Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..
Alhamdulilah…setelah
sekian lama tak update blog, hari ini macam terpanggil nak buat 1 entry tentang
Urine Asid. Sebab apa, sebab ada seorang kawan dari satu tempat kerja sedang
alaminya.
Eh…ada
ke yang masih tidak mengenali saya? Saya adalah Pengedar Sah Shaklee sejak
tahun 2014 lagi . Saya buat bisness ini sebagai sambilan sahaja, apa kata orang
macam tambah duit poket. Special COD sekitar Bandar Kinrara dan Seangkatannya.
Ok..Jom
kita mula..
Apa
itu Urine Asid?
Asid
urik adalah bahan buangan yang terhasil dalam badan anda semasa proses
penghadaman (pemecahan) purine yang terdapat secara semula jadi dalam banyak
makanan. Urine Asid biasanya tidak berbahaya pada kesihatan tetapi paras yang
tinggi boleh menyebabkan gout, batu karang, dan kegagalan buah pinggang pada
sesetengah orang.
·
Paras Urine Asid dalam badan di sebabkan oleh:-
- ·
fungsi buah pinggang yang lemah
- ·
kekurangan potasium
- ·
reaksi kepada ubat-ubatan & vitamin
- ·
berdiet untuk menurunkan berat badan anda
·
Selain
dari ubat-ubatan, untuk mengurangkan asid urik di dalam badan anda untuk
kesihatan, cubalah makan beberapa atau semua jenis makanan berikut yang
dikenali dapat membantu dengan sakit gout dan merendahkan tahap Urine Asid.
1. PERASA &
REMPAH.
Cuka
epal cider (Apple Cider Vinegar) berupaya menghancurkan/melarutkan/membubarkan
kristal Urine Asid dengan menukar ph darah kepada keadaan yang lebih alkali.
Tambah
1/3 cawan halia yang telah dikisar dalam tab mandi untuk menggalakkan badan
berpeluh dan membuang Urine Asid dari sistem badan. Ingat untuk bilas selepas
mandi anda untuk mengeluarkan sebarang sisa dari halia untuk melindungi kulit
anda.
2. SAYUR-SAYURAN.
Alfalfa
tinggi dengan mineral dan nutrien lain yang boleh mengurangkan serum Urine Asid
dalam darah. Daun
pasli adalah diuretik yang hebat, ia membantu dalam meningkatkan jumlah air
kencing yang seterusnya menggalakkan penyingkiran Urine Asid.
3. BIJIRIN KECIL.
Dr
Theodore A. Baroody mencadangkan dalam bukunya, “Alkalinize or Die” bahawa
penghidap gout boleh makan bijirin kecil yang beralkali untuk membantu dalam
penyingkiran Urine Asid. Bijirin itu adalah cous cous, amaranth dan millet.
Cuba
dapatkan di kedai-kedai makanan kesihatan, ia boleh disediakan dalam kaedah
yang sama seperti beras dan adalah alternatif yang lazat untuk beras dan pasta.
Boleh juga menggunakan resipi-resipi yang lain.
4. HERBA.
Black
cohosh mengawal keasidan darah dan membantu melarutkan asid urik membuat ia
lebih mudah untuk dihapuskan. Bilberry
tinggi kandungan flavanoids, sejenis pigmen larut air yang terdapat dalam
tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri anti-oksida.
Teh
Buchu (Buchu adalah sejenis tumbuhan dari Western dan Southern Cape Afrika
Selatan) membantu melarutkan dan mengepam keluar kristal asid urik dari sendi
dan buah pinggang serta aliran darah anda.
Devil’s
claw adalah ejen pembersihan semula jadi untuk kekotoran toksik dalam darah.
Ambil 400 mg ekstrak keringnya 3 kali sehari seperti yang diperlukan untuk
kesihatan.
Biji
saderi (Celery seeds) melegakan gout dengan mengeluarkan Urine Asid dari badan.
Biji saderi mengandungi kira-kira 20 agen anti-radang yang berbeza. Dos yang
disyorkan adalah 500 mg, 2 kali sehari.Amaran: Wanita hamil dan orang yang
mempunyai penyakit buah pinggang perlu berhati-hati kerana biji saderi adalah
diuretik yang kuat dan boleh memburukkan lagi penyakit buah pinggang.
5. PRODUK TENUSU
Menurut
1 kajian analisis kesan susu dari lembu, kerbau atau bison, pada tahap Urine
Asid 6 peserta yang sihat. Selepas minum susu, kandungan asid urik air kencing
peserta meningkat sehingga 38% berbanding dengan jumlah mereka keluarkan
selepas minum air. Untuk manfaat kesihatan yang berpotensi sama, susu rendah
lemak boleh juga digunakan selalu. Produk susu rendah lemak, seperti yogurt,
boleh memberi manfaat kesihatan yang sama.
Produk
tenusu, seperti susu, yogurt dan keju kotej (cottage cheese), membekalkan
kalsium dan vitamin D untuk tulang yang kuat dan protein. Menurut laporan yang
disiarkan dalam “Pemakanan dan Penyakit reumatik” pada tahun 2008, produk
tenusu mempunyai “kesan klinikal yang bermakna” dalam mengurangkan Urine Asid.
Oleh kerana susu dan keju biasa tinggi lemak tepu, selalulah pilih versi rendah
lemak.
Produk
tenusu, termasuk susu, keju dan yogurt, boleh membantu mengurangkan paras Urine
Asid dalam badan anda, membawa kepada penurunan risiko untuk gout. Sebagai
cecair, susu/susu rendah lemak boleh membantu badan anda mengepam asid urik
yang berlebihan keluar melalui air kencing. Sasarkan 16-24 oz minum susu setiap
hari.
Makan
bijirin sarapan pagi anda dengan susu rendah lemak dan minum susu rendah lemak
dan bukannya minuman ringan (minuman ringan adalah salah satu penyumbang
peningkatan Urine Asid atau minuman beralkohol untuk manafaat yang tinggi.
6. KEKACANG ATAU
PROTIN TUMBUHAN
Daging
dan makanan laut mengandungi kandungan purine yang tinggi dan boleh
meningkatkan tahap Urine Asid. Menggantikan protein haiwan dengan sumber berasaskan
tumbuhan, di sisi lain boleh menurunkan tahap Urine Asid anda.
Kekacang
yang kaya dengan protein termasuklah kacang soya, lentil, kacang hitam, kacang
dal, kacang kuda dan kacang navy, makanan berasaskan soya, seperti tauhu, susu
soya dan tempe, kacang soya, edamame, tauhu bakar atau kukus, smoothie soya,
kuah dal, sup lentil dan salad chilled bean, “vegetarian chili“, hummus dan
lain-lain adalah sumber tumbuh-tumbuhan yang bernilai untuk menyediakan
sejumlah besar keperluan protein.
Beli
atau sediakan sup dan makanan lain yang rendah garam untuk mencegah pengambilan
natrium yang berlebihan yang dikaitkan dengan pembentukan batu karang.
Sebagai
makanan yang kaya dengan serat, kekacang juga membantu anda menurunkan berat
badan anda, mengurangkan risiko anda untuk gout dan batu karang.
Hadkan
pengambilan daging anda tidak lebih daripada 6 oz. sehari jika anda terdedah
kepada batu karang & Urine Asid yang tinggi. Kekacang adalah semula jadi
rendah lemak, bebas kolesterol, dengan meningkatkan pengambilannya anda boleh
mengurangkan tahap kolesterol anda dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular
anda secara keseluruhan.
7. CECAIR
Cecair/bendalir
menggalakkan penghidratan dan membantu badan anda mengeluarkan asid urik
melalui air kencing. Jika anda terdedah kepada batu karang Urine Asid, minum
sekurang-kurangnya 10 gelas cecair setiap hari, sekurang-kurangnya separuh
daripadanya dalam bentuk air kosong.
Air
kencing berwarna kuning cair atau jernih merupakan tanda positif penghidratan.
Cecair lain yang boleh membantu mengurangkan tahap asid urik termasuklah susu
atau susu non dairy, sup rendah garam, teh herba, susu soya, susu beras,
gelatin dan buah-buahan & sayur-sayuran yang kaya dengan air seperti
tembikai, buah-buahan sitrus, tomato, timun, saderi dan buah-buah jenis beri.
Elakkan
jus kranberi dan jus limau gedang (grapefruit), yang boleh menyumbang kepada
batu asid urik.
8. BIJIRIN PENUH
Bijirin
penuh mengandungi semua bahagian berkhasiat dari bijirin, lebih banyak serat,
protein dan mikronutrien, termasuk magnesium, berbanding bijirin bertapis.
Pengambilan makanan yang kaya dengan magnesium dan rendah kalsium seperti
barli, oat, beras perang dan bran, dalam diet anda untuk mengurangkan risiko
batu karang.
Gantikan
karbohidrat rendah serat, seperti roti putih, pasta dan pretzels dari tepung
berproses, dengan bijirin penuh, yang lebih mengenyangkan, bagus untuk mengawal
jumlah pengambilan makanan (portion intake) dan penurunan berat badan. Apabila
membeli roti, pasta dan bijirin, teliti pembungkusan produk untuk memastikan
bahawa bijirin penuh disenaraikan sebagai bahan utama.
Menurut
laporan “Pemakanan dan Penyakit reumatik”, terdapat kaitan antara obesiti dan
gout; pengurusan berat badan yang sihat boleh membantu tahap Urine Asid yang
lebih rendah.
Bijirin
penuh boleh dihadhamkan dengan lebih baik berbanding bijirin bertapis/berproses
dan mempunyai kesan yang rendah pada tahap gula dalam darah anda dan
melambatkan isyarat lapar, ini membantu anda menguruskan berat badan.
Untuk
hasil terbaik, gantikan roti putih, pasta, cereal dan makanan ringan dengan
makanan bijirin penuh yang belum diproses keseluruhan seperti oat, beras
perang, beras huma, barli dan air-popped popcorn. Kerana makanan yang kaya
dengan serat juga mengenyangkan dan membantu dalam kawalan berat badan anda.
9. BIJIRIN BEBAS YIS
Produk
bijirin yang dicampur yis mengandungi tahap purine yang tinggi. Ia boleh
membawa kepada peningkatan paras asid urik. Bijirin penuh bebas yis seperti
beras perang, beras huma, quinoa, barli dan air-popped popcorn adalah
alternatif yang berkhasiat. Sebagai makanan yang kaya dengan serat, bijirin
juga boleh menggalakkan selera dan kawalan berat badan juga mengurangkan risiko
anda untuk mendapat batu karang dan gout.
10. BUAH-BUAHAN DAN
SAYURAN
Buah-buahan
dan sayur-sayuran kaya dengan antioksidan yang membantu badan anda
mempertahankan dirinya daripada jangkitan dan penyakit, serat dan air. Diet
yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran, malah kacang yang kaya dengan
purin, kobis bunga dan bayam tidak dikaitkan dengan peningkatan risiko gout
meningkat, menurut Johns Hopkins, Medicine.
Buah-buahan
dan sayur-sayuran yang kaya dengan antioksidan, seperti buah beri, ceri,
tomato, bell pepper, tomato dan squash boleh membantu mengurangkan gejala batu
karang.
Oleh
kerana buah-buahan dan sayur-sayuran rendah dalam kandungan tenaga, bermakna
mereka menyediakan kurang kalori bagi setiap hidangan berbanding lemak dan
kanji, ia juga boleh membantu memudahkan proses pengurusan berat badan.
Mengekalkan berat badan yang sihat adalah penting untuk mencegah risiko gout
dan batu karang
.
Elakkan
sayur-sayuran dalam tin yang mengandungi sodium tinggi yang boleh menyumbang
kepada batu karang.
Amalkan
pemakanan yang sihat untuk pengawalan kandungan asid urik penting untuk
kesihatan anda.
ANTARA SUPPLEMENT SHAKLEE YANG MEMBANTU UNTUK
MASALAH INI
Hubungi saya jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!
Zana adalah Pengedar Sah Shaklee. Jika nak beli apa-apa produk Shaklee, boleh hubungi zana segera. Ready Stock.
Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin
Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.
Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG PERDANA, PUCHONG PRIMA, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, TESCO BUKIT PUCHONG, BANDAR PUTERI PUCHONG, GIANT BANDAR PUTERI, TAMAN WAWASAN PUCHONG, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, DAMAI UTAMA PUCHONG, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4&5, TAMAN KINRARA, TAMAN BUKIT KINRARA, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, LESTARI PERDANA, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!