atau membesar dengan melata di dalam tubuh yang tinggi alkalin.  Kebanyakan penduduk Amerika mempunyai badan yang berasid.  Dengan mengamalkan Alfalfa Shaklee setiap hari boleh menjadikan PH tubuh manusia lebih beralkali.  Secara tidak langsung dan perlahan-lahan dan berkemungkinan besar menghentikan penyebaran sel kanser

NutriFeron - Ini adalah produk unik Shaklee kerana ianya meningkatkan interferon semulajadi yang mampu dihasilkan oleh tubuh badan.  Terdapat juga interferon sintetik di pasaran yang terbukti bagus tetapi ada kesan sampingannya, harap sanggup hadapi ye (malah sangatlah mahal).  Nutriferon Shaklee berfungsi untuk menghentikan tumor. Juga punyai testimoni hebat atas kesan nutriferon kepada pesakit Hepatitis C serta 4 penyakit lain. Nutriferon Shaklee bertindak sebagai pelindung sel imunisasi badan.

Carotomax - Kapsul lembut yang mengandungi set karotenoids termasuk beta kerotene, lycopene dan lain-lain.  Tisu membran mukos (lebih kepada tisu pada paru-paru) memerlukan banyak karetonoids.  Carotomax Shaklee mampu menyembuhkan tisu yang rosak.  Ramai pengkaji telah banyak menemukan penyembuhan yang menakjubkan dengan pengambilan carotomax setiap hari ke atas penghidap ulser, tisu rosak di dalam perut dan wanita dengan masalah pre kanser pangkal rahim. 

Vita C - Dengan pengambilan vitamin C Shaklee setiap hari menunjukkan kesan positif dramatik melawan kanser seperti yang dilaporkan oleh Linus Pauling Clinic.  Vita C menstimulasi produksi sel darah putih dan tubuh yang mempunyai lebih kandungan vitamin c mempunyai peluang membentuk semula sel tanpa mutasi.  Bukankah kanser adalah kerana kegagalan imunisasi badan melawan pembiakannya?  

Soy Protein - Menyingkirkan lemak haiwan adalah penting dan menggunakan lemak sayuran yang lebih mudah dihadam serta tiada kesan sampingan antibiotik yang menyumbang kepada penyakit.  Bukankah itu lebih baik serta harus diingat, Protein ESP Shaklee adalah sumber tenaga terbaik dan membantu dalam penghasilan semula sel-sel yang sihat.

Herb Lax - Dadah memberikan kesan tidak elok kepada usus besar mahupun usus kecil kerana ianya memperlahankan proses menyingkirkan bahan buangan sistem badan.  Sedangkan menyingkirkan toksin adalah perkara pertama yang penting dalam apa-apa usaha penyembuhan dan sudah semestinya Herb-Lax Shaklee yang bebas dadah ini, sangat membantu dalam usaha detox. 

Performance Drink - Hidrasi badan amat penting, bayangkan walaupun hanya 1% badan kita (yang sihat tanpa penyakit) dehidrasi boleh memberi kesan kepada keupayaan mental dan tahap kecergasan. Pada waktu kita sedang melawan penyakit, kita mesti kekal hidrasi dan memerlukan air minuman bersih yang sanagat banyak. Dan dengan menambahkan Performance Drink Shaklee ini, kita telah menambah mineral penting dalam usaha penyembuhan penyakit. 

Vivix - Resveratrol Tonik Vivix Shaklee yang memang terbukti memudakan sel-sel tubuh yang juga beerti memberikan impak positif terhadap sel-sel tumor untuk tidak membiak kerana keupayaan sel tubuh memproduksi yang baru serta mengubah DNA dengan melambatkan penuaannya.

Seperti kata orang-orang tua, kesihatan adalah kekayaan kerana apabila kita sihat, pelbagai aktiviti untuk diri sendiri, keluarga, agama, bangsa, atau negara boleh kita lakukan. Jadi utamakanlah kesihatan kita dan keluarga. Peluang dan usaha terbuka luas, tinggal kita yang mengusahakan dan dengan RahmatNYA jua yang menentukan.


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 79 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, GIANT BANDAR KINRARA, TAMAN KINRARA, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE & SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Sunday, September 13, 2015

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: RESEPI AISKRIM GORENG MUDAH


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..

Entry kali ini zana nak share sikit resepi aiskrim goreng mudah je. Tak payah beli kat kedai dah, buat sendiri je..


BAHAN-BAHAN

  • Roti
  • Aiskrim
  • Gelas (sebagai acuan)
  • Minyak untuk menggoreng

CARA-CARA BUAT RESEPI AISKRIM GORENG

  • Letak satu keping roti putih di atas pinggan.
  • Letakkan satu sudu aiskrim di tengah2 roti tadi.
  • Tutup roti & aiskrim tersebut dengan sekeping lagi roti diatasnya.
  • Make sure tekan sikit pada roti supaya ianya rapat dan aiskrim berada ditengah2 roti.
  • Amik gelas, letakkan atas roti & tekan sehingga terputus roti di tepinya
  • Ketepikan tepi kulit lebihan roti dan simpan roti+ aiskrim ke dalam peti sejuk sekurang2nya 2 jam sebelum goreng.
  • Goreng aiskrim goreng dengan menggunakan minyak yang panas & goreng sehingga nampak warna roti kekuningan.
  • **dah nampak kekuningan terus angkat.. jangan biar lama, nanti aiskrim dalam roti cair.
  • Aiskrim goreng siap dimakan



Memang sedap dan ranggup kalau panas2 so apa lagi ditunggu jom kita makan 

Sebarang pertanyaan atau pembelian mengenai SHAKLEE boleh PM inbox zana

Sms/whatsapp: 011-2129 2428
Facebook: zanariah hussin

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: SET PELAJAR CEMERLANG SHAKLEE


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..




Menjadi seorang pelajar memang memerlukan kita untuk sentiasa bertenaga dan sihat bagi memastikan otak yang cergas. Bila otak dah cergas barulah boleh dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Tak dinafikan, dengan pola pemakanan zaman sekarang, pelajar memang perlukan supplemen yang baik untuk pertumbuhan otak yang cergas dan sihat.


SET SHAKLEE UNTUK PELAJAR

OMEGA GUARD

✔ Minyak ikan terbaik dunia
✔ Membantu menguatkan otak dan perkembangan memori kerana mengandungi DHA & EPA
✔ Membantu mencegah insomnia iaitu sukar tidur malam
✔ Omega membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan otak, mudah mengingati dan lebih fokus.


LECITHIN

✔ Mengandungi acethylcholine iaitu neurotransmitter yang memastikan otak menyimpan maklumat dengan efektif


B-COMPLEX

✔ Membantu meredakan stress dan membantu pembelajaran yang lebih baik
✔ Membantu mengurangkan sakit kepala, migrain, letih, mabuk, muntah dan lemah semangat



Pengambilan vitamin yang konsisten akan membantu pelajar dan anak kita lebih  sihat tubuh badan sekaligus mencapai kecemerlangan akademik Insya Allah. Di samping itu banyakkan doa kepada Allah agar anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh yang diredhai Allah di dunia dan juga akhirat. 


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 79 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, GIANT BANDAR KINRARA, TAMAN KINRARA, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE & SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: SET KOMBO ESP SHAKLEE


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..

ESP Shaklee merupakan salah satu supplement HOT yang sangat digemari. Ini kerana khasiatnya yang tidak ternilai, in shaa ALLAH. Bulan ini ada Promosi ESP Shaklee. Beli 6 free 1 anda juga layak mendapat keahlian percuma dan automatik mendapat percuma Sebotol Vitalea Iron Formula. Juga cash bonus pertengahan bulan oktober nanti. Kalau beli 2 tong sahaja pulak uolls akan dapat diskaun 5%. Best Kan?




Oleh itu, beberapa cadangan Set Kombo ESP untuk anda buat pilihan.





1) SET MENYUSU

ESP bersama ALFALFA - membantu masalah penyusuan para ibu. Bagaimana ia membantu? Tentu sekali sebagai pemberi sumber protein utama yang akan menjadi komposisi utama susu badan. Alfalfa membantu sebagai milk booster yang membantu membanyakkan susu.Selain itu,ia juga menganjalkan payudara anda kembali selepas bersalin. Gabungan kedua-dua vitamin ini sudah tentu memberi tenaga segera dan berpanjangan bagi sesetengah ibu yang letih menyusu.

2) SET MIGRAIN

ESP bersama OSTEMATRIX - melegakan masalah migrain. Tahukah anda, antara penyebab migrain adalah disebabkan kekurangan magnesium di dalam badan? Ostematrix adalah supplement yang bersumberkan kalsium dan magnesium. Jadi elok sangatlah penderita migrain ambil set migrain

3) SET GASTRIK

ESP bersama PEPPERMINT GINGER PLUS - Bagi penderita gastrik, anda tentu tahu betapa peritnya apabila sakit menyerang. Ambil ESP sebelum makan dan rasailah perbezaan. Tentu sekali tiada lagi pedih perut. Ditambah pula dengan 2 biji peppermint selepas makan, tentu sekali perut tidak dimasuki angin dan sentiasa nyaman.

4)SET KESUBURAN WANITA

ESP bersama GLA COMPLEX 

Khas buat wanita yang telah lama menunggu kehadiran penyeri rumahtangga. GLA membantu menghasilkan lendiran kesuburan dan ESP membantu perlekatan telur-telur yang dihasilkan. Peluang untuk sperma menuju ke arah telur-telur ini dan bersenyawa menjadi lebih tinggi. Juga bagus untuk wanita yang telah banyak kali keguguran akibat rahim yang lemah.

5) SET BERPANTANG

ESP bersama ZINC

Gabungan yang sangat sesuai untuk ibu-ibu yang lepas bersalin.Zink bagus untuk menghilangkan kesan stretchmarks dan mempercepatkan pembaikan luka bersalin/pembedahan. Gabungan ini dapat menganjalkan perut dan tubuh mengeleber selepas kehamilan Ia juga sesuai untuk ibu yang keguguran rambut selepas bersalin. Protein yang terdapat di dalam ESP membantu menguatkan folikel-folikel rambut yang menghalang daripada putus atau gugur. Dan kekurangan zinc sememangnya antara punca rambut bermasalah

6) SET IBU HAMIL & ANAK BIJAK

ESP bersama OMEGA GUARD 

Gabungan ini bukan sahaja mampu mengurangkan keguguran,malah mengurangkan risiko bayi pra matang,di samping membekalkan kandungan omega, DHA & EPA kepada bayi dalam kandungan. Hasilnya?? Pengambilan fish oil sememangnya digalakkan dan telah sekian lama diamalkan oleh kaum paling bijak di dunia.

7) SET KURUS

ESP bersama LECITHIN

Kebaikan Lecithin Shaklee adalah sebagai pemecah lemak dan ianya sesuai untuk ibu menyusu.Amaran kepada ibu menyusu jangan sembarangan makan produk kuruskan badan,nanti ibu tidak kurus, anak yang kurus dan kadang-kadang kita tidak tahu pun kesan sampingan produk pelangsingan di pasaran untuk jangka masa panjang.Namun, lecithin Shaklee semulajadi,selamat,berkesan dan dipercayai beberapa dekad yang lalu dan bagus untuk ibu menyusu yang mahu kurus.slim,ramping dan langsing.

8) SET TAMBAH BERAT BADAN

ESP bersama MEALSHAKES

Malu kerana kurus kering dan kerap berasakan orang memerhati anda setiap kali iklan orang kurus disiarkan di media elektronik.Pelbagai usaha di lakukan termasuk makan dengan banyak namun hasilnya mengecewakan.Jangan bersedih kerana,anda boleh mengambil set berat badan yang terdiri dari ESP dan juga Meal Shakes.Selain berasa kenyang,protein dan sumber vitamin yang lengkap dapat membina otot supaya berisi dan bukannya gemuk di sebabkan lemak terkumpul dalam badan.

9) SET TENAGA

ESP bersama PERFORMANCE DRINK

Cuba shake kedua minuman ini bersama. Tambah ais maka memang menyegarkan. Bagi anda yang kerap bertugas sehingga lewat malam, pemandu teksi atau pekerja shift, anda wajib ambil kedua minuman ini. Selain menyegarkan, ia juga memberi tenaga segera dan berpanjangan.

10) SET KULIT

ESP bersama VITAMIN E

Membantu masalah kulit yang kusam, eye bag dan lebam bawah mata. Amazingly, bukan hanya kulit wajah yang makin flawless, kulit tumit kaki yang kasar berduri pun boleh licin semula tau.

11) SET IBU HAMIL

ESP bersama VITALEA

Terhasillah supplement superb yang memberi tenaga berpanjangan kepada ibu hamil. Highly recommended kepada ibu hamil yang mempunyai DIABETIS kerana set ini mampu mengawal paras gula, ibu hamil yang ada bacaan HB yang rendah dan ibu hamil yang banyak sangat tanggungjawab sehingga badan merasa letih tak bermaya.

12) SET KEMPISKAN PERUT

ESP bersama HERB LAX

Herblax terbukti dapat mengempiskan perut dan memberikan kepejalan pada perut.Ia bukan sahaja membantu membersihkan usus malah membantu masalah sembelit.Ia juga bagus untuk menyingkirkan toksin dalam usus.


Kenapa ESP SHAKLEE jadi protein soya pilihan ramai?


  • Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi non-GMO (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah.
  • Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
  • Setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.
  • ESP dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.
  • Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur – tua dan muda.
  • Menyediakan 14g protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung.
  • Kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39 menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap diabetes.
  • Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2x ganda daging, 4x ganda telur, dan 12x ganda susu.
  • Ia rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia dan tidak membebankan buah pinggang.
  • Setiap hidangan ESP membekalkan 50% daripada Nilai Harian Kalsium untuk menyokong tulang yang kuat.
  • Mempunyai kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat, payudara dan menapous.
  • Mengekalkan tenaga dalam badan dan menahan rasa lapar kerana ESP membekalkan sumber tenaga berterusan ke dalam salur darah.
  • Tiada perasa, pewarna tiruan, pemanis, kafein, atau bahan tambahan selainnya.
  • ESP sesuai untuk vegetarian.
  • Produk semestinya HALAL


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 79 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, GIANT BANDAR KINRARA, TAMAN KINRARA, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE & SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: SET BUDGETKESUBURAN SHAKLEE


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..





Anak adalah anugerah ALLAH. Cahaya mata adalah harta paling beharga di dunia ini. Kehadirannya menjadi pengikat kasih sayang suami isteri. Namun tidak semua pasangan suami isteri begitu mudah mendapat zuriat. Ada yang cepat dan ada yang bertahun menanti barulah dikurniakan cahaya mata.  

Orang senang bercakap rezeki masing-masing. Tapi berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Pujian harus diberikan kepada mereka yg tidak kenal erti berputus asa. Usaha dan berdoa kepada Allah mesti berterusan.



FUNCA SUSAH MENGANDUNG

  • Kegagalan berovulasi atau kegagalan menghasilkan telur (ovum). Ini berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon.
  • Terdapat halangan dari ovum yang dihasilkan di ovari untuk bergerak ke uterus. Ini biasanya disebabkan oleh endometriosis, cyst, terdapat jangkitan atau ketumbuhan pada bahagian berkenaan (tiub falopio).
  • Penyakit kelamin
  • Penyakit berkaitan masalah pelvik.
  • Merokok
  • Pengambilan kafein yang berlebihan
  • Terlalu kurus atau gemuk.
  • Faktor usia (Tahap kesuburan semakin menurun apabila seorang wanita mencapai umur 35 tahun).

GLA COMPLEX

GLA membantu  seseorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang berwarna putih telur. Jika anda perasan, sebulan sekali kita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakini sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu subur.  

Di sinila fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus terus ke tiub falapio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu sahaja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiup falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak 'kena' hari subur pun masih ada "can" sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5  


Jadi, puan-puan yang masih belum dikurniakan rezeki anak, cuba periksa cecair serviks anda. Kalau cecair tu tebal, kecoklatan dan kering, itu petanda yang kurang baik kerana ia boleh menghalang persenyawaan. Untuk itu adalah penting mengenali 'cecair kesuburan' kita ini. 



ZINC COMPLEX





1) MENINGKATKAN KESIHATAN SEKSUAL DAN TAHAP TESTOSTERON

Zink ni dipanggil "the ultimate sex mineral" kerana  zink mempengaruhi kesuburan lelaki, potensi, nafsu seks dan kesihatan seksual jangka panjang.  Zink adalah penting untuk pengeluaran sperma, dan kebanyakan kebanyakan sebab kenapa jumlah air mani menurun dan paras testosteron rendah adalah kerana bekalan zink rendah.Info menarik, setiap ejakulasi boleh mengeluarkan sehingga 5 miligram zink, atau hampir separuh daripada jumlah keperluan harian manusia. Jadi jika anda sedang planning untuk menambah ahli kelaurga, zink boleh membantu meningkatkan kesuburan anda.


2) MENGUATKAN SEL SPERMA

Jika inginkan zuriat, adalah tidak memadai jika hanya mempunyai nafsu seks yang sihat dan sperma yang sihat dalam jumlah yang mencukupi. Tapi sperma tersebut perlu lah mampu untuk bergerak dengan pantas. Sel sperma perlu kuat dan mempunyai ketahanan yang tinggi untuk berenang ke arah telur untuk menyuburkannya.  Ketahanan dan kekuatan sel sperma yang rendah adalah salah satu punca utama ketidaksuburan lelaki.Kekurangan zink boleh menyebabkan bacaan kekuatan sel sperma (sperm motility) di bawah 50% iaitu peratusan sperma yang bergerak ke hadapan kurang daripada separuh.


3) MENGURANGKAN RISIKO KANSER PROSTAT

Zink memainkan peranan penting dalam mengekalkan dan meningkatkan kesihatan prostat. Baru-baru ini, ahli-ahli sains di Universiti Johns Hopkins dan Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian (cabang penyelidikan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat) mendapati bahawa tisu prostat kanser mengandungi zink yang sangat kurang berbanding daripada tisu organ yang sihat. Walaupun zink terdapat dalam setiap organ, tisu dan sel dalam tubuh manusia, tetapi dalam badan lelaki, prostat mempunyai zink lebih daripada mana-mana tisu lain kecuali tulang. Lelaki yang kurang kandungan zink cenderung untuk mengalami pembesaran prostat (benign prostatic hyperplasia atau BPH) dan prostatis (radang prostat). Mereka juga mempunyai potensi mengidap kanser prostat yang lebih tinggi.


GLA Complex & Zinc Complex adalah supplement yang paling asas dan sangat bagus diamalkan. Semoga dengan entry ini dapat memberi lebih manfaat yang besar kepada yang menantikan cahayamata.

** Jika anda ada budget yang lebih, boleh consume Fullset Kesuburan.


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 79 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, GIANT BANDAR KINRARA, TAMAN KINRARA, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE & SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: SET JEREBU SHAKLEE


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..



Ini telah menjadi masalah negara kita sejak kebelakangan ini. Boleh dikatakan tiap-tiap tahun negara kita mengalami masalah jerebu berikutan daripada tindakan pembakaran terbuka di negara jiran atau pun di negara sendiri. Di Malaysia pun kalau diperhatikan masih ramai juga melakukan pembakaran secara terbuka tetapi rasanya masih lagi ditahap terkawal. Saya nak kongsi info sikit daripada moh.gov.my mengenai Jerebu, jom baca!..


APA ITU JEREBU?

Jerebu adalah satu keadaan di mana kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran partikel di atmosfera yang akan mengurangkan jarak penglihatan. Ia disebabkan oleh campuran kombinasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera. Bahan-bahan utama pencemar udara semasa jerebu  adalah seperti bahan partikel yang berukuran kurang daripada 10mm/m3 diameter, ozon, gas karbon monoksida, gas nitrogen dioksida ataupun sulfur dioksida. Kebiasaannya berlaku apabila terjadinya pembakaran secara terbuka disebabkan bahan-bahan yang kita bakar kemungkinan akan mengeluarkan gas-gas berbahaya ataupun partikel-partikel halus.


APAKAH INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU)

IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-


NILAI IPU STATUS

0 – 50 Baik
51 – 100 Sederhana
101 – 200 Tidak Sihat
201 – 300 Sangat Tidak Sihat
301 – 500 Berbahaya


Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah – langkah pencegahan.

*Jerebu Boleh Mengancam Kesihatan Kita


KEADAAN JEREBU YANG BERTERUSAN AKAN MENDATANGKAN KESAN YANG BURUK KEPADA SEMUA ORANG TERUTAMA GOLONGAN YANG BERISIKO TINGGI IAITU:-

  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Mereka yang mengalami penyakit asma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit paru-paru yang kronik, jantung dan alahan
  • Perokok
  • Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

KESAN-KESAN YANG AKAN DIALAMI SETELAH TERDEDAH SECARA BERTERUSAN KEPADA JEREBU


  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  • Mata terasa pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Terasa sakit dada.


Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

CEGAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU


  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.


ANTARA SUPPLEMENT YANG BOLEH DI AMBIL




Nutriferon - Nutriferon ni dikenali sebagai penggalak sistem imun di mana ianya akan mengaktifkan sistem pertahanan badan kita untuk melawan serangan / jangkitan daripada bakteria. Dengan keadaan jerebu sekarang ni, kita tak tahu apa yang kita sedut ke dalam paru-paru kita. Jadi, kita perlukan sistem pertahanan yang kuat untuk melindungi diri kita terutamanya organ-organ dalaman.


Performance Drink - Pengambilan Performance Drink boleh membantu mengelakkan dehidrasi atau kehilangan mineral daripada tubuh badan. Sangat sesuai dalam keadaan cuaca panas dan berjerebu macam sekarang ni. 



Mealshake membekalkan multivitamin, protein, kalsium dan fiber yang diperlukan untuk tumbesaran yang sihat, bila sel2 badan sihat maka imuniti badan lebih tinggi utk melawan jangkitan. Mealshake boleh diberi pada kanak2 seawal setahun lagi





SET ACE ini mengandungi 3 vitamin yg mempunyai sifat antioksidaan terhadap radikal bebas, radikal2 bebas ini apabila memasuki badan serta merosakkan sel dan DNA dalam tubuh. Antioksidan dapat membantu melindungi sel akibat daripada radikal bebas ini.Set ini juga bertindak untuk meningkatkan lg sistem imniti badan kita


Kesimpulannya, jagalah kesihatan anda walau di mana anda berada, walau dalam apa jua keadaan sekalipun. 


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 79 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, GIANT BANDAR KINRARA, TAMAN KINRARA, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE & SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Sunday, September 6, 2015

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: PROMOSI SHAKLEE SEPTEMBER 2015 - ESP SHAKLEE


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..

Dengar pun sudah panas kan? Siapa yang tidak kenal dengan nama ESP Shaklee ini. Produk yang paling ‘HOT’ di kalangan ramai. ESP Shaklee ini sesuai untuk semua golongan baik budak, remaja, orang dewasa dan warga emas. Jika anda mencari satu supplement untuk kulit, untuk tenaga, untuk hormon, untuk meal replacement, untuk milkbooster, anda hanya perlukan ESP Shaklee.





ENERGIZING SOY PROTEIN
  • Beli 7 canister pada harga 6 canister
  • Beli 2 canister dan dapatkan potongan 5% diskaun


KEISTIMEWAAN ESP Shaklee?

  • Kacang soya yang tidak diubahsuai secara genetik (non-GMO) dan diproses di bawah suhu rendah.
  • Satu tin ESP (1kg) dihasilkan dari 30 kilogram kacang soya.
  • Mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.

Apa akan terjadi sekiranya badan kita kurang protein?


  • Rasa lemah, lesu, tak bermaya..akhirnya menggeletar.
  • Kolesterol tinggi, tekanan darah rendah..jadi pening.
  • Punca ulser perut + ulser usus.
  • Luka lambat sembuh akhirnya berparut.
  • Ganggu penglihatan / lama kelamaan jadi kabur.
  • Antibodi tak kuat. Bila kurang protein, badan tak boleh nak lawan penyakit yang datang. Kurang ketahanan.




SIAPA YANG PERLU AMBIL ESP SHAKLEE?



  • Ibu mengandung – makanan nutrisi yg terbaik,membantu kehamilan dan perkembangan fetus dengan lebih baik 
  • Ibu yang menyusu – mengalakkan dan mengekalkan penghasilan susu. Pengambilan esp yang konsisten sepanjang tempoh penyusuan dapat membantu perkembangan fizikal bayi yang lebih sihatPenghidap kencing manis 
  • Kanak-kanak 1 tahun ke atas – sangat sesuai untuk tumbesaran yang sempurna
  • Pelajar/pekerja/individu dewasa/warga emas - penambah tenaga/energy booster 
  • Penghidap kencing manis 
  • Lelaki dan wanita –  untuk mencegah dari penyakit 
  • Orang yang alergik atau alahan. 
  • Wanita ingin menguruskan badan


KEBAIKAN DAN KELEBIHAN ESP SHAKLEE


  • Dilengkapi dengan unsur kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya yang tidak bersifat keasidan.
  • Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam  
  • Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan 
  • Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit/awet muda kerana protein penting untuk kulit. 
  • Meransang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan  
  • Memberi ton warna kulit yang sekata 
  • Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu 
  • Baik untuk hormon
  • Membantu mengurangkan gastrik
  • Membantu merendahkan paras kolestrol
  • Mencegah osteoporosis 
  • Membantu pembentukan sel-sel baru
  • Mempercepatkan pemulihan luka selepas pembedahan
  • Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
  • Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 79 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, GIANT BANDAR KINRARA, TAMAN KINRARA, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE & SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)
Copyright to Zana vitamin shop
Designed by UMIESUEstudio 2015