Friday, November 27, 2015

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: MAKAN VITAMIN TAPI TIADA KESAN?


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..




Situasi 1: “Saya dah amalkan lebih kurang seminggu tapi tak ada rasa apa-apa kesan pun”

Situasi 2: ” Sejak saya ambil dalam beberapa hari ni, jerawat makin menjadi-jadi keluar. Dulu tak macam ni pun. Kenapa? Saya tak serasi dengan supplement Shaklee ke?”

Mesti ramai yang pernah alami situasi macam ni kan? Jadi kenapa dan mengapa?

Lumrah manusia ni suka mengubati dari mencegah. Jadi kebiasaannya kita akan mula amalkan supplement bila badan dah sakit. Bagi ibu menyusu khususnya pula bila susu dah drop atau hampir kering. Jadi kita memang suka mengubat kan?

Makanya bila kita amalkan vitamin Shaklee, kita mahukan kesan yang cepat. Ayat paling lazim saya terima dari customer adalah

“Kalau saya makan ni, berapa lama boleh nampak kesan?”

Jadi suka saya nak ingatkan sistem badan kita berbeza. Makan cepat atau lambat kesannya juga sangat bergantung pada badan masing-masing.

Jika anda sudah mengamalkan mana-mana supplement Shaklee tapi belum nampak kesannya, apa yang anda perlu tahu adalah supplement Shaklee bertindak membaiki sel badan kita dari dalam. Ia kena tutup dulu lompang-lompang rosak dalam badan kita barulah badan boleh rasa kesan positifnya. Cuba anda bayangkan lubang atas jalan. Lagi besar lubang maka lagi banyak masa dan lagi banyak tar diperlukan untuk tutup lubang tu kan?

Begitu juga dengan badan kita. Bila anda sakit bermakna ada lompang nutrisi dalam badan anda. Jadi bila dah sakit baru nak amalkan supplement Shaklee haruslah beri masa untuk supplement tutup lompang dalam badan anda itu. Sebab itu ada orang cepat nampak kesan dan ada orang yang lambat. Siapa lompang kecil cepatlah lompangnya diturap maka cepatlah nampak kesan. Siapa lompang besar faham-faham je lah kan.. pastinya ambil masa. Sama juga dengan ibu menyusu yang amalkan supplement Shaklee sebagai milk-booster.

Dan paling utama, pastikan anda amalkan pengambilan supplement mengikut panduan pemakanan yang betul yang diberikan oleh pengedar anda. Itu sangat penting. Makan suka hati memang tak nampak kesan sebab anda tak akan tahu kalau ada yang tak boleh dicampur dan apa waktu makan terbaik kan? Jadi patuhilah panduan yang pengedar anda berikan.

Menjawab kepada situasi 2 pula, keadaan itu kita namakan Healing Crisis. Proses healing crisis ini sedikit unik sebab bukan semua orang akan alami. Tapi proses ini adalah 100% semulajadi dan lazim akan berlaku apabila kita memulakan proses rawatan secara semulajadi.

Supplement Shaklee kan 100% semulajadi. Makan tak hairanlah ada orang yang akan kena healing crisis ni. Apabila kita makan supplement untuk merawat dari dalam, badan kita menyingkirkan toksin dari sel-sel badan ke dalam system badan untuk dikumuh keluar. Ini adalah sebahagian dari proses rawatan.

Tetapi healing crisis akan berlaku apabila terlalu banyak toksin yang perlu disingkirkan dan sistem badan tak mampu singkirkan dengan cepat. Maka toksin itu akan terperangkap menyebabkan timbulnya kesan sampingan lain.

Sebab itulah ada yang rasa loya, pening kepala, penat, keluar jerawat, sakit badan, sakit urat, cirit birit dan macam-macam lagi bergantung pada badan individu. Itu semua disebabkan toksin yang terkumpul di bahagian tertentu dalam badan.

Jadi macam mana nak elakkan?


  1. Minum banyak air kosong. Air kosong penting untuk melancarkan sistem peredarah darah dan limfa supaya toksin tidak tersekat di mana-mana bahagian badan dan terus ke organ perkumuhan. Lagi banyak air lagi cair toksin lagi kurang healing crisis.
  2. Banyak bergerak untuk melancarkan sistem peredaran darah dan limfa supaya toksin bergerak lancar ke organ perkumuhan.
  3. Amalkan diet tinggi protein dan serat. Elakkan gula dan makanan ringan.


Healing crisis adalah semulajadi. Dan pengalaman saya orang yang ambil produk skin care untuk kulit berjerawat itulah golongan paling senang kena healing crisis sebab terlalu banyak toksin dalam badan. Tapi kebanyakan orang juga suka tukar dan campur adukkan supplement sebab nak kesan cepat. Sedangkan jika disiplin teruskan pasti nampak kesannya bila healing crisis mula reda.

Sedikit tips untuk anda
  1. Jangan terburu-terburu nak lihat kesannya dalam masa satu hari!
  2. Beri masa pada tubuh anda 3-6 bulan untuk sel dibaikpulih sebelum dapat rasakan keberkesanannya
  3. Ikuti peraturan dalam pengambilan suplemen dan jaga pengambilan air kosong minimum 3L sehari
  4. Jangan mudah percaya dengan janji BERKESAN DALAM MASA 14 HARI!


Sebarang pertanyaan atau pembelian mengenai SHAKLEE boleh PM inbox zana

Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4,5,6, TAMAN KINRARA, DAMAI UTAMA PUCHONG, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)


Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!!

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: RAHSIA AWET MUDA


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..




Cantik… Perkataan yang biasa kita dengar dan amat sinonim dengan kaum wanita. Ya lah, perempuan mana tak mahu cantik kan. Tapi dalam kesibukan harian kadang kala kita tiada masa untuk memanjakan diri sendiri. Sedar-sedar je muka dah bekedut dan kusam, “eye bag” dah makin besar bawah mata tu dan garis2 kedut pun dah mula naik kan. Kadang2 ada yang umur baru nak masuk 30 tahun tapi muka dah macam orang umur 40 tahun. Mahukah anda menjadi tua sebelum usia?

Pastinyak tak mahu kan suami kita cari lain. Tahukah anda bagaimana anda boleh tua sebelum usia? Pernahkah anda dengar perkataan kolagen?

Kolagen adalah sejenis protein yang menyumbang kepada kulit yang sihat dan cantik. Tetapi semakin meningkat usia, kolagen dalam badan akan semakin berkurangan. Makin kurang kolagen maka tak sihat dan tak cantiklah kulit kita. Kurangnya kolagen menyebabkan tanda2 penuaan seperti:-


  • Kulit dah mula melayut dan kendur sana sini
  • Kulit kering dan berkedut
  • Kulit kurang anjal
  • Payudara melayut dan tidak tegang
  • Kulit kusam
  • Rambut halus dan gugur
  • Kuku rapuh dan mudah patah
  • Pigmentasi


Tidak kira lelaki atau wanita, semua orang akan mengalami kemerosotan kolagen ini dan munculnya tanda-tanda penuaan. Tetapi bagi wanita itu semestinya mimpi ngeri kan. Cara untuk mengatasinya mudah sahaja iaitu dengan mengambil kolagen tambahan kerana tahap kolagen yang sihat menyerlahkan rupa dan susuk tubuh yang awet muda.

Sejak kebelakangan ini, memang banyak produk kolagen di pasaran tidak kira untuk minum mahupun untuk pakai luaran. Tetapi apa yang anda perlu tahu, size molekul kolagen besar dan tidak boleh meresap melalui kulit. Sebab itulah kolagen yang dipakai luaran kurang berkesan. Yang terbaik adalah kolagen yang diminum dan tahukah anda apa produk kolagen terbaik di pasaran?


Kenapa mesti Collagen powder Shaklee?

  • Mengandungi 400mg proprietari RSS collagen
  • Kolagen nya adalah tulen, berkualiti tinggi dan diektrak dari sisik ikan merah (ikan merah adalah sumber collagen terbaik kerana daya ketahanannya)
  • Molekulnya ringan untuk memudahkan diserap oleh badan bagi kesan yang cepat dan hebat
  • Mengandungi 7 bahan tambahan termasuk Vit B dan C yang menyokong kecantikan dalaman dan luaran anda


Nak tau lebih lanjut jom tengok KEISTIMEWAAN COLLAGEN POWDER SHAKLEE


Sebarang pertanyaan atau pembelian mengenai SHAKLEE boleh PM inbox zana

Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4,5,6, TAMAN KINRARA, DAMAI UTAMA PUCHONG, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)


Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!!

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: ESP SHAKLEE MEMUDARATKAN KESIHATAN?


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..


Sebenarnya dah lama isu ni timbul semenjak ramai yang rajin share dan posting artikel tentang keburukan soya atau  soya bahaya pada kesihatan. Sampaikan ESP Shaklee pun kena condemn juga.So yang mana masih ragu-ragu apa kata baca dulu ya.. Artikel ni memang panjang sikit tapi sebab nak jelaskan isu yang hot ni memang tak boleh nak buat pendek-pendek. So kalau betul-betul nak tahu bacalah ya…

Memandangkan memang ramai blogger mahupun researchers dalam dan luar negara yang mengupas isu soya bahaya pada kesihatan, jadi rasanya tak perlu lah saya nak listkan satu per satu. Google je pun memang bersepah artikel di blog/website yang senaraikan satu per satu keburukan soya ni.

Cuma saya hairan hampir kesemua artikel hanya menyebut perkataan soya sedangkan ada 2 jenis soya di dunia ni iaitu GMO soya dan non-GMO soya (pendirian peribadi saya organic soya termasuk dalam non-GMO soya). Jadi saya hairan kenapa tiada orang yang mengupas isu 2 jenis soya ini.

Apa beza GMO dengan Non-GMO?

Kepada yang belum tahu GMO adalah singkatan kepada Genetically Modified Organisms. Ia bermaksud organisma (baik haiwan mahupun tumbuhan) yang sudah diubah kandungan genetiknya oleh manusia. Tahukah anda hampir kesemua produk makanan yang kita ambil seharian sebenarnya adalah produk GMO? Kenapa?

Sebab kita perlukan makanan lebih banyak dari yang pasaran sedia ada mampu bekalkan. Jadi pakar-pakar industri pemakanan terpaksa ubah genetik tumbuhan/haiwan supaya tanaman cepat masak, buah lebih besar, kandungan minyak lebih banyak, haiwan cepat matang dan macam-macam lagi. Jadi takde lah nak berlaku krisis kekurangan makanan.

Maka soya juga tidak terkecuali. Malah pada tahun 1999, satu kajian membuktikan pengambilan soya boleh mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung. Maka semenjak itu, permintaan soya melanjuk naik lebih dari yang mampu dibekalkan oleh pengusaha soya. Maka disebabkan permintaannya yang tinggi dalam industri makanan, minyak, farmaseutikal dan sebagainya, 96% soya di dunia adalah soya GMO. Boleh dikatakan semua produk soya yang anda ambil seharian adalah soya GMO kecuali anda memang beli soya yang bertanda ‘Organik’ atau ‘Non-GMO’.  Non-GMO ini bermaksud ‘Non-Genetically Modified Organisms’ di mana kandungan genetiknya tidak pernah diubah oleh manusia.

Kenapa saya bercerita pasal GMO dan non-GMO ni? Anda kena faham perbezaan dua jenis soya ni barulah boleh terima akal apa yang saya nak ceritakan seterusnya. Jadi setelah saya menjelajah dari website ke website, saya setuju yang soya memang boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan badan jika

  1. Produk soya yang dimakan seharian itu adalah GMO soya
  2. Produk soya GMO dimakan dalam kuantiti yang terlalu banyak setiap hari
 
Untuk point 1, disebabkan majoriti besar soya adalah GMO dan tak mustahil apabila kita sudah ubah genetiknya, akan berlaku kesan sampingan pada tubuh kita. Ya lah, dah kita ubah kejadian Allah mestilah ada kesannya kan? Tapi menurut kajian pakar juga, peluang untuk berlakunya perpindahan DNA dari soya GMO ke tubuh manusia yang boleh menyebabkan soya bahaya pada kesihatan adalah sangat rendah dan hampir tiada. Itu kata pakar lah ya di mana anda boleh rujuk sendiri di Genetically Modified Soybean.

Tentang point ke-2 pula, sedangkan Islam sendiri pun menyuruh umatnya bersederhana dalam pemakanan. Setahu saya apa sahaja makanan pun kalau diambil berlebihan sememangnya akan memudaratkan badan kita. Jadi kalau ada yang memang makan bergelen-gelen soya GMO setiap hari, memang logik lah anda berisiko tinggi mendapat penyakit-penyakit yang dikaitan dengan soya tu. Tapi ada ke orang makan atau minum soya bergelen-gelen setiap hari? Rasanya tak ada kot.. kan????

 Benarkah soya melemahkan kejantanan lelaki?

Ada yang berpendapat soya membekalkan phyto-estrogen di mana ia boleh melemahkan kejantanan lelaki (dalam erti kata lain lelaki jadi pondan). Jadi ramailah ibu hamil yang takut nak minum sebab takut nanti keluar baby boy jadi lembik.  Phyto-estrogen adalah sejenis komponen daripada tumbuhan yang seakan-akan hormon estrogen dalam tubuh manusia. Jadi anti-soya berpendapat pengambilan soya akan menyebabkan lambakan phyto-estrogen dalam badan. Bila estrogen tinggi, maka hormon perempuan lebih tinggi menyebabkan lelaki jadi lembut a.k.a pondan.

Tetapi ia sentiasa patah balik pada kuantiti. Jika anda ahli bina badan (body builder) sememangnya anda perlu kurangkan produk soya atau sebarang produk yang boleh bekalkan phyto-estrogen kerana ia boleh mengganggu hormon maskulin yang anda perlukan. Malah ramai body builder berpendapat ia menggangu otot. Tapi jika anda lelaki biasa yang cuma minum soya pada kadar sederhana rasanya takde lah sampai jadi lelaki lembut. Begitu juga untuk ibu hamil. Apa-apa pun pilih soya non-GMO dan ambil kuantiti pada sederhana.

Dan apa yang anda perlu tahu juga, pengambilan phyto-estrogen dalam kuantiti sederhana bermanfaat besar dalam mengurangkan risiko kanser terutama kanser payudara, sakit jantung, diabetes, strok, obesity dan banyak penyakit lain. Jadi takde lah soya ni bahaya pada kesihatan 100% kan? Boleh rujuk kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.

Soya mengganggu sistem pembiakan lelaki dan wanita?

Isu ini timbul disebabkan kandungan phyto-estrogen di dalam soya. Memandangkan phyto-estrogen adalah komponen dari tumbuhan yang serupa dengan estrogen (estrogen-like compounds), maka phyto-estrogen akan melekat pada reseptor estrogen dalam tubuh manusia. Jadi ini menghalang estrogen yang sebenar untuk melekat bagi menjalankan fungsinya dalam tubuh manusia. Isu ini sebenarnya 50-50 (ada betul dan ada salah).

Menurut pembacaan saya pada lelaki, risikonya tinggi jika soya yang diambil adalah soya GMO dan diambil pada kadar berlebihan. Pada wanita pula ia bergantung kepada banyak faktor. Ada kajian menunjukkan pengambilan soya (pendapat saya soya biasa yang GMO) pada kadar tinggi dari usia kecil boleh mengganggu. Tetapi pada wanita yang sudah dewasa ia sebenarnya membantu melambatkan menopouse dan osteoporosis. Tapi seperti biasa mestilah dalam kadar sederhana dan ambillah soya non-GMO untuk lebih selamat kan. Boleh rujuk kupasan kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.

Soya menyebabkan kanser?

Ini juga disebabkan kandungan phyto-estrogen di dalamnya. Dan ini juga 50-50. Berdasarkan kajian pendedahan pada phyto-estrogen dalam kadar yang tinggi dan berterusan boleh meningkatkan risiko kanser terutama kanser payudara. Tetapi kajian juga menunjukkan pengambilan soya dalam diet harian berupaya mengurangkan risiko kanser. Ini juga selari dengan banyak kajian yang dilakukan di kalangan orang Asia yang rata-rata mengamalkan produk soya dalam diet harian. Jadi pendapat saya seperti biasa berbalik kepada apa yang Islam suruh. Bersederhana dalam apa jua yang kita ambil. Dan paling penting pastikan soya itu non-GMO. Sememangnya banyak kajian menunjukkan phyto-estrogen berupaya mengurangkan risiko kanser terutama kanser payudara. Boleh rujuk kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.

Soya mengandungi heavy metal toxic, natural toxin, gaitrogen dan bahan kimia lain yang bahaya pada kesihatan?

Ya, yang ini saya setuju sangat soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk mengamalkan produk soya GMO. Yang memang dah diubah genetiknya, dan diberi pelbagai bahan kimia lain supaya cepat masak, saiz lebih besar, lebih banyak minyak dan sebagainya. Dan ya, saya juga setuju soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk mengamalkan produk soya GMO yang diproses seperti kebiasaan iaitu menggunakan alkohol dan mudah dicemari dengan bahan kimia lain. Jadi isu ini boleh dielakkan jika anda pilih produk soya non-GMO yang diproses tanpa alkohol dan bahan kimia.

Soya bahaya pada kanak-kanak?

Memang ada yang timbulkan isu ni dan melalui pembacaan saya, pemberian susu formula berasaskan soya secara berterusan pada bayi sememangnya mendatangkan kesan sampingan pada kesihatan anak. Menjadi trend semasa untuk berikan bayi susu formula berasaskan soya kerana dikatakan susu dari susu lembu tinggi lemak, gula dan sebagainya. Tapi sebenarnya tidak ada beza pun. Nak yang terbaik? Berilah anak anda susu ibu kan… Menurut kajian, antara kesan sampingan yang timbul adalah tempoh haid dan senggugut yang lebih panjang dan berisiko tinggi untuk menghidap ‘uterine fibroid’ (fibroid di uterus). Boleh rujuk ulasan kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens. Tapi kalau sekadar beri soya sebagai sebahagian dari diet harian, tak sama macam beri susu formula kan?? Jadi pada saya soya bahaya pada kesihatan kanak-kanak jika diambil pada kuantiti sederhana dan amalkan non-GMO soya.

Jadi harap sedikit sebanyak terjawab isu soya ni? Tidak perlulah nak ditakutkan sangat dengan soya. Walaupun saya setuju point ramai orang yang mendakwa ia dakyah Yahudi gembar gemburkan kehebatan soya ni, tapi pada saya sebagai salah satu tumbuhan yang diciptakan Allah, ia ada khasiatnya pada tubuh manusia. Tapi saya juga setuju, ada jenis kacang soya bahaya pada kesihatan. Cuma kalau nak 100% selamat pilihlah soya non-GMO dan ambillah dalam kuantiti sederhana. Betul tak tuan-tuan dan puan-puan??? Tapi ini cuma pendapat peribadi saya berdasarkan kajian dan pembacaan saya.

ESP Shaklee Tidak Selamat Ke?????

Sekarang isu  ESP Shaklee pula? Ya lah dah orang kecoh soya ni tak bagus kan, dan memandangkan ESP Shaklee ni diekstrak dari kacang soya maka lumpurnya pun terpalitlah sekali. Apa yang anda perlu tahu adalah  ESP Shaklee hanya diekstrak dari kacang soya non-GMO. Ingat lagi kan apa beza GMO dengan non-GMO? Yang mana baik dan yang mana buruk?

Malah kacang soya non-GMO yang digunakan oleh Shaklee telah melalui progam Identity Preserved Program (IPP). Melalui program IPP ni, Shaklee memastikan kacang soyanya adalah yang semulajadi dan bebas dari perubahan genetik. Contohnya, jika ia perlukan 9 bulan untuk matang sebelum dituai maka 9 bulanlah masa yang Shaklee peruntukkan. Ia tidak akan diberi apa-apa bahan kimia untuk mempercepatkan kematangannya. Jadi proses penanaman soya untuk Shaklee adalah secara semulajadi dan tiada any intervention ya.

Dan apa lagi yang bezanya ESP Shaklee dengan produk soya lain?

Apa yang anda perlu tahu kebiasaannya produk soya akan diproses menggunakan alkohol yang bukan sahaja memusnahkan kandungan isoflavene yang bermanfaat pada kesihatan kita malah boleh menyebabkan pencemaran dari bahan-bahan kimia yang digunakan.

Tapi tidak dengan  ESP Shaklee ya.

Kacang soya yang digunakan dalam penghasilan  ESP Shaklee dicuci dengan air untuk memastikan kandungan isoflavene dan daidzin di dalamnya yang penting untuk kesihatan terpelihara. Pada yang belum tahu isoflavene adalah antara komponen penting dalam pencegahan kanser.

Dan tahukah anda pengambilan ESP Shaklee hanya disarankan 3 sudu besar sehari. Kenapa? Supaya ia tidak membebankan ginjal kita untuk memproses. Jadi banyak ke 3 sudu besar sehari tu? Pada saya tak lah banyak pun. Tapi pada orang lain, ikut pendapat masing-masing lah kan. Pendek kata Shaklee sendiri pun tidak suruh ambil banyak ESP Shaklee pun sehari. Cukup 3 sudu besar untuk keperluan harian. Bersederhana itu kan lebih baik.

Kesimpulannya memang ada betulnya soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk amalkan soya GMO dan ambil pada kuantiti yang melampau banyak. Tapi pendirian saya, sebagai tumbuhan yang diciptakan oleh Allah, ia tetap ada manfaatnya pada badan dan ambillah pada kuantiti sederhana. ESP Shaklee antara produk berasaskan soya yang dihasilkan dari soya non-GMO dan melalui pemprosesan yang ketat untuk memastikan kualitinya terbaik. Malah cadangan pengambilan seharian sudah ditetapkan untuk memberi manfaat kepada badan dan bukannya memudaratkan badan. Jadi bukan nak promote tapi sebagai produk yang sudah 50 tahun di pasaran, jika benar ESP Shaklee memudaratkan badan semestinya dah lama ia dikeluarkan dari pasaran. Jadi fikir-fikirkan lah. Jangan terlalu percayakan cakap orang. Sebaiknya buat kajian sendiri. Anda akan lebih yakin bila anda sendiri yang mencari jawapannya.

Bagi yang tertanya-tanya apa khasiat ESP Shaklee, boleh baca kupasan saya di KELEBIHAN DAN KHASIAT ESP SHAKLEE


Sebarang pertanyaan atau pembelian mengenai SHAKLEE boleh PM inbox zana

Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4,5,6, TAMAN KINRARA, DAMAI UTAMA PUCHONG, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)


Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!!

Thursday, November 26, 2015

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: GLA COMPLEX SHAKLEE TINGKATKAN PELUANG HAMIL DAN MENGATASI CYSTS


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..


Masalah haid tidak teratur? Sukar hamil? Ada cysts atau fibroid? Berisiko kanser? Kulit kusam, berjeragat atau tona kulit tidak sekata? PMS? Monopuse? Ini semua masalah biasa yang dialami oleh kaum wanita kan. Tapi tahukah anda untuk mengatasi semua masalah ini hanya perlukan GLA COMPLEX SHAKLEE saja.

Biasa dengar GLA COMPLEX SHAKLEE tak? Kita biasa dengar EPO kan. Haa kalau nak tahu Shaklee GLA COMPLEX SHAKLEE adalah EPO versi Shaklee. EPO sebenarnya adalah gamma-linolenic acid (GLA) yang diekstrak dari Evening Primrose Oil (EPO). Jadi mudahnya ia dipanggil sahaja EPO.

Apa pentingnya GLA COMPLEX SHAKLEE ini? GLA COMPLEX SHAKLEE mengandungi Omega-6 yang amat diperlukan oleh ovari dan sistem reproduksi wanita. Sebab tu juga orang masalah haid, sukar hamil dan menopouse memang digalakkan ambil EPO atau lebih tepat lagi Omega-6.


FUNGSI GLA COMPLEX SHAKLEE

  • Seimbangkan hormon untuk melancarkan kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan dengan cara membentuk persekitaran rahim yang sihat dan optimum untuk persenyawaan dan membantu wanita dalam menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan
  • Melegakan simptom PMS
  • Membantu mengatasi masalah menopouse
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit cantik, sihat dan berseri (jika diamalkan berterusan kulit akan kelihatan glowing)
  • Membantu menangani ekzema
  • Membantu melegakan simptom artritis reumatoid
  • Menguatkan sistem imun badan
  • Bersifat anti-oksidan untuk memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood clot yang mengakibatkan arteri tersumbat dan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol dan membakar lemak
  • Membantu fungsi saraf
  • Melambatkan proses osteoporosis
  • Mencegah pembentukan sel-sel kanser
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Membantu membaiki simptom berkaitan masalah kencing manis seperti peningkatan sensitiviti terhadap kesakitan dan menghilangkan kebas pada bahagian bawah badan.


Kajian membuktikan pengambilan 480mg setiap hari GLA Complex Shaklee boleh mencegah kemerosotan dan mengurangkan masalah kencing manis dengan membaiki kadar insulin dan kolesterol.

Jemput baca diantara TESTIMONI GLA COMPLEX dari pengguna-pengguna GLA Complex Shaklee. Bak kata slogan Shaklee, "Ia sentiasa SELAMAT, sentiasa BERKESAN & sentiasa MESRA ALAM"..


Sebarang pertanyaan atau pembelian mengenai SHAKLEE boleh PM inbox zana

Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4,5,6, TAMAN KINRARA, DAMAI UTAMA PUCHONG, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)


Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!!

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: SAH KE SOLAT BAGI WANITA YANG ADA MASALAH KEPUTIHAN?


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..


Keputihan adalah salah satu masalah atau dilema yang selalu di hadapi oleh semua wanita di dalam kehidupan seharian. Kalau difikir balik,sebenarnya keputihan ini mnjadi salah satu bukti penciptaan Ilahi dari segi perbezaan kejadian kaum wanita berbanding lelaki

Tapi,isu keputihan ini jugalah yang perlu ditangani oleh wanita kerana mengalami masalah ini bukan sahaja melibatkan bab kebersihan diri wanita tersebut bahkan juga melibatkan hukum ibadat seseorang wanita muslim. 




APA ITU KEPUTIHAN?

Rasanya tak perlu dah nak terangkan tentang keputihan ini sebab dah tentu semua wanita tahu hal ini.. Kalau orang lelaki nak tahu apa itu keputihan anda google jelah adalah tu yang dah tulis pasal keputihan ni..

Saya cuma nak kongsikan hukumnya sahaja selain dari tu saya tak berapa tahu.

Keputihan merupakan suatu yang membebankan dan menyulitkan wanita dalam kehidupan seharian mereka.. betulkan wahai kaum wanita ? Anda terpaksa berulang kali membasuh, tak selesa dan kadang-kadang anda jadi was-was dalam solat..

Kita tahu bahawa setiap yang najis itu dia adalah kotoran tapi setiap yang kotor itu belum tentu dia adalah najis.

Demikianlah dengan halnya keputihan wanita. Keputihan merupakan sejenis kotoran yang tidak dihukumkannya najis seperti mana peluh dan daki.

Bermakna seorang wanita bila mana pakaian dalamnya terkena keputihan dia tidak perlu membasuhnya dan sekiranya keputihan itu keluar sedangkan dia masih wuduk maka keluarnya keputihan itu tidaklah membatalkan wuduknya.

Tidak dinafikan bahawa perkara ini menjadi pembincangan para Ulama yang mana sebahagian ulama mazhab as-syafie (pendapat terkuat) menghukumkan keputihan itu adalah najis dan membatalkan wuduk, namun sebahagian Ulama dalam mazhab as-syafie berpandangan keputihan bukanlah najis dan ia tidak membatalkan wuduk.Ini juga pandangan Ulama kontemporari seperti Asy-Syaikh Mushthafa Al-‘Adawiy hafidhahullah dan Dr Sa’aduddin al hilali hafidhahullah..

Ulama yang berpandangan keputihan itu adalah najis mereka mengkiaskan keputihan sama seperti air kencing,mazi,wadi dan darah haid kerana keluar dari dalam kemaluan wanita..


Adapun ulama yang mengatakan keputihan bukanlah najis mereka beralasan :

  • Tidak ada nas yang sohih lagi sorih menyebut bahawa keputihan adalah najis
  • Keputihan samalah seperti cecair yang keluar dari tubuh wanita seperti peluh
  • Sifat keputihan tidak sama dengan cecair yang keluar dari kemaluan wanita iaitu air kencing,mazi,wadi dan darah.

Kesimpulan:

Wanita dibenarkan untuk beramal dengan pendapat yang mengatakan keputihan bukanlah najis dan ia tidak membatalkan wuduk. Jika mereka berpegang dengan pendapat pertama dalam mazhab as-syafie maka itu akan membebankan dan menyulitkan kehidupan wanita yang terpaksa selalu mencuci kemaluan dan pakaian dalam serta boleh menyebabkan mereka merasa was-was dalam ibadat mereka.

Sebarang pertanyaan atau pembelian mengenai SHAKLEE boleh PM inbox zana

Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4,5,6, TAMAN KINRARA, DAMAI UTAMA PUCHONG, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)


Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!!

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: APA ITU KELENJAR PROSTAT?


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..

Ada customer yang bertanya tentang supplement untuk membantu mengurangkan masalah prostat. Biasanya saya akan mencadangan zinc dan juga vitamin E? Bagaimana denga GLA Complex, boleh ke? Sebelum kita pergi jauh lagi, jom kita tengok apa itu Prostat?


APAKAH ITU ‘KELENJAR PROSTAT’?

Kelenjar prostat adalah sejenis organ yang hanya dimiliki oleh kaum Adam. Ia bertindak sebagai kelenjar auksiliari terbesar dalam organ pembiakan lelaki. Ia terletak di bawah pundi kencing. 


FUNGSI PROSTAT

  • menghasilkan sebahagian cecair air mani. 
  • Apakah simptom- simptom berkaitan masalah prostat?
  • Kerap ingin membuang air kencing 
  • Susah untuk buang air kecil 
  • Mengalami masalah ereksi 
  • Sakit ketika ejakulasi 
  • Sakit di celah paha, belakang pinggang dan pinggang 
  • Air kencing kerap menitis tanpa dikawal 



APAKAH ITU ‘BENIGN PROSTATE HYPERPLASIA’?


  • Masalah ini adalah bengkak di bahagian prostat yang tidak melibatkan kanser. Masalah ini sering berlaku seawal usia 30-an dan semakin jelas pada usia 50-an.
  • Aliran air kencing yang keluar daripada pundi kencing akan terjejas apabila berlakunya bengkak pada prostat. Hal ini sekiranya dibiarkan berlanjutan tanpa rawatan, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman pada pundi kencing dan sekiranya ia tersumbat, ia boleh membawa kerosakan pada buah pinggang.
  • Kajian menunjukkan 50% daripada lelaki yang berusia 50 tahun ke atas akan mengalami simptom ini. Tetapi hanya 10% sahaja yang melibatkan rawatan pembedahan.



CARA MERAWAT


Masalah bengkak prostat boleh dirawat dengan ubat seperti finastride dan sekiranya masalah ini masih berlanjutan, barulah ia memerlukan rawatan pembedahan. Anda wajib berjumpa dengan pakar bedah atau pakar urologi sekiranya mengalami simptom- simptom di atas.


SUPPLEMENT SHAKLEE YANG BOLEH MEMBANTU

untuk mereka yang mengidap masalah kelenjar prostat yang membengkak, boleh mengamalkan suplemen Shaklee GLA complex, zinc dan vitamin E.


GLA COMPLEX??



kerana ianya membaiki prostatomegaly iaitu masalah prostat lelaki dan kerap kencing. Ia juga membantu mengawal selia hormon lelaki kerana prostat juga boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon


VITAMIN E??

kerana ianya satu sumber antioksidan yg mampu melawan radikal bebas yg berpotensi menyebabkan pembengkakan pada kelenjar prostat (antikanser)


ZINC COMPLEX??




Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser .Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.


Sebarang pertanyaan atau pembelian mengenai SHAKLEE boleh PM inbox zana

Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4,5,6, TAMAN KINRARA, DAMAI UTAMA PUCHONG, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)


Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!!

Copyright to Zana vitamin shop
Designed by UMIESUEstudio 2015