Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..
Wajahnya anggun. Penampilan pun menarik. Tambahan
pula ada kerjaya yang stabil. Namun, entah di mana silapnya sehingga sekarang,
Sarimah (bukan nama sebenar) masih belum bertemu jodoh. Rupa-rupanya beliau
mempunyai masalah bau badan yang kurang menyenangkan selama ini.
Adakah anda ada masalah sama dengan Sarimah? Masalah
bau badan mungkin dipandang mudah oleh sesetengah individu yang kurang peka.
Hakikatnya, masalah ini boleh menjadi rumit jika tidak dibendung segera. Tak
kira sama ada lelaki atau wanita, pengurusan kebersihan diri adalah aspek
terpenting yang perlu ditekankan. Jangan ambil mudah, ia berisiko
menyebabkan seseorang hilang keyakinan diri dan malu untuk bersosial. Paling
kritikal, impak yang sangat menakutkan dalam kehidupan peribadi iaitu sukar mencari
jodoh atau bagi yang sudah berkahwin, ia mampu menjejaskan hubungan sesama
suami isteri. Pasti kita tak mahu ini berlaku bukan?
KENALPASTI PUNCA MASALAH BAU BADAN
Hakikatnya semua orang mempunyai bau badan yang
tersendiri kerana ia berpunca daripada proses perpeluhan. Berpeluh adalah
sebahagian daripada proses tubuh dan kita perlu faham mengapa tubuh
menghasilkan peluh. Ada dua jenis kelenjar menghasilkan peluh, pertama kelenjar Eccrine dan
kedua kelenjar Apocrine. Kelenjar Eccrine bertanggungjawab
terhadap proses perpeluhan di mana ia bersambung terus hingga ke permukaan
kulit untuk menghasilkan peluh. Ia bertujuan mengawal suhu badan selain
membuang bahan-bahan buangan seperti urea, sodium, kalsium atau elektrolit.
1. Berpunca dari Bakteria
Peluh melalui kelenjar Eccrine sifatnya tulen,
jernih seperti air dan tidak menghasilkan bau kerana akan terus keluar ke
permukaan kulit dan meluap. Kelenjar Apocrine pula merembeskan cecair yang
lebih likat dan agak keruh serta menimbulkan masalah jika ia lebih banyak dari
kelenjar Eccrine.
Kelenjar Apocrine terdapat pada bahagian tubuh yang
banyak folikel rambut seperti ketiak serta tempat sulit seperti kemaluan.
Kelenjar ini mengandungi sebum, bahan berlemak di mana peluh dirembeskan. Sebum
pula bahan organik yang tersimpan dalam kelenjar Apocrine.
Di sinilah lebih mudah untuk bakteria memecah masuk
protein dalam rembesan peluh, tidak seperti kelenjar Eccrine. Apabila
protein dipecah masuk dalam peluh oleh bakteria, ketiak atau kaki akan mengeluarkan
bau yang kurang menyenangkan.
2. Berpunca dari Toksin di dalam Badan
Punca bau badan boleh disebabkan bahan buangan
terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan tidak sempurna. Pengambilan
pelbagai jenis makanan, majoritinya digunakan untuk tubuh, sementara selebihnya
ditukar ke dalam bentuk sisa buangan atau toksin. Toksin ini disingkirkan
sekiranya ginjal, hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik.
Atas sebab tertentu seperti sembelit, sekiranya
sistem pencernaan tubuh tidak berfungsi dengan betul, toksin ini boleh kekal
dalam tubuh. Individu yang punya masalah ini dan makan banyak daging,
telur, ikan dan kekacang khususnya akan mempunyai bau badan yang busuk. Makanan
ini mengandungi banyak Choline yang tidak mudah melalui proses metabolisme.
3. Pengambilan Kafein dan Pemakanan Makanan Berempah
Yang Berlebihan:-
Banyak minum kopi atau minuman berkafein dan makanan
berempah yang mengandungi bawang dan bawang putih juga berpotensi menyebabkan
bau pada ketiak, tidak kira lelaki atau wanita. Elakkan makanan tinggi
choline seperti bawang putih, daging, rempah, kafein dan kekacang.
4. Faktor Kesihatan & Genetik
Punca lain bau badan termasuklah masalah ginjal,
hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, kencing manis
dan tiroid. Ia dikesan apabila individu yang pada mulanya tidak punya masalah
bau, tiba-tiba mengalami perubahan bau badan yang mengganggu. Bau badan
juga disebabkan oleh faktor genetik dan kelenjar yang sangat aktif.
7 Tips Pengurusan Kebersihan Diri Dan Pemakanan
Untuk Atasi Bau Badan
1. Mandi dengan lebih kerap sekurangnya 3 kali
sehari.
2. Pilih pakaian fabrik kapas dan longgar untuk meminimumkan rembesan peluh.
3. Elakkan makan makanan tinggi choline seperti bawang putih, daging, rempah,
kafein & kekacang.
4. Cukur rerambut halus yang tumbuh seperti di bahagian kemaluan serta ketiak
apabila tiba waktunya.
5. Pemakaian deodoran anti-perspirant yang mengandungi bahan
antiseptik juga antara yang banyak membantu meskipun bukan jaminan 100 peratus.
6. Antara cara merawat dan mengawal masalah bau ketiak pula ialah penggunaan
cecair pencuci mengandungi 3 peratus hidrogen peroksida, menyembur pewangi dan
penyembur anti peluh.
7. Jika terlalu serius, pembedahan membuang kelenjar Apocrine pada tempat
bermasalah boleh dilakukan selain laser serta suntikan botox.
Pengambilan Supplement Shaklee Untuk Mengawal Bau
Badan Secara Semulajadi
Kita juga boleh mengambil supplement seperti
supplemen Shaklee untuk mengatasi masalah bau tubuh ini secara semulajadi
kerana Shaklee sememangnya semulajadi, halal dan berkesan.
ALFALFA
SHAKLEE
Alfalfa dikenali sebagai agen diuretik, pembersih
badan dan penyahtoksik. Ia merangsang pengaliran hempedu, dan membuang unsur
mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan
membantu mengawal bau badan.
GARLIC
SHAKLEE
Diproses secara
semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan SEMUA allicin. Ia juga
telah dirumus untuk mengawal bau. Walaupun bawang putih salah satu penyebab
nafas berbau, namun tablet Garlic Shaklee tak pecahkan sehingga ia sampai ke
dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan estrak
rosemary bagi mengawal bau dengan berkesan.
HERB
– LAX SHAKLEE
Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan
otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang teperangkap dan
memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksik. Herba-Lax boleh
membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat,
melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan proses usus.
Kesimpulannya,seperti yang telah dinyatakan
awal-awal tadi. Masalah bau badan ini adalah perkara yang serius dan perlu
diatasi dari sekarang sebelum terlambat. Saya pasti tiada antara kita yang suka
dipermain atau diperli oleh rakan-rakan kerana bau tubuh yang kurang menyenangkankan.
Jangan lepaskan peluang yang ada ini. Nak lebih penjimatan, daftar sebagai ahli..
Jika berminat, segera hubungi zana. Percuma konsultasi dan penerangan untuk anda.
Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, BANDAR KINRARA, PUTRA PERDANA boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)