Friday, April 29, 2016

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: AWAS! JIKA ANDA SERING MEMUKUL ANAK


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..



SEBAGAI Ibu Bapa, apakah sikap yang anda mahu ada pada anak, pembengis atau penyayang? Sebenarnya kedua-dua sikap ini bergantung kepada sikap ibu bapa itu sendiri pada anak.

Ini kerana kajian menunjukkan kanak-kanak berumur setahun yang sering dipukul (pukulan atau tamparan seperti menepuk punggung, kaki atau tangan ketika melakukan kesalahan) oleh ibu atau bapa mereka akan menjadikan anak tersebut agresif dan tidak mencapai tahap yang baik ketika menjalani ujian kognitif.

Keadaan tersebut sama sekali berbeza pada kanak-kanak seusia yang hanya dinasihati atau dimarahi secara lisan oleh ibu atau bapa apabila mereka melakukan kesalahan.
Walaupun ibu bapa menganggap 'pukulan kecil' itu tidak mendatangkan mudarat kepada anak-anak, namun kajian mengesahkan pukulan kepada anak sekecil usia setahun mendatangkan kesan negatif kepada pembesaran tubuh dan minda mereka.

"Usia setahun adalah tempoh yang paling penting dalam mewujudkan kualiti hubungan antara ibu bapa dan anak-anak," jelas Lisa J. Berlin, seorang saintis penyelidik di Pusat Kanak-kanak dan Polisi Keluarga di Universiti Duke, Amerika Syarikat.

Tambah Berlin, pukulan kepada anak-anak sekecil usia setahun akan menjadikan mereka kanak-kanak yang agresif seiring penambahan usia mereka.
Hasil kajian Berlin telah diterbitkan pada sebuah jurnal Pembangunan Kanak-Kanak keluaran September/Oktober tahun ini.

Berlin dan kumpulan penyelidiknya merujuk kepada data yang diperoleh dari 2,500 responden yang terdiri daripada bangsa kulit putih dan hitam yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah.



MENGHUKUM DENGAN PUKULAN

Kaji selidik terbabit turut melaporkan tanggapan ibu bapa tentang kerenah anak-anak mereka dan mengapa mereka memilih untuk menghukum anak dengan pukulan.
Berlin juga memilih beberapa pemerhati terlatih untuk melakukan lawatan di rumah responden terbabit bagi merekodkan cara interaksi antara ibu bapa dengan anak-anak yang berusia 1, 2 dan 3 tahun.

Kira-kira satu pertiga ibu kepada anak berusia setahun memberitahu, dalam seminggu mereka pasti akan memukul anak mereka sekurang-kurangnya sekali kerana kesalahan kecil yang dilakukan anak tersebut.

Setelah data dikumpul, Berlin mendapat keputusan bahawa kanak-kanak berusia setahun pasti akan dipukul sebanyak 2.6 kali seminggu, manakala kanak-kanak berusia dua tahun pula tiga kali seminggu.

Kajian tersebut turut menunjukkan kanak-kanak yang dipukul seawal usia setahun menjadi semakin nakal pada usia dua tahun dan apabila menjelang usia tiga tahun mereka tidak menunjukkan perkembangan yang baik terhadap daya pemikiran mereka.
Berlin dan rakan-rakan penyelidiknya juga melihat kepada impak hukuman seperti menengking, menjerit atau membebel dengan bahasa yang kurang sopan terhadap anak-anak.

Dan hasil kajian menunjukkan hukuman 'secara lisan' itu tidak bersangkut paut dengan impak negatif jika ibu tersebut sering memberikan perhatian, kasih sayang dan sokongan kepada anak-anak mereka.
Kajian terdahulu juga melaporkan tabiat memukul anak sering berlaku kepada keluarga berpendapatan rendah.

Kajian tersebut turut menunjukkan bahawa ibu-ibu yang mengadu mereka memiliki anak-anak yang amat cerewet akan terus menghukum anak dengan pukulan sejak anak berusia setahun hinggalah tiga tahun. Tetapi apabila anak yang berusia dua tahun bertindak agresif, si ibu lazimnya mula kurang memukul anak tersebut.
"Mungkin anak-anak yang berusia dua tahun sudah menjadi semakin agresif jadi ibu semakin sukar mengawal sekali gus mereka kurang memukul anak tersebut, tapi itu bukanlah fakta yang kami temui sebenarnya.

"Adat memukul anak ketika mereka buat salah memang telah lama dilakukan oleh generasi terdahulu, tetapi keadaan tersebut semakin berkurangan seiring perubahan zaman.

"Begitu pun memang masih wujud golongan yang mempercayai bahawa pukulan adalah cara yang terbaik mendidik anak kerana mereka juga melalui fasa yang sama ketika kecil, maka sebab itulah tiada salahnya mereka meneruskan tradisi tersebut," ujar Berlin.


SERING DIPUKUL AKAN MENJADI PEMUKUL

Sementara itu, Professor Madya di Jabatan Pembangunan Manusia dan Sains Keluarga di Universiti Texas di Austin, Elizabeth T. Gershoff, berkata, kajian menunjukkan tubuh kanak-kanak yang sedang membesar memang tidak sesuai menerima hukuman pukulan.

"Boleh dikatakan semua kajian berkaitan amalan memukul anak kecil memberikan impak negatif terhadap tumbesaran anak-anak tersebut, ia hanya membuatkan anak-anak tersebut berhadapan dengan masalah kepada kesihatan mental mereka," jelas beliau.

Tambah Gershoff, lebih kerap anak kecil itu dipukul semakin berisiko untuk didera oleh ibu bapa.

"Saya tidak mengatakan setiap ibu bapa yang memukul anak-anak itu mendera namun risikonya tetap ada," ujar Gershoff.

Kanak-kanak secara semula jadinya akan belajar menerusi apa yang mereka alami dan lihat pada persekitaran, jadi mereka juga akan membesar menjadi seorang yang pembengis - HealthDay News.


© Utusan Melayu (M) Bhd 


Zana adalah Pengedar Sah Shaklee. Jika nak beli apa-apa produk Shaklee, boleh hubungi zana segera. Ready Stock. 


Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 


Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, DAMAI UTAMA PUCHONG, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4&5, TAMAN KINRARA, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)


Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!  

Friday, April 22, 2016

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: VIVIX SHAKLEE UNTUK MASALAH BUAH PINGGANG BOCOR @ NEPHTROTIC SYNDROM


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..




Kemungkinan ramai di kalangan kita yang tidak tahu apa itu nephrotic syndrome dan mungkin berminat untuk mengetahuinya. Jom kita sama-sama menambah pengetahuan tentang penyakit ini dari info Dr. Azwan ini.

Nephrotic Syndrome adalah satu penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang. Di dalam buah pinggang yang normal, glomeruli sejenis penapis halus di dalam buah pinggang, berfungsi untuk yang menghalang albumin (sejenis protein) daripada keluar ke dalam air kencing.

Di dalam nephrotic syndrome, glomeruli atau penapis ini telah rosak atau bocor. Ini menyebabkan lebih daripada 3 gram protein terkeluar melalui air kencing di dalam masa 24 jam setiap hari daripada badan. Ini dipanggil PROTEINURIA. Ini menyebabkan badan kehilangan banyak protein.


PENYEBAB

Nephrotic syndrome lebih banyak berlaku di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa. Penyebab kerosakan glomeruli pada pesakit nephrotic syndrome kebanyakannya tidak diketahui (idiopathic). Ada juga disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam darah seperti syphilis, penyakit autoantibodi seperti SLE (Systemic Lupus Erythematosus), penyakit darah sejak lahir seperti sickle cell disease dan Kencing manis.


PATHOPHYSIOLOGY

Pengeluaran protein melalui air kencing atau PROTEINURIA menyebabkan badan akan kehilangan banyak protein dari dalam darah atau HYPOALBUMINEMIA. Kekurangan protein di dalam salur darah menyebabkan AIR keluar dari dalam salur darah ke dalam tisu badan. Ini menyebabkan kebengkakan muka, tangan dan kaki yang dipanggil EDEMA atau bengkak air. Hati juga mula menghasilkan lebih banyak lemak di dalam darah sebagai reaksi kehilangan protein maka terjadilah HYPERLIPIDEMIA atau lemak berlebihan di dalam darah.


GEJALA

Nephrotic syndrome menyebabkan pengidapnya menjadi lemah dan tidak bermaya. Kencing mereka menjadi berbuih-buih. Mata dan muka kelihatan bengkak pada waktu pagi setelah bangun dari tidur dan kaki kelihatan bengkak pada waktu petang akibat berdiri. Perut kembung, sakit perut dan cirit-birit juga boleh berlaku.


DIAGNOSIS

Air Kencing Dipstick - Level protein yang tinggi di dalam air kencing pada satu-satu masa mungkin disebabkan oleh Nephrotic Syndrome
Air Kencing 24 jam - Air kencing dikumpul selama 24 jam untuk mengira jumlah protein secara lebih tepat.

Darah - Nephrotic syndrome menyebabkan protein yang rendah di dalam darah dan Lipid yang tinggi. Kiraan Creatinine atau Urea yang tinggi di dalam darah menunjukkan fungsi buah pinggang mungkin 
terganggu

4. Biopsi - Sedikit sampel tisu buah pinggang diambil untuk menentukan jenis-jenis nephrotic syndrome. Ini sangat penting kerana "Minimal Change Nephrotic Syndrome" boleh diubati dan mempunyai masa depan pemulihan yang sangat cerah.


KOMPLIKASI

Untuk kanak-kanak, penyakit ini boleh membantutkan pembesaran tubuh dan menyebabkan pesakit dimasukkan ke wad hospital sehingga sembuh.
Antibodi badan menjadi lemah. Ini menyebabkan pesakit tadi mudah terkena jangkitan kuman yang boleh membawa maut.

Air yang berkumpul di selaput paru-paru dan tisu badan menjadi tempat pembiakan kuman. Ini menyebabkan jangkitan paru-paru dsbg.

Komplikasi yang menakutkan ialah kegagalan fungsi buah pinggang peringkat akhir atau End Stage Renal Failure (ESRF) di mana buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi.

Darah menjadi pekat kerana air keluar dari salur darah ke tisu berhampiran. Penyakit salur darah seperti salur darah di dalam kaki tersumbat (Deep Vein Thrombosis) boleh berlaku.
Ubat yang diambil iaitu Steroids juga memberi banyak kesan sampingan.

  
PERAWATAN

Pada kebiasaannya, ubat steroid iaitu prednisolone diberikan mengikut berat badan sehingga tiada protein di dalam air kencing. Kemudian, dos ubat ini akan dikurangkan dengan perlahan-lahan.

Sekiranya muka dan badan bengkak air sehingga boleh mengancam nyawa, maka diuretics atau ubat kencing akan diberikan mengikut kes-kes dan berhati-hati.
Protein Albumin akan dimasukkan ke dalam salur darah untuk meningkatkan albumin di dalam darah dan hanya diberikan kecuali di dalam kes-kes tertentu. Pada kebiasaanya ia tidak diberi.

Antibiotic akan diberi sekiranya terdapat jangkitan


DIET - Pengambilan garam perlu dikawal. Jangan mengambil garam berlebihan. Pengambilan air juga hendaklah dikawal mengikut kes terutama mengalami bengkak air (Edema) yang teruk. Walaubagaimanapun air tidak perlu dikawal keterlaluan di dalam kes-kes biasa. Pengambilan kalori dan protein yang baik adalah penting untuk pengidap penyakit nephrotic.

Antara supplement yang boleh diambil untuk masalah buah pinggang bocor @ Nephtrotic Syndrom ialah VIVIX Shaklee. Ia merupakan supplement yang tinggi antioksidan dengan Resveratrol yang terbukti boleh membantu membaikpulih sel-sel dari dalam.


TESTIMONI PENGGUNA










Sekiranya anda atau ahli keluarga anda menghidapi penyakit ini atau yang berkaitan ataupun penyakit kronik lain seperti diabetis, strok, darah tinggi dan kanser. Ikhtiarlah dengan VIVIX. Saya percaya Allah tak turunkan penyakit tanpa penawarnya.

Tugas kita untuk berikhtiar, selebihnya berdoalah dan bertawakal lah kepada Allah.

Sesungguhnya Dia Yang Maha Berkuasa Menyembuhkan.


Zana adalah Pengedar Sah Shaklee. Jika nak beli apa-apa produk Shaklee, boleh hubungi zana segera. Ready Stock. 


Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 


Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, DAMAI UTAMA PUCHONG, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4&5, TAMAN KINRARA, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)


Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!          


Monday, April 18, 2016

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: MENGAPA GASTRIK PERLU DI RAWAT?


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..




Seperti yang kita tahu, kebanyakannya masalah gastrik ini menyerang golongan yang lebih berusia. Hal ini seiiring dengan tubuh mereka mula mengalami proses penuaan dan serba sedikit menjejaskan kesihatan mereka. Namun kini penyakit gastrik kini sudah tidak mengenal usia, latar belakang, mahupun keturunan. Rutin harian yang tidak menghiraukan waktu makan serta pengambilan makanan segera yang tidak berkhasiat menyebabkan golongan muda mula mendapat penyakit ini yang kadang kala ia lebih kronik. Ramai yang menganggap gastrik hanyalah sakit perut biasa tetapi tahukah anda apakah kesan dari penyakit gastrik ini?

Penyakit gastrik merupakan petanda bahawa badan anda menjadi semakin berasid. Ia hanyalah WARNING awal oleh tubuh kita. Ubat-ubatan hanya menipu anda bagi menutup gejala-gejala ini. Masalah gastrik memberi isyarat bahawa sisa-sisa toksin berasid sudah lama bersarang di dalam tubuh anda.

Antara gejala lain yang memberi kesan secara tidak langsung akibat tahap asid yang tinggi dalam badan adalah darah menjadi pekat dan gelap. Toksik yang tinggi di dalam darah akan menyebabkan sel darah melekat sesama sendiri menyebabkan ia menjadi gelap. Keadaan ini menyebabkan pengaliran darah tidak lancar. Kerap merasa letih dan mengantuk. Darah yang berasid akan menjadi lebih pekat menyebabkan pengangkutan oksigen dan nutrient kurang efisyen. 

Apabila otak tidak menerima bekalan oksigen secukupnya, anda akan berasa letih dan mengantuk terutamanya pada waktu petang. Waktu tidur yng lama tidak mampu menyelesaikan masalah ini. Lemah tenaga batin Sama ada lelaki atau wanita, masalah badan berasid akan mengganggu pengaliran darah dan sistem hormone sekaligus menjejaskan nafsu seks anda. Masalah gout dan batu karang Apabila kepekatan asid dalam darah semakin tepu, asid-asid akan membeku dan membentuk Kristal dan berkumpul pada sendi-sendi, di pundi kencing atau di bawah kulit. 

Kencing manis atau Diabetis Kajian menunjukkan mereka yang mempunyai tahap asid yang tinggi mudah mengalami kencing manis jenis 2 (sekunder). Keadaan badan yang berasid merosakkan reseptor-reseptor insulin di permukaan sel (masalah rintangan insulin) Sakit buah pinggang Buah pinggang menjadi semakin lemak ekoran beban yang terpaksa ditanggung untuk memproses sisa dalam badan. Buah pinggang juga perlu bekerja keras untuk menapis ubat-ubatan selain sisa toksik yang ada di dalam tubuh. Sekiranya anda turut merasakan gejala lain yang berkaitan dengan badan berasid seperti di atas,anda harus mula untuk meneutralkan asid dalam badan sekarang juga! Bertindaklah sebelum ancaman asid itu berebak sampai ke buah pinggang dan organ-organ lain dalam badan.

Gastrik bukan sahaja penyakit serangkai tetapi ianya berantai. Oleh itu, rawat penyakit gastrik segera agar penyakit lain tidak menjengah dan mengganggu rutin harian anda. Sayangi diri anda dan insan yang berada dekat di hati anda.


Bagaimana Shaklee Membantu Mengatasi Masalah Gastrik? Tahukah anda, set gastrik Shaklee bukan sahaja membantu mengurangkan keradangan akibat gastritis malah mengurangkan tahap keasidan dalam badan dan memberi pelindungan kepada lapisan dalam perut dari terus terhakis oleh asid hidroklorik. 

Jemput baca selanjutnya tentang Set Gastrik Shaklee..

Zana adalah Pengedar Sah Shaklee. Jika nak beli apa-apa produk Shaklee, boleh hubungi zana segera. Ready Stock. 


Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 


Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, DAMAI UTAMA PUCHONG, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4&5, TAMAN KINRARA, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!          

Friday, April 15, 2016

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: COD HERBAL BLEND MULTI-PURPOSE CREAM DI BANDAR PUTERI PUCHONG


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..

Alhamdulillah, semalam cinta hati saya tolong cod Herbal Blend Cream kepada customer yang kulit dia gatal2 macam eczema katanya. Dah macam-macam cream dia guna masih tak hilang lagi. Jadi dia nak cuba Herbal Blend Cream ini. Mana tau boleh hilangkan!.



Bagi mereka yang tidak tahu, herbal blend cream ini tiada bahan kimia / tiada Paraben, dirumus daripada ekstrak tulen herba semula jadi yang sungguh menyegarkan termasuk sej, horse chestnut, yarrow dan rosemary, krim yang melegakan dan selamat semulajadi untuk semua peringkat umur.



Ok, Jom tengok Apa KELEBIHAN Herbal Blend Cream Shaklee:-


KELEBIHAN HERBAL CREAM SHAKLEE


 ·                     Melembutkan kulit yang kasar (di kawasan lutut dan tapak kaki/ tangan)
·                     Membaiki kulit-kulit pecah ( tumit kaki )
·                     Menyelesaikan masalah gatal-gatal kulit
·                     Membantu menghilangkan parut termasuk demam campak & chicken pox                     (selepas mandi dengan Basic H Shaklee -guna bersama-sama )
·                     Menghilangkan ruam padi bayi ( melecet celah kangkang, leher ,pelipat kaki )
·                     Menghilangkan ruam susu pada muka
·                     Sebagai losyen bagi kegunaan harian
·                     Baik untuk demam ( disapu di seluruh badan dan setengah jam akan berpeluh               bermakna badan sedang respons pada krim tersebut bagi mengeluarkan haba                 berlebihan dalam badan).
·                    Membuang angin pada perut bagi memberi keselesaan pada perut anda

Zana adalah Pengedar Sah Shaklee. Jika nak beli apa-apa produk Shaklee, boleh hubungi zana segera. Ready Stock. 


Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 


Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, DAMAI UTAMA PUCHONG, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4&5, TAMAN KINRARA, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!          

Monday, April 4, 2016

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: PROMOSI APRIL SHAKLEE 2016 – OMEGA GUARD & SUSTAINED RELEASE VITAMIN C


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..

Shaklee Malaysia menghangatkan lagi promosi Shaklee bulanan dengan menampilkan produk yang di sukai ramai iaitu Omega Guard dan Sustained Release Vita-C Plus. Kedua-dua supplement ini sangat ramai yang mengamalkannya. Selain itu Promosi Shaklee April 2016 di hangatkan lagi lagi dengan menggabungkan Set YES WELLNESS PACK dan VITA-LEA FOR CHILDREN.

Sebagaimana sedia maklum, OmegaGuard dan Vita-C Plus adalah vitamin keluarga yang diamalkan oleh kanak-kanak (juga bayi dalam kandungan dan menyusu badan) yang disalurkan melalui pemakanan ibu dan susu ibu hinggalah kepada golongan dewasa dan  warga emas. Ini menjadikan promosi Shaklee April 2016 sebagai promosi bulan kesihatan seisi keluarga.


Pembelian supplement Shaklee melalui harga promosi sudah tentu menjimatkan dan peluang terbaik untuk mendapatkannya dalam jumlah yang lebih besar. Apakah akan berlaku kerugian dengan pembelian yang banyak seperti vitamin lambat habis dan tarikh luput semakin hampir? Jawapannya TIDAK! Ini kerana OmegaGuard telah mengeluarkan stok baharu dan Vita-C Plus pula akan luput pada tahun 2017. Pembelian dalam kuantiti yang banyak juga untuk perkongsian seisi keluarga. Jadi ia amat berbaloi dengan promosi yang diadakan untuk mendapatkan dalam jumlah yang besar.

 Promosi OMEGA GUARD Shaklee


Terkenal dengan jolokan sebagai 'minyak ikan terbaik di dunia', Shaklee buat julung kali pada tahun 2016 mempersembahkan produk 'sakti' OmegaGuard untuk berdiri sebaris dengan produk lain. Pilihan minyak ikan terbaik adalah keluaran dari Shaklee.

Beli 6 percuma 1
Beli 2 jimat 5%



Manfaat ringkas Shaklee OMEGA GUARD 

  • Mencegah kanser
  • Mencegah pembekuan darah
  • Mengawal kadar kolestrol berlebihan
  • Baik untuk pesakit jantung
  • Menghindar tekanan perasaan
  • Mencegah penyakit darah tinggi



Promosi Sustained Release Vita-C Plus Shaklee



Kelebihan utama vitamin C Shaklee adalah ianya sudah diformulasi dalam bentuk ‘sustained release’. Ini bermaksud kandungan vitamin C di dalam tablet ini ini akan dilepaskan ke dalam badan secara berperingkat-peringkat. Ini kerana vitamin C merupakan vitamin larut air. Jika terdapat lebihan vitamin C dalam satu-satu masa, badan kita akan bertindak untuk mengeluarkan lebihan ini melalui air kencing. Jadi, dengan formulasi ‘sustained release’ ini, kandungan vitamin C dalam badan dapat dikekalkan secara berterusan. Ia tidak musnah dalam masa singkat sebagaimana sesetengah vitamin C lain di pasaran.

Selain itu, satu biji Vita-C ini juga mampu membekalkan khasiat yang sama seperti memakan 7 biji buah oren beserta dengan kulitnya. Sudah pasti kita tidak mampu untuk memakan buah limau sebanyak ini setiap hari, kan? Vitamin C Shaklee juga mengandungi bioflavonoids untuk meningkatkan keberkesan vitamin C itu sendiri.

Beli 6 percuma 1
Beli 2 jimat 5%


Manfaat ringkas Shaklee Sustained Release Vita-C Plus :

  • Meningkatkan imunisasi badan
  • Mengurangkan kesan demam
  • Melembapkan kulit
  • Menukar tisu rosak dan penyembuhan luka
  • Membantu mengurangkan jerawat
  • Membantu penghasilan kolagen dalam badan


Promosi Vita-Lea for Children Shaklee


Pengambilan  Vitalea Chewable dapat membantu membekalkan 19 Vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh seorang kanak-kanak untuk membesar. Selain itu pembinaan kalsium dalam tulang menjadi kuat dan sihat. Ia juga membantu kecergasan kanak-kanak dalam pelbagai aktiviti harian agar tidak mudah letih.


Beli 3 percuma 1


Manfaat Vita-Lea for Children :

  • Menyediakan 19 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan untuk tumbesaran
  • Membekalkan kalsium untuk tulang, otak dan gigi 
  • Meningkatkan tahap daya tahan melawan penyakit 
  • Lengkap dengan vitamin B untuk fungsi tubuh yang betul
  • Menyediakan 150% nilai harian Vitamin D untuk menyerap kalsium dengan berkesan
  • Mengandungi 100% nilai harian Vitamin C yang diperlukan 
  • Multivitamin yang kaya dengan antioksidan untuk kulit yang cantik 
  • Sesuai untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas
  • Rasa yang sedap dan memang digemari kank-kanak

Zana adalah Pengedar Sah Shaklee. Jika nak beli apa-apa produk Shaklee, boleh hubungi zana segera. Ready Stock. 


Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 


Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, DAMAI UTAMA PUCHONG, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4&5, TAMAN KINRARA, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Copyright to Zana vitamin shop
Designed by UMIESUEstudio 2015