Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..
Bawang putih merupakan antara ‘superfood’ yang
mempunyai banyak khasiat. Bukan sahaja bagus untuk kesihatan dalaman, bawang
putih juga banyak digunakan sebagai penjagaan kesihatan dan kecantikkan luaran.
Namun, bukan itu sahaja tau kelebihannya kerana bawang putih ini sangat bagus
untuk merawat bermacam jenis penyakit! Sangat mengagumkan!
PERKONGSIAN KELEBIHAN BAWANG PUTIH
Nak share kebaikan bawang putih dalam
kehidupan kita nie. Tanpa sedar, bawang putih banyak kebaikannya.
1. HIV
Bawang putih terbukti efektif dalam
mengendalikan beberapa jangkitan sekunder yang berkait rapat dengan AIDS.
“Bawang putih dapat menangkal penyebaran HIV 1 dalam tubuh.” Itu apa yang
diperkatakan oleh Duke, iaitu Pengarah Immune Enhancement Project of Porland,
Oregon, Amerika Syarikat. Saranan kepada pesakit HIV positif, perlu memakan
tiga hingga lima ulas bawang putih pada setiap hari.
2. KERACUNAN DARAH
Untuk keracunan darah ataupun terkena gigitan serangga, rendam bahagian
luka dengan air bawang putih serta bahan bahan daripada bawang putih
3.
IBU MENYUSUKAN BAYI
Satu cara bagi menyembuhkan ibu menyusu yang terkena
selesema adalah dengan cara memakan bawang putih. Melalui cara ni,ibu tak perlu
mengambil antibiotik yang mengalir kepada bayi melalui susu ibu. Bukan itu
sahaja, dengan mengamalkan bawang putih ini, anak akan menyusu dengan
lebih lama!
4.
BRONKITIS
Seorang kanak kanak yang menderita penyakit
bronkitis. Doktor memberikan beberapa antibiotik. Namun, tiada apa yang
berlaku. Ibu mula putus asa. Jiran datang memberitahu supaya meletakkan bawang
putih mentah pada tapak kaki anaknya. Resepi ni dilakukan setiap malam. Ia
kemudiannya ditutup dengan pembalut kaki. Selepas dua hari, kanak kanak itu
yang berusia empat tahun, sembuh seperti sedia kala. Subhanallah.
5.
KANSER
Senyawa allium (genus onion-garlic), yang ada pada
Bawang Putih dapat meningkatkan kekebalan tubuh, menjaga supaya karsinogen,
iaitu kemungkinan penyebab kanser tidak dapag masuk ke sel-sel tubuh. Hasil
penyelidikan, bawang putih sama seperti bawang merah, daun bawang dan daun
timah. Ia dapat menurunkan risiko kanser perut dan usus.
6.
KOLESTROL
Terdapat lebih daripada 12 kajian menunjukkan, bawang putih dapat menurunkan kadar kolestrol.
7.
BATUK, SELESEMA DAN HIDUNG TERSUMBAT
Menggabungkan madu, bawang merah, dan bawang putih
maampu menciptakan satu ubat yang efektif untuk hidung tersumbat dalam sistem
pernafasan. Menurut pakar herba, gabungan bahan ni baik untuk sistem
pencernaan, sendi sendi dan hati.
* RESEPI *
Sediakan sup bawang
merah madu dengan cara mendidihkan bawang merah yang dicincang dan dicampurkan
dengan madu, menggunakan api yang kecil. Kemudian tutup periuk selama setengah
jam. Selepas itu, tutup api, dan sejukkan sup selama 10minit. Pada masa
itu,masukkan bawang putih kerana khasiat perubatan bawang putih akan hilang
sekiranya dipanaskan dalam suhu tinggi. Tambahkan enam hingva lapan ulas bawang
putih cincang. Tutup periuk, dan biarkan sekitar 1 jam hingga mencapai suhu
bilik. Ramuan ni kemudian diminum dengan sudu ubat bagi menyembuhkan batuk,
iaitu sebagai antibiotik bagi mengurangkan tindak balas dan lendir. Gunakan dos
yang lebih kecil untuk kanak kanak, bergantung pada berat. Gunakan dos seperti
kanak kanak untuk orang dewasa yang berat 150paun atau satu per tiga berat
manusia dewasa. Ni adalah peraturan berdasarkan pengalaman bagi menyesuaikan
dos orang dewasa kepada kanak kanak sebagai ramuan yang baik untuk mereka.
8. DIABETES
Bawang putih terbukti efektif dalam mengatur kadar
gula darah untuk pelbagai jenis diabetes.
9. TEKANAN DARAH TINGGI, KOLESTROL TINGGI, JANTUNG
DAN SELESEMA
Memakan bawang putih mentah sebanyak dua kali
sehari, membantu bagi menurunkan tekanan darah tinggi dan membaiki peredaran
darah.
*
RESEPI *
Cincang seulas bawang putih dan masukkan ke dalam gelas kecil. Kemudian, masukkan sedikit sahaja air panas. Kacau selama beberapa minit dan masukkan air sejuk secukupnya. Ramuan ni baik untuk sakit tekak, mengubati selesema dab menurunkan darah tinggi dengan cepat. Orang yang mengidap penyakit kanser, perlu minum ramuan ni bagi membersihkan darah mereka.
10.
MIGRAIN
Migrain biasanya jarang berlaku dengan pengambilan
bawang putih. Ni kerana, bawang putih mencairkan dan membersihkan darah.
Berhenti mengambil apa pun makanan yang mengandungi MSG dan aspartame. Langkah
ni penting bagi menghentikan ataupun mengurangkan serangan migrain.
11.
KEHAMILAN
Terdapat penemuan terbaru menyatakan, pengambilan
bawang putih segar ketika hamil dapat mengurangkan risko pra-eklampsia iaitu
kenaikan tekanan darah dan kadar protein dalam urin. Kajian menunjukkan, bawang
putih mampu meningkatkan berat badan bayi yang kecil.
*Semoga segala perkongsian ini dapat dijadikan
panduan kesihatan untuk semua. Tapi, perlu diingatkan bahawa tindakbalas segala
amalan pemakanan kesihatan ini mungkin agak berbeza badi sesetengah individu.
Selamat mencuba!
Boleh juga cuba supplement Shaklee iaitu “Garlic
Complex Shaklee” baca disini untuk tengok Kebaikan Garlic Shaklee
Hubungi saya jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!
Zana adalah Pengedar Sah Shaklee. Jika nak beli apa-apa produk Shaklee, boleh hubungi zana segera. Ready Stock.
Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin
Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.
Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG PERDANA, PUCHONG PRIMA, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, TESCO BUKIT PUCHONG, BANDAR PUTERI PUCHONG, GIANT BANDAR PUTERI, TAMAN WAWASAN PUCHONG, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, DAMAI UTAMA PUCHONG, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4&5, TAMAN KINRARA, TAMAN BUKIT KINRARA, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, LESTARI PERDANA, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!